11/11/2021
Di sosial media ni, salah satu aktiviti yang dilakukan oleh kita selain berdebat, adalah berlagak dan menunjuk-nunjuk. Ini saya kongsikan 4 cara berlagak yang boleh kita buat:
1. Bragging
Ini cara paling jujur untuk menunjuk-nunjuk. Kita tayang kelebihan atau kemewahan kita dengan niat nak berlagak pada orang. Contoh: kongsi gambar stereng Porsche dengan kapsyen "Alhamdulillah, dapat beli kereta idaman. Kau mampu?"
2. Humble-bragging
Cara nunjuk yang kononnya lebih berlapik. Merendahkan diri sambil tayang mewah. Contoh: kongsi gambar Bentley, kapsyen "Aku tak tahu macam mana orang boleh ada banyak kereta, aku nak bela satu kereta pun dah pokai."
3. One-upper
Sentiasa dakwa kita paling hebat atau paling teruk. Contoh: "Oh yeke? Aku dulu baru kerja sebulan dah boleh beli BMW," atau "Zaman aku lagi teruk, gaji bawah RM1000, tapi taklah merungut macam budak zaman sekarang."
4. Degrading
Memperlekehkan orang lain untuk menonjolkan standard diri kita yang lebih tinggi. Contoh: "Kau orang tak malu ke naik Viva. Kalau aku, aku malu, " atau "Kalau setakat s**a Nescafe, tak payah ngaku peminat kopi. Kampung sangat."
Tak kisahlah cara berlagak yang mana kalian s**a guna, semuanya boleh membuatkan orang meluat dan menyampah pada kita. Cuma, yang terakhir tu akan buat orang jadi benci.
Maka, kita tak payahlah buat mana-mana cara sekalipun. Saya ajar cara berlagak dan menunjuk ni bukan nak suruh kalian buat, malah nak ajak kalian hindari benda-benda seperti ini.
Kita juga perlu jauhi rasa cemburu, iri, dan dengki. Kadang kala perasaan itu yang membuatkan kita rasa orang lain sedang menunjuk-nunjuk atau berlagak, walhal mereka tiada niat begitu.
Semoga bermanfaat!
credit Ariffin Nor Sadan
Sembang Santai
Gambar hiasan: