Rawatan kesihatan usus

Rawatan kesihatan usus Gamat Premium dapat membantu menguatkan sistem imun badan anda dan keluarga

APA ITU GASTRIK?TANDA-TANDA GASTRIK APA PULAK??JOM SAYA SHARE INFO GASTRIKGastrik adalah keradangan pada lapisan dinding...
07/12/2022

APA ITU GASTRIK?
TANDA-TANDA GASTRIK APA PULAK??
JOM SAYA SHARE INFO GASTRIK
Gastrik adalah keradangan pada lapisan dinding perut.Dalam perut, ada satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada asid perut (penting untuk proses penghadaman makanan) .
Keradangan berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan merasai tanda-tanda seperti:
1️⃣ Kerap sendawa
2️⃣ Sakit dibahagian perut
3️⃣ Rasa mual, loya & muntah
4️⃣ Pedih ulu hati
5️⃣ Sakit kepala seperti melayang-layang
6️⃣ Berat badan turun secara mendadak (kronik)
Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

APA ITU REFERRED PAIN?Kenapa Penting Kita Tahu Akibatnya?Sakit di bahu dan belikat. Kadang-kadang rasa sakit dan lenguh ...
07/12/2022

APA ITU REFERRED PAIN?
Kenapa Penting Kita Tahu Akibatnya?
Sakit di bahu dan belikat. Kadang-kadang rasa sakit dan lenguh belakang dan bahu.Tahukah anda..sakit ini boleh berpunca daripada tempat radang gastrik..di bahagian perut?
Iya, benar...punca di perut, sakitnya di tempat lain.
Ini lah yang dinamakan "referred pain". Sakit yang dirujuk ke tempat lain daripada punca asal kerosakan.
Kenapa penting untuk kita ambil maklum? Terdapat banyak kes sakit yang serius memerlukan rawatan kecemasan. Tapi sakitnya di tempat lain!
Kenapa berlaku referred pain? Ini adalah kerana saraf badan kita mungkin bersambung dengan kawasan yang agak jauh. Jika puncanya sama, sakit yang sama dirasai saraf jauh ini.
Kita jadi confuse. Oleh sebab itu, jika kita mengalami sakit di kawasan begini, bertindak cepat. Dapatkan pemeriksaan doktor berdekatan untuk kepastian.
Antara fenomena referred pain yang biasa:
1. SAKIT JANTUNG
Sangkaan paling bahaya ialah jika diserang sakit di bahagian ulu hati, kawasan biasa gastrik. Iya, benar.. Terdapat kes masalah jantung yang sakitnya di bahagian ulu hati!
Selain sakit dada bahagian kiri, masalah jantung juga boleh menyebabkan kebas dan sakit di kawasan rahang serta tangan kiri.
2. SAKIT RADANG GASTRIK
Selalu sangat orang ada masalah perut akan mengadu sakit di bahagian agak jauh. Sakit tengah belakang, sakit dan lenguh di bahagian bahu. Ada juga sakit di bahagian tulang belikat.
Paling ngeri ialah terdapat kes perut berlubang (perforated) disebabkan ulser. Tapi sakitnya di bahu!
3. SAKIT ORGAN HATI, PANKREAS DAN HEMPEDU
Masalah organ hati, hempedu dan organ pankreas sakit biasanya bawah rusuk.
Organ ini berdekatan dengan perut. Sakit organ-organ ini juga boleh dirasai di bahagian ulu hati atau sakit belakang. Jadi tak hairan jika penderita masalah organ-organ ini juga salah anggap dirinya ada masalah perut..Sakit gastrik saja kita fikir. bahaya kan?
4. SAKIT BATU KARANG BUAH PINGGANG ATAU SALUR KENCING URETER
Masalah buah pinggang jarang sebabkan kita sakit bahagian pinggang. Namun lokasi sakit biasa ialah bahagian tepi dan sakit bawah belakang pinggang.
Namun, jika kita ada batu karang buah pinggang atau sepanjang salur kencing, kita mungkin mengalami sakit "loin to groin" pain...Iaitu sakit daripada belakang pinggang ke sarung te**is di bahagian depan kemaluan.
5. BRAIN FREEZE
Brain freeze ialah sejenis kesakitan paling kurang menakutkan berbanding empat di atas. Makan aiskrim sejuk laju-laju akan akibatkan suhu mulut dan tekak turun mendadak. Ini mengakibatkan rujukan sakit melalui saraf vagus ke bahagian otak dan belakang kepala.
Ia tidak bahaya..cuma beri signal kepada kita supaya jangan laju sangat bila makan ais krim ye.
Referred pain ini merupakan suatu kondisi yang tidak boleh kita agak-agak. Ia mungkin tidak seteruk yang kita sangkakan...Mungkin juga kecemasan yang sesetengah orang ambil ringan sehingga sudah terlambat.

Address

Kuala Terengganu

Telephone

+60143206649

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan kesihatan usus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rawatan kesihatan usus:

Share