Ikhtiar Terapi - Kuala Terengganu

Ikhtiar Terapi - Kuala Terengganu TERAPI BEKAM & URUTAN TRADISIONAL

13/07/2023
Urutan Tradisional dan Terapi Bekam di Kuala Terengganu(Sila tekan link Whatsapp di ruangan komen untuk tempahan slot)
13/07/2023

Urutan Tradisional dan Terapi Bekam di Kuala Terengganu
(Sila tekan link Whatsapp di ruangan komen untuk tempahan slot)

PERBEZAAN DI ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM/HIJAMA SECARA RINGKAS.Ketika proses penyedutan kulit melalui terapi bekam, bah...
26/09/2022

PERBEZAAN DI ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM/HIJAMA SECARA RINGKAS.

Ketika proses penyedutan kulit melalui terapi bekam, bahan-bahan punca penyakit/CPS di dalam darah ditapis pada hujung kapilari arteri/vena kemudian bercampur dengan cecair(interstitial fluid) yang terdapat pada tisu sehingga kulit nampak membenjol/"dome shape". Sebaik kulit itu dilukai, cecair yang mengandungi CPS tadi keluar ke permukaan kulit bersama sedikit darah daripada kapilari² pecah akibat daripada proses skarifikasi/melukai tadi. Jadi darah yang keluar melalui bekam adalah darah yang telah bercampur dengan cecair yang mengandungi CPS dan "darah bekam" ini tidak ditentukan jumlah yang harus dikeluarkan. Pada tahap ini pembersihan darah atau cecair interstitial daripada CPS tertentu dipercayai telah berlaku. Berdasarkan kepada beberapa kajian, terapi bekam dilakukan untuk menurunkan risiko selain membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit/kondisi tertentu melalui mekanisme- mekanisme tertentu. Ketika menderma darah, darah dikeluarkan(473ml) melalui pembuluh darah vena (bukan arteri). Darah yang keluar adalah darah yang mempunyai komposisi normal (55% plasma & 45% sel-sel darah) dan tidak bercampur dengan cecair interstitial yang mengandungi CPS yang tertapis daripada kapilari-kapilari sepertimana yg berlaku dalam terapi bekam. Darah yang diambil adalah bertujuan untuk didermakan kepada mereka yang mengalami kondisi kekurangan darah.

MA SABRI

Ref:

1. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Hant Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

2. Evaluation of effectiveness of wet cupping versus blood donation on Hematological parameters in Healthy young adults
Zuhair Rishdi Mustafa, Sabri Khalaf Sheiko
Erbil Journal of Nursing and Midwifery 3 (1), 11-21, 2020

TERAPI BEKAM VS ALOPECIA(KEBOTAKAN)Alopecia ialah istilah perubatan untuk rambut gugur.  Keguguran rambut mungkin berlak...
04/09/2022

TERAPI BEKAM VS ALOPECIA(KEBOTAKAN)

Alopecia ialah istilah perubatan untuk rambut gugur. Keguguran rambut mungkin berlaku secara semula jadi atau mungkin berkaitan dengan penyakit atau penggunaan ubat-ubatan tertentu. Gejala alopecia berbeza-beza bergantung kepada punca keadaan dan berkisar dari tompok botak kecil kepada kehilangan lengkap seluruh rambut badan.

Sebenarnya rambut kita gugur lebih kurang 50-100 helai setiap hari namun ia tidak disedari sebab rambut baru akan tumbuh pada masa yang sama. Namun kebotakan atau rambut gugur akan nampak lebih ketara apabila rambut baru tidak atau kurang tumbuh untuk menggantikannya. Ada beberapa faktor penyebab atau risiko yang menyumbang kepada berlakunya alopecia. Di antaranya adalah seperti faktor keturunan, perubahan hormon, penyakit/kondisi tertentu, ubatan/ rawatan tertentu, stress dsbnya.

Selain ubatan tertentu seperti finasteride dan minoxidil, terapi bekam juga didakwa berupaya mengatasi masalah rambut gugur dengan ketara. Terdapat 5 kes kebotakan yang dilaporkan menunjukkan perubahan positif selepas beberapa kali menjalani terapi bekam basah/hijama.

Kes pertama: seorang lelaki berumur 31 tahun mengalami kebotakan kepala yang serius dan telah mengambil ubatan tertentu seperti finasteride dan minoxidil untuk sekian lama namun kurang berhasil. Selepas menjalani 2 sesi terapi bekam, terdapat peningkatan ketara pada tahap ketebalan rambut beliau. Kes ke-2: seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengalami kebotakan pada area vertex telah mengambil ubatan minoxidil lebih setahun namun kesannya amat minimal. Beliau menjalani 3x terapi bekam dan hasilnya terdapat penambahan ketara pada ketebalan rambut beliau. Kes yang lain: seorang lelaki berusia 46 tahun mengalami kebotakan ketara hampir keseluruhan kepala. Beliau juga mengambil minoxidil dan suplemen tertentu selama setahun namun hasilnya kurang memberangsangkan. Beliau mengambil keputusan menjalani terapi bekam sebulan sekali selama 4 bulan dengan hasil yang menakjubkan. 2 kes yang lain juga menunjukkan kesan pemulihan rambut yang ketara selepas menjalani beberapa siri terapi bekam/hijama.

MA SABRI

Ref:

1. Cupping Therapy for Hair Loss Treatment: A Report of Five Cases. Izharul Hasan
Research Journal of Medicinal Plants in Ayurveda 1 (2)

2. Effects of wet cupping on blood components specially skin-related parameters of healthy cases: a case control metabonomic study
Mehdi Fahimi, Nooshafarin Kazemikhoo, Fataneh Hashem Dabaghian, Ayda Iravani, Farideh Vahabi, Mehri Azadi, Sedigheh Sadeghi, Fahimeh Mirkhani, Mohammad Arjmand, Zahra Zamani, Fereshteh Ansari, Roshanak Gods
Journal of Skin and Stem Cell 3 (2), 2016

BEKAM KELUARKAN "DARAH KOTOR" ??Apakah benar terdapat "darah kotor" dalam tubuh kita sehingga ada keperluan untuk ia dik...
02/09/2022

BEKAM KELUARKAN "DARAH KOTOR" ??

Apakah benar terdapat "darah kotor" dalam tubuh kita sehingga ada keperluan untuk ia dikeluarkan bagi mencegah atau mengubati penyakit/kondisi tertentu? Saya ingin mengajak anda rakan² pengamal bekam agar melihat perkara ini daripada 2 sudut pandangan berbeza iaitu sudut anatomi darah dan sudut kata kiasan. Menurut ilmu anatomi, persekitaran dalam darah adalah sentiasa berada dalam kondisi steril, bermakna ia sangat bersih, "tidak kotor" sekalipun terdapat lebihan kolesterol, asid urik, LDL, trigliserida, produk² radang, logam² berat, radikal² bebas dsbnya yang boleh meningkatkan risiko sesuatu penyakit. Daripada aspek kiasan, "darah kotor" berkemungkinan besar mempunyai makna berlapis atau merujuk kepada apa jua unsur yang boleh menyebabkan terjadinya sesuatu penyakit itu. Memandangkan ia tidak memberi maksud sebenar secara langsung, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan mereka yang ada pengetahuan dalam perubatan konvensional atau ilmu anatomi. Terdapat juga segelintir golongan yang berpendidikan mempersoalkan tentang kebenaran istilah itu.

Perkataan bekam membuang "darah kotor" sudah lama iaitu sejak zaman kerajaan Mesir purba lagi lebih 3000 tahun dahulu. Mereka pada ketika itu percaya bahawa darah telah "dikotori" oleh pelbagai unsur² penyakit. Sebaik sejumlah "darah kotor" dikeluarkan, terdapat perubahan pada tahap kesihatan seseorang dan ini meningkatkan keyakinan mereka bahawa memang benar terdapat "darah kotor" punca penyakit di dalam tubuh kita.

Saya berpandangan isu ini tidak perlu dijadikan bahan provokasi untuk dipersendakan sekalipun ada niat baik untuk memperbetulkan kesilapan. Para pengamal bekam terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan tingkat pendidikan yang berbeza-beza. Sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan ilmu perubatan, menggunakan istilah yang lebih tepat untuk menggambarkan "darah kotor" itu sendiri seharusnya disokong dan digalakkan kepada semua pengamal bekam. Bekam membuang unsur² punca penyakit atau bahan² punca penyakit adalah istilah atau ayat yang sangat tepat untuk menggambarkan apa sebenarnya yang dikeluarkan melalui darah bekam. Pembetulan ini harus bermula pada peringkat awal iaitu ketika pengamal bekam menghadiri bengkel/kursus bekam asas lagi. Jika terpaksa menggunakan istilah "darah kotor" untuk memberi kefahaman kepada pelanggan yang berusia atau kurang berpendidikan umpamanya, gunakanlah pengikat kata( ".....") atau terus jelaskan maksud sebenar di sebaliknya. Ini secara langsung boleh mendidik masyarakat tentang penggunaan istilah yang betul dan tepat dalam mengelak kekeliruan dan konflik yang tidak perlu.

Sebenarnya penggunaan istilah "darah kotor" tidak menjadi satu kesalahan menurut akta PTK 775 & Peraturan² PTK 2016 walaupun penggunaan istilah itu kurang dipersetujui oleh BPTK KKM jika tiada konsep tertentu atau falsafah di sebaliknya. Ini bermaksud pengamal bekam masih bebas menggunakannya dalam usaha menarik pelanggan untuk berbekam. Namun penjelasan tentang makna sebenar harus sentiasa diutamaan untuk elak salah tanggap dan konflik² tertentu. Memulakan amalan penggunaan istilah yang betul tanpa perlu berkias selain berkongsi kajian² saintifik bekam adalah langkah terbaik dalam memperkenalkan kehebatan rawatan sunah ini kepada orang ramai. Semoga rawatan sunah ini akan sentiasa terpelihara daripada sebarang fitnah atau mudharat luar jangka dan memberikan 1001 manfaat kesihatan kepada orang ramai.

Wallahualam.

MA SABRI

Ref:

1. The healthy human blood microbiome: fact or fiction?. Diego J Castillo, Riaan F Rifkin, Don A Cowan, Marnie Potgieter
Frontiers in cellular and infection microbiology 9, 148, 2019

2. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Hant Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

11/04/2021

TERAPI BEKAM VS GANGGUAN PANIK

CASE PRESENTATION:

Seorang kelaki berusia 39 tahun menjalani 7 sesi terapi bekam basah dengan tujuan untuk mengubati gangguan panik yg telah dialaminya selama 5 tahun. Sejak pakar psikiatri mengesahkan diagnosa gangguan panik tersebut, beliau telah memakan ubat Sertaline 100mg & Aprazolam 5mg setiap hari utk mengatasi masalah gangguan tidur, perasaan takut mati, kecelaruan fikiran, kesukaran bernafas dsbnya sehinggalah beliau menjalani sesi terapi bekam yang pertama. Beliau mendakwa bahawa gejala² gangguan mentalnya termasuk gangguan panik menurun dan setelah 15 hari terapi bekam pertama dia telah menghentikan pengambilan ubat tersebut dan sejak itu beliau tidak lagi mengalami serangan panik atau gejala² berkenaan.

Kesan terapi bekam pada degupan jantung dan sistem saraf dipercayai berperanan dalam rawatan gangguan panik atau keresahan.

MA SABRI. O

Sumber:

The Effect of Wet Cupping Therapy on A Patient Diagnosed with Panic Disorder

Ali Ramazan Benli, Didem Sunay
Asian Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines 1 (1-2), 27-31, 2018

08/04/2021

TERAPI BEKAM MERANGSANG TINDAKBALAS RADANG

Terapi bekam harus menimbulkan radang hasil daripada proses penyedutan dan melukakan kulit jika ingin melihat tindakbalasnya dalam aspek peningkatan sistem imuniti untuk suatu jangka waktu tertentu. Satu kajian telah dilakukan oleh Wahyudi et al keatas 20 orang subjek melalui kaedah "quasi experimental' dengan menggunakan nonrandom pretest – posttest tanpa kumpulan kawalan. Darah vena diambil sebelum dan selepas 15 hari terapi bekam, diperiksa dengan "flow cytometry" dan dianalisa gengan menggunakan ujian ANOVA. 7 cup/poin digunakan iaitu 1-kahil, 2-akhda'in, 2-katifain dan 2-ala warik.

Keputusan: Terdapat peningkatan ketara sel² darah putih seperti T CD8+, meningkat daripada 34.56 kepada 63.26, & Natural Killer Cells, meningkat daripada 16.25 kepada 35.50. Ini membuktikan bahawa terapi bekam berupaya merangsang tindakbalas radang dengan meningkatkan produksi T CD8+ dan Natural Killer Cell dengan ketara, di mana secara tidak langsung ia telah meningkatkan kekuatan sistem imuniti untuk suatu jangka waktu tertentu.

Kajian lain yang dilakukan oleh Wita Et al 2018 juga menunjukkan peningkatan ketara sel darah putih Neutrophil (55,56 kepada 58,03) selepas 8 jam terapi bekam dilakukan. Khalil 2013 juga mendapati leukosit meningkat selepas 1 minggu selepas terapi bekam dilakukan.

MA SABRI O.

Sumber:

1. The Wet Cupping Therapy Stimulates Inflammatory Responses. Wahyudi Widada.
1st International Integrative Conference on Health, Life and Social Sciences (ICHLaS 2017), 2017

2. The Effect of Wet Cupping (Hijama) To Immune System in Venous Blood of He.
Wita Asmalinda, Ibrahim Edy Sapada
Jurnal Aisyah: Jurnal Ilmu Kesehatan 3 (2), 137-144, 2018

3.

06/04/2021
01/04/2021

KULIT VS BAHAN² PUNCA PENYAKIT/ CPS (Causative Pathological Substances)

Apabila kulit disedut melalui cup bertekanan negatif, satu-satunya "exit door" atau pintu keluar bahan² punca penyakit (CPS) adalah melalui pori² yang terdapat pada dinding hujung kapilari(capillary loop) yang berada pada lapisan dermal papillae, di bawah lapisan epidermis kulit. Di bahagian inilah cecair yang mengandungi CPS, cecair² lain dan cecair tisu bercampur/sebati sehingga kulit kita kelihatan membenjol. Ketebalan daripada permukaan kulit epidermis sehingga lapisan dermal papillae secara purata dianggarkan antara 0.1mm - 1mm. Oleh sebab itulah makanya tusukan jarum ataupun sayatan pisau bekam harus superfisial/ "cetek" agar penyingkiran bahan sasaran tercapai dan kesan² terapeutik optimum diperolehi. Tusukan melebihi jauh paras papillae dermal boleh mendatangkan risiko pendarahan sukar dikawal, melambatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan risiko jangkitan kuman selain pelbagai kesan² negatif lain seperti parut/keloid pada kulit dsbnya.

MSO.

Ref:

1. Anatomy and physiology of the skin.

Paul AJ Kolarsick, Maria Ann Kolarsick, Carolyn Goodwin. Journal of the Dermatology Nurses' Association 3 (4), 203-213, 2011

2. Therapeutic benefits of Al-hijamah: in light of modern medicine and prophetic medicine

Salah Mohamed El Sayed, Abdel-Salam Al-quliti, Hany Salah Mahmoud, Hussam Baghdadi, Reham A Maria, Manal Mohamed Helmy Nabo, Ahmad Hefny
American Journal of Medical and Biological Research 2 (2), 46-71, 2014

3. Anatomical sites for practicing wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine

Hany Salah Mahmoud, Moustafa Abou-El-Naga, Nassar Ayoub Abdelatif Omar, Hany Ali El-Ghazzawy, Yasser Mohamed Fathy, Manal Mohamed Helmy Nabo, Salah Mohamed El Sayed. Altern Integ Med 2 (8), 1-30, 2013

4. Safety of cupping therapy in studies conducted in twenty one century: a review of literature

Abdullah Mohammad Al-Bedah, Tamer Shaban, Amen Suhaibani, Ibrahim Gazzaffi, Mohammed Khalil, Naseem Akhtar Qureshi
Journal of Advances in Medicine and Medical Research, 1-12, 2016

Address

Jalan Tok Lam
Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar Terapi - Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ikhtiar Terapi - Kuala Terengganu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram