13/10/2022
TIPS KURANGKAN STRES DENGAN PEMAKANAN
Apa punca stres badan?
# Pemakanan tidak toyyib
# Emosi negatif
# Gangguan aktiviti fitrah - tidur dan jaga
# Bebanan toksin persekitaran
# Tiada pergantungan kepada Allah.
Macam mana nak kurangkan stres ini..?
Makanan sangat berkait rapat dengan stres badan kita.
5 TIPS UTAMA
----------------------
1) KAEDAH MAKAN
- Makan sedikit..jangan kerap sangat.
- Makan secara mindful. Ambil bau dulu untuk ransang pencernaan. Dahulukan buah untuk bantu enzim pencernaan.
- Jangan minum air banyak sebelum, semasa dan sejurus selepas makan. Banyakkan air antara meal utama. Minum sehingga air kencing sentiasa jernih. Tak perlu banyak.
- Jangan makan masa drive, masa berjalan atau berlari. Kunyah-kunyah kacang pun tak bagus masa badan aktif.
2) GULA PUNCA KERADANGAN DAN KETAGIHAN.
Orang dah biasa ambil gula, akan topup lagi..makin lama makin manis.
At least air manis tu ganti lah air kosong. Ketara dah kurangkan stres tuan-puan..insha Allah.
3) KOPI MERUPAKAN STIMULAN YANG MENINGKATKAN STRES BADAN.
- Elakkan sementara minuman berkafein seperti kopi.
- Elakkan kopi waktu malam kerana ia ganggu fitrah.
3) PERUT IALAH PUNCA UTAMA STRES BADAN.
- Masa stres, pilih makanan mudah hadam seperti nasi, bubur, protein yang mencukupi.
- Jangan makan pedas-pedas masa stres.
- Minimakan karbohidrat proses seperti roti, biskut, kek, jajan.
5) AMBIL NUTRISI MENGURANGKAN STRES SERTA MENINGKATKAN ADAPTASI TERHADAP STRES (COPING MECHANISM).
- Antioksida, antiradang dan omega 3 membantu mengurangkan keradangan.
- Makan banyak ikan. Buah-buahan (tak berangin punya). Sayuran hijau (tak berangin).
Suplemen vitamin C sangat-sangat membantu. Ia mengandungi antiradang dan antioksida. Vitamin C juga boleh kurangkan angin, sensitif dan juga alahan.
Ini adalah solusi kepada stres yang mudah, cepat dan berkesan insha Allah.
Kemudiannya. Baru boleh bantu detoks badan dengan nutrisi tertentu. Ini untuk kurangkan lagi bebanan stres badan.
Insha Allah..bila kita amalkan makanan sihat. Bila kita jaga kesihatan sistem pencernaan kita..stres akan berkurangan.
Sihah
- Perunding buasir anda