Derma Darah Terengganu Kite

Derma Darah Terengganu Kite Facebook Rasmi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Unit Tabung Darah Hospital Kemaman. Linktree DDTK https://tr.ee/uJkksTT_md

Biarlah gambar berbicaraProgram Derma Darah di Masjid Sura Lama Dungun.Program sehingga jam 11.30 mlmJemputan untuk semu...
05/03/2026

Biarlah gambar berbicara
Program Derma Darah di Masjid Sura Lama Dungun.
Program sehingga jam 11.30 mlm
Jemputan untuk semua penderma darah.
Terima kasih.

🩸 DERMA DARAH DI BULAN RAMADAN KAREEM📍 Masjid Al Hijrah PPR Hiliran, Kuala Terengganu📅 5 Feb 2026 (Khamis)🕤 Masa: 9.30 m...
05/03/2026

🩸 DERMA DARAH DI BULAN RAMADAN KAREEM

📍 Masjid Al Hijrah PPR Hiliran, Kuala Terengganu
📅 5 Feb 2026 (Khamis)
🕤 Masa: 9.30 malam – 11.30 malam
⏰ Selepas Solat Tarawih

Dengan kerjasama pengurusan Masjid Al Hijrah, semua yang layak dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan Kempen Derma Darah Ramadan.

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan. Luangkan sedikit masa selepas tarawih untuk berkongsi kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.

Setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa.

🤲 Ayuh kita rebut peluang beramal di bulan mulia ini.
Jom Derma Darah, Hulurkan Harapan.



🔥 ANDA HERO SENYAP TERENGGANU! 🔥Setiap kali anda hulurkan lengan, ada nyawa yang kembali bernafas… ada keluarga yang kem...
04/03/2026

🔥 ANDA HERO SENYAP TERENGGANU! 🔥
Setiap kali anda hulurkan lengan, ada nyawa yang kembali bernafas… ada keluarga yang kembali tersenyum ❤️

Tahukah anda? Penderma darah di Negeri Terengganu berpeluang menerima Medal Penghargaan Khas sebagai simbol jasa dan komitmen anda!

🏅 Medal Gangsa – 10 kali pendermaan & ke atas
🥈 Medal Perak – 25 kali pendermaan & ke atas
🥇 Medal Emas – 50 kali pendermaan & ke atas

📍 Pendermaan dikira untuk yang menderma di Negeri Terengganu sahaja.

Ini bukan sekadar medal.
Ini adalah lambang pengorbanan, konsistensi dan keikhlasan anda menyelamatkan nyawa 💖

Bayangkan… 50 kali menderma bermaksud anda mungkin telah membantu sehingga ratusan pesakit! Subhanallah, besar ganjarannya 🌟

💬 Anda dah pernah terima medal ini? Atau sedang kumpul untuk capai gangsa, perak atau emas?
Komen di bawah — kami nak raikan anda! 🎉

Kalau belum capai sasaran, jangan risau…
Setiap pendermaan adalah satu langkah lebih dekat ke podium anda sendiri 🏆

Jom terus konsisten menderma darah.
Kerana setiap titisan itu… adalah harapan untuk seseorang. ❤️

Follow semua media sosial Derma Darah Terengganu Kite untuk jadual kempen dan info terkini.




🌙 MERIAH & PENUH SEMANGAT! 🌙Kempen Derma Darah sedang berlangsung dengan meriah sekarang di Masjid At-Taqwa Batu Enam se...
04/03/2026

🌙 MERIAH & PENUH SEMANGAT! 🌙

Kempen Derma Darah sedang berlangsung dengan meriah sekarang di Masjid At-Taqwa Batu Enam sehingga jam 11.30 malam ini!

Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan 🙌
Jom kita rebut peluang beribadah di bulan yang mulia ini dengan cara menderma darah.

💉 Setiap titisan darah anda adalah sedekah yang sangat bernilai.
❤️ Bukan sekadar menderma, tetapi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

Warga sekitar, masih sempat lagi! Datang sekarang dan jadi asbab kebaikan buat orang lain 🤲

Jangan lupa semua penderma yang dikasihi ❤️Malam ini, 4 Mac 2026 (Rabu) kita bertemu di Masjid Al Taqwa Batu Enam untuk ...
04/03/2026

Jangan lupa semua penderma yang dikasihi ❤️
Malam ini, 4 Mac 2026 (Rabu) kita bertemu di Masjid Al Taqwa Batu Enam untuk bersama-sama menjayakan Program Derma Darah.
Semoga setiap langkah yang diatur ke rumah Allah ini dihitung sebagai amal kebajikan, dilimpahi kerahmatan dan keberkatan 🤲🏻
🩸 Program Derma Darah
📅 4 Mac 2026 (Rabu)
🕤 9.30 malam – 11.30 malam
Ayuh luangkan sedikit masa selepas solat untuk menderma.
Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka yang memerlukan.

🌙 Salam Ramadan Mubarak 🌙Program Derma Darah Ramadan diteruskan di Masjid Surat Lama Dungun📍 Masjid Sura Lama, Dungun📅 5...
04/03/2026

🌙 Salam Ramadan Mubarak 🌙
Program Derma Darah Ramadan diteruskan di Masjid Surat Lama Dungun
📍 Masjid Sura Lama, Dungun
📅 5 Mac 2026 (Khamis)
🕤 9.30 malam – 11.30 malam
Dalam keberkatan bulan Ramadan ini, marilah kita gandakan amal kebajikan. Setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan — termasuk pesakit kemalangan, ibu bersalin dan pesakit kronik yang bergantung kepada bekalan darah setiap hari.
✨ Selepas solat Tarawih, luangkan sedikit masa untuk hadir dan menderma.
✨ Pendermaan hanya mengambil masa yang singkat, tetapi impaknya sangat besar.
✨ Bekalan darah amat diperlukan sepanjang bulan puasa.
Ayuh warga Dungun, jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan berkongsi kehidupan melalui derma darah.
Setitis Darah, Sejuta Harapan.




Di bandar kecil di Malaysia, Farid dan Hana sedang menghitung hari untuk bernikah. Segala persiapan hampir selesai apabi...
04/03/2026

Di bandar kecil di Malaysia, Farid dan Hana sedang menghitung hari untuk bernikah. Segala persiapan hampir selesai apabila jururawat klinik mencadangkan mereka menjalani saringan talasemia selain ujian HIV.

“Alah, kita sihat. Tak pernah pun masuk hospital, adik beradik pun semua sihat” kata Farid yakin.

Namun Hana berfikir panjang. “Kalau ujian ini boleh lindungi anak kita nanti, apa salahnya.”

Mereka pun menjalani ujian darah yang ringkas. Beberapa hari kemudian, keputusan menunjukkan Hana ialah pembawa talasemia. Farid p**a bukan pembawa.

Doktor tersenyum sambil menerangkan, “Anak kamu nanti mungkin jadi pembawa, tetapi tidak akan mendapat talasemia major.”

Hana menghela nafas lega. Farid turut bersyukur. Ujian itu bukan membawa berita buruk, sebaliknya memberi ketenangan.

Di ruang menunggu, mereka terlihat seorang kanak-kanak kecil sedang menerima transfusi darah. Ibunya setia di sisi. Hati kecil Hana berkata — saringan talasemia ini, bukan sekadar prosedur biasa, tetapi usaha mencegah penderitaan yang boleh dielakkan.
Ya Allah, terima kasih kerana Kau bukakan hatiku menjalankan ujian saringan talasemia ini. Pastinya, ku tak sanggup menanggung ujian berat melihat anakku berisiko menjadi pesakit talasemia major, berulang ke hospital, dicucuk, berkali-kali, mendapat kesan transfusi darah sepanjang hidup. Terima kasih Ya Allah kerana Farid bukan pembawa talasemia.

Hari perkahwinan mereka berlangsung penuh bahagia. Sejak itu, mereka sering mengingatkan pasangan lain — buatlah saringan talasemia sebelum berkahwin. Kerana mengetahui lebih awal bukanlah untuk menakutkan, tetapi untuk memberi perlindungan masa depan, memberi pilihan, memberi ruang persediaan, sebelum ada jiwa-jiwa sakit dan terluka akibat kehilangan anak talasemia major tersayang.

Alhamdullilah selesai sudah program derma darah hair ini di Masjid Sultan Ismail Chendering. 32 beg darah berjaya di per...
03/03/2026

Alhamdullilah selesai sudah program derma darah hair ini di Masjid Sultan Ismail Chendering. 32 beg darah berjaya di perolehi.
Terima kasih kepada penganjur bersama Yayasan Amal Terengganu & pengurusan masjid ❤️

🚨 ADIWIRA SETIU, ANDA DIPERLUKAN SEKARANG! 🚨Kempen Derma Darah sedang berlangsung sehingga jam 11.30 malam ini di Masjid...
03/03/2026

🚨 ADIWIRA SETIU, ANDA DIPERLUKAN SEKARANG! 🚨

Kempen Derma Darah sedang berlangsung sehingga jam 11.30 malam ini di Masjid Putera Jaya!

Jangan tunggu esok — nyawa tidak menunggu.
Hanya 1 beg darah daripada anda mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa!

🌙 Luangkan sedikit masa malam ini.
💉 Ringan di tangan, besar nilainya buat insan yang memerlukan.
❤️ Jom warga Setiu, jadi wira sebenar malam ini!

Datang sekarang, ajak kawan-kawan sekali!

03/03/2026

Komen hadir.
Bantu kami capai 50 beg darah hari ini.

03/03/2026

Warga Setiu dah bersedia untuk derma darah di Masjid Putera, Setiu?
Komen hadir yang nak turut menyumbang 50 beg darah hari ini.
-3 Mac 2026, Selasa-

📢 AYUH KITA DERMA DARAH DI BULAN RAMADAN📅 3 Mac 2026 (Selasa)🕤 9.30 malam – 11.30 malam📍 Masjid Putera Jaya Setiu📍 Masji...
03/03/2026

📢 AYUH KITA DERMA DARAH DI BULAN RAMADAN
📅 3 Mac 2026 (Selasa)
🕤 9.30 malam – 11.30 malam
📍 Masjid Putera Jaya Setiu
📍 Masjid Sultan Ismail Chendering
🌙 Di bulan yang penuh keberkatan ini, ramai pesakit masih menunggu bekalan darah untuk terus hidup.
Walaupun kita berpuasa, keperluan darah di hospital tidak pernah berhenti — setiap hari ada yang memerlukan.
Bayangkan jika insan tersayang kita yang berada dalam keadaan itu…
Satu beg darah daripada anda mungkin menjadi sebab seseorang kembali tersenyum.
💉 Selepas berbuka dan solat Tarawih, luangkan sedikit masa.
Tidak sampai 30 minit, tetapi ganjarannya besar di sisi Allah dan sangat bermakna buat pesakit.
✨ Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk memberi dan berkongsi.
Jom hadir beramai-ramai.
Kita bantu mereka yang memerlukan.


Address

Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala Terengganu
20400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096212121

Website

https://linktr.ee/DermaDarahTerengganuKite

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Terengganu Kite posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Derma Darah Terengganu Kite:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category