NCD JKN Terengganu

NCD JKN Terengganu Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

21/08/2025
12/08/2025
12/08/2025

Moderator:Dr Norliana binti IsmailPublic Health Medicine SpecialistSpeakers 1:Prof Dr Jamalludin bin Ab. RahmanProfessor of Public Health MedicineDean, Kulli...

12/08/2025
12/08/2025
12/08/2025
Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah SetiuGenerasi Bebas Rokok dan V**e     **e
12/08/2025

Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah Setiu

Generasi Bebas Rokok dan V**e





**e

11 Ogos 2025, Kuala Nerus - Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noraryana binti Hassa...
12/08/2025

11 Ogos 2025, Kuala Nerus - Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noraryana binti Hassan telah mengadakan lawatan ke lokaliti KOSPEN KRT Telaga Batin sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap usaha komuniti dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Lawatan ini memberi peluang untuk menilai keberkesanan program, berkongsi idea penambahbaikan, serta mengiktiraf peranan sukarelawan KOSPEN yang menjadi tulang belakang dalam mempromosikan pencegahan penyakit tidak berjangkit.

Terima kasih kepada semua yang terlibat – sama-sama kita teruskan langkah menuju komuniti yang lebih sihat dan sejahtera!

Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN
KRT Telaga Batin






Tempat kerja adalah salah satu kawasan larangan merokok
10/08/2025

Tempat kerja adalah salah satu kawasan larangan merokok



🚭 Bahaya Asap Rokok di Tempat Kerja

Bayangkan ini…

Seorang pekerja di pejabat. Dia tidak merokok. Tapi setiap kali pintu dibuka, asap rokok dari luar masuk perlahan-lahan.

Dia cuba buat kerja, tapi tak selesa. Nak tegur susah sebab bos pun merokok sama. Setiap hari, paru-parunya terpaksa menapis racun yang dia tak pernah pilih untuk sedut.

Asap rokok bukan sekadar bau yang tidak menyenangkan. Ia mengandungi lebih 7,000 bahan kimia beracun sebahagiannya boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, dan masalah paru-paru.

Bagi mereka yang sudah ada asma atau masalah pernafasan, walau sedikit asap pun boleh mencetuskan serangan.

Sebab itu Akta 852 menetapkan tempat kerja sebagai kawasan larangan merokok.Untuk pastikan semua pekerja perokok atau tidak boleh balik rumah dengan paru-paru yang sama sihat seperti waktu mereka datang pagi tadi.

Udara bersih bukan kemewahan.
Ia hak setiap pekerja.

Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus   **e **e
10/08/2025

Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus



**e
**e

9 Ogos 2025, Kuantan - Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan la...
10/08/2025

9 Ogos 2025, Kuantan - Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan berinformasi program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) ke KOSPEN Negeri Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman, dan mempelajari amalan terbaik dalam pelaksanaan program KOSPEN di komuniti. Lawatan ini disertai oleh sukarelawan KOSPEN dan pegawai iNCD dari semua daerah di Terengganu.

Antara pengisian utama lawatan:
πŸ“Œ Taklimat dan pembentangan program KOSPEN Pahang
πŸ“Œ Perkongsian strategi meningkatkan penglibatan komuniti
πŸ“Œ Lawatan ke lokaliti KOSPEN KRT PASDEC Makmur, Kuantan, Pahang

Terima kasih kepada KOSPEN Negeri Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atas sambutan mesra dan perkongsian yang sangat bermanfaat.
Semoga hubungan kerjasama ini terus mengukuhkan usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, JKN Pahang
KRT Pasdec Makmur






Gen Alpha bebas rokok dan v**e    **eNoTobacco
04/08/2025

Gen Alpha bebas rokok dan v**e




**eNoTobacco

Address

JKNT (caw. KTBC)
Kuala Terengganu
21100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NCD JKN Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to NCD JKN Terengganu:

Share