Cahaya CINTA

Cahaya CINTA Page ini banyak bercerita tentang aura yang boleh mengubah hidup.anda menjadi lebih baik.

Dengan menggunakan pemberian Ilahi melalui medium perantaraan wangian kasturi kijang asli yang telah dienergised tinggi segala masalah pasti sirna dengan izinNya.

13/02/2022

Kesulitan dan kesempitan bukanlah rancangan Tuhan untuk kita. Tetapi merupakan kesan daripada kita yang salah merancang.

Meletakkan Tuhan sebagai perancang terhadap kesulitan dan kesempitan yang kita alami adalah suatu pelarian dari tanggungjawab.

Tuhan sudah memberikan kita semua sumber yang kita perlukan untuk berkembang bebas dan menyeluruh di bumi ini.

Badan yang sihat, ilmu pengetahuan, informasi, fikiran, imajinasi, perasaan, sumber tenaga manusia, sumber-sumber alam, teknologi... Its all ours to manage them to the fullest potential for our benefit!

Kita selalu ada pilihan. Ketika pilihan kita membawa ke arah sesuatu yang tidak kita inginkan, kita cenderung meletakkan beban kesalahan di bahu Tuhan....Ini rancangan Tuhan... Tuhan sudah takdirkan begini dan begitu..

Memang semua kehendak Tuhan. Tapi please jangan stop di sini. Jika tidak kita akan stop berkembang.

Teruskan dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab. Terima bahawa kita sedang ada kelemahan lalu berusaha mengatasinya dan teruskan berkembang. Accept it, work it out and keep moving on.

Orang yang s**a mengoreksi dirinya untuk melihat kelemahannya, menerimanya dan berusaha mengatasinya akan jadi semakin dan semakin sukses.

Berbanding,

Orang yang s**a meletakkan semua masalah dalam hidupnya sebagai 'plan Tuhan' dan tidak berbuat apapa untuk mengatasi kelemahan dirinya.

Ada orang berdoa siang dan malam agar Tuhan menyelesaikan masalahnya. Dan ada p**a orang yang berusaha siang dan malam belajar dan berusaha mengatasi kelemahan dirinya.

Apa beza orang-orang ini?

Orang yang pertama beranggapan bahawa Tuhan yang bertanggungjawab menentukan hidupnya dan dia tiada peranan di situ.

Orang kedua merasa bahawa Tuhan memberikan dia masalah ATAS SEBAB kelemahan dirinya. Kerana itu dia berusaha terus menerus memperbaiki kelemahan tersebut.

Siapa agak-agak yang akan memiliki masa depan yang lebih baik???

Salah faham tentang Tuhan dan mekanisme hukum Tuhan beroperasi di alam semesta ini boleh berakibat besar dalam hidup kita.

Anda salahkan Tuhan, atau anda salahkan diri anda yang tidak memahami hukum Tuhan? Its your call...

Orang yang hebat bukanlah orang yang sempurna segalanya... Tiada orang sedemikian.

Tapi orang yang hebat pada pandangan saya adalah orang yang sentiasa mengakui kelemahan dirinya dan sentiasa berusaha memperbaikinya.

Memiliki kelemahan itu bukan masalah... Memiliki kelemahan tapi menafikannya dan tidak berusaha memperbaikinya, ini baru masalah besar!

Salam pagi nan damai 🙏

01/12/2021

Hari ini saya berjalan kaki 1 jam lebih.

Bumi adalah rumah kita.
Langit adalah atapnya.

Secara energi, bumi adalah aspek material/kebendaan, selaras dengan energi ayah kita, diwakili oleh energi di dekat tulanh sulbi.

Hubungan yang baik dengan ayah, dan terhubung baik dengan bumi melalui jalan kaki, akan membuat aspek material/kebendaan kita berlimpah.

Beberapa hari lalu, seorang usahawan datang buat aura scanning. Beliau sedang mengalami krisis perniagaan.

Energi pada cakra dasar/sulbinya sangat kuat, wajar jika beliau dilimpahi kekayan material.
Namun katanya tidak bertahan lama. Selalu bocor dan mengalami krisis.

Usahanya secara mental dan fizikal memang sangat kuat. Bukan kaleng-kaleng punya level.

Amalan rohaninya dari jam jam 2 pagi berzikir, tahajud, dan mengaji. Lepas subuh zikir dan mengaji lagi sampai jam 10, dan sambung solay dhuha.

Dan ini dilakukan dengan istiqamah.

Tapi, usaha niaganya tetap mengalami krisis. Hidupnya pun begitu banyak masalah.

Mengapa ya?

Saya lihat cakra jantungnya tersangat rendah. Bila diselidik, ternyata hubungan dengan ayahnya memang tidak pernah baik sejak kecil sehingga menimbulkan kesedihan, duka, marah dan dendam yang begitu dalam tersimpan di lapisan jiwanya.

Kita boleh berusaha gigih membangun ekonomi, sampai mengalahkan siapapun.

Namun jika hubungan dengan ayah ada masalah, ekonomi kita tetap akan bocor dan mengalami krisis.

Alam punya punya aturan. Kadang tidak tertangkap oleh logik fikiran kita.

Ada banyak faktor akan mempengaruhi kehidupan kita. Ada hukum-hukum semesta yang perlu difahami dan kita usaha selaraskan diri kita dengannya.

Wang dan simbol kekayaan itu itu ada beberapa aspek.

Secara fizikal, bahannya adalah bahan yang ada di bumi.

Wang dibuat daripada kertas kayu. Emas dan perak daripada metal. Bangunan-bangunan daripada tanah. Kenderaan-kenderaan daripada metal.

Semuanya berasal dari bumi.

Manusia terhubungan dengan bumi melalui cakra dasar di tulang sulbinya.

Kemudian, wang dan kekayaan material itu ada aspek emosi. Iaitu kegembiraan dan kesyukuran. Selaras dengan energi pada cakra sakral di ari-ari.

Sebab itu kita dianjurkan selalu bergembira dan bersyukur agar kita selaras dengan ‘aspek emosi’ wang dan kekayaan material.

Lalu, wang dan kekayaan material itu tidak datang dan tidak berkumpul jika kita tidak menginginkannya.

Kita perlu ada keinginan. Kita bukan malaikat yang tidak ingin apapa. Kita manusia, ada hasrat dan kemahuan.

Perlua jelas apa kita inginkan, dan berapa kita inginkan. Keinginan atau ‘willpower’ adalah energi dari cakra pusat kita.

Perasan tidak kalau anda masuk kelas-kelas yang mengajar tentang bisnes atau ilmu kekayaan.

Gurunya akan cakap, miliki Big Why. Miliki tujuan atau target yang jelas. Ini nak aktifkan energi will power dari cakra pusat.

Next, kita perlu bina hubungan baik dengan semua orang. Jangan ada kecewa, marah apatah lagi dendam dengan sesiapa.

Dalam agama, ini dinamakan sebagai, menjaga silaturrahim.

Bermula dari ‘circle terdalam’ iaitu ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan anak-anak. Kalau hubungan ada yang tak baik dengan mereka ni, energi kita akan sangat terganggu. Akan ada kepincangan di dalam semua aspek hidup.

Kalau hubungan dengan ‘inner circle’ sudah bagus, barulah ke circle luar p**a. Bina networking. Berkawan dengan semua orang.

Inilah salah satu kunci membangun kekayaan material, iaitu silaturrahim. Pada sistem energi kita, silaturrahim yang baik akan terlihat pada kekuatan cakra jantung.

Jadi sekaran kita ada panduan. Mahu membina ekonomi dan hidup kita.

1. Miliki tujuan yang jelas, manfaatkan betul energi cakra pusatmu.
2. Bersyukur dan bergembira dengan apa yang ada. Bergembira ketika belanja, jangan sedih. Manfaatkan energi cakra sakralmu.
3. Pastikan betul hubungan dengan ‘inner circle’ tiada masalah. Lalu pelan-pelan bina jaringan kawan-kawan di luar. Manfaatkan energi dari cakra jantungmu.
4. Jalan kakilah setiap hari. Minima 30 minit. Kalau mampu 1 jam lagi bagus. Serap energi dari bumi sebanyaknya.

Ehh…, ada lagi 3 cakra di atas cakra jantung kan?

Yang itu apa p**a kisahnya?

Pelan-pelan . Nanti bagi semua bukan juga ko amal pun.

Paling-paling sehari dua jak ko semangat. Lepas tu balik lagi ke tabiat lama. Bukan tak faham perangai mu tu 🤣

Ilmu ni ada level-levelnya.

Kalau kita amalkan apa yang kita tahu, nanti Tuhan bagi kita apa yang kita tidak tahu.

Nanti dari level bumi, kita belajar p**a untuk manfaatkan energi dari planet-planet untuk manfaat kehidupan.

Tidak sesat kah kebenaran yang kau pegang? Ini soalan dari dulu saya terima daripada berbagai orang.Pengukur berapa bena...
29/07/2021

Tidak sesat kah kebenaran yang kau pegang?

Ini soalan dari dulu saya terima daripada berbagai orang.

Pengukur berapa benar kebenaran yang kita pegang pada hemat kecil saya adalah mudah saja.

Pertama......

Lihatlah hati mu... Adakah ia telah damai dengan kebenaran yang kau pegang?

Kalau hati mu belum mampu damai, maka kebenaran mu belum benar sekalipun kebenaran mu itu dianut dan disokong oleh satu galaksi manusia.

Kedua......

Lihatlah hidupmu... Apakah sudah bahagia ataukah masih huru-hara? Kalau masih huru-hara maka kebenaran yang kau pegang belum lagi benar kerana kebenaran yang benar akan selari dengan hukum alam semesta atau sunnatullah yang hasilnya memberikan rahmat dan berkat yang membahagiakan.

Bahagia tidak semestinya memiliki kekayaan berlimpah, badan yang tidak pernah sakit, dan hubungan yang tidak pernah gaduh.

Tapi bahagia adalah kebijaksanaan kita memaknai setiap peristiwa dan keadaan yang hadir samada baik atau buruk, miskin atau kaya, sakit atau sihat, gaduh atau rukun, dapat mengambil hikmahnya dan tetap bersyukur dan bergembira dengannya.

Telah benarkah peganganmu?

Hanya dirimu yang tahu. Pengukurnya adalah kitab hatimu, bukan kitab mana-mana, apatah lagi hakim-hakim manusia yang selalu merasa paling benar.

Hidup ini indah, mudah dan penuh berkah. Dari dulu sampai sekarang, bahkan sampai bila-bila.Jadi apa yang buruk, susah d...
29/07/2021

Hidup ini indah, mudah dan penuh berkah. Dari dulu sampai sekarang, bahkan sampai bila-bila.

Jadi apa yang buruk, susah dan menakutkan tu?

Persepsi, anggapan-anggapan dari fikiran.

Gelombang besar sedang melanda dunia. Gelombang apa?

Gelombang ketakutan.
Vibrasi energi level 100.
Gelombang minda level Beta.

Saat begini, kalau pengetahuan sains tidak lagi boleh jadi pegangan disebabkan emosi yang kacau bilau, maka jadikan pengetahuan Tauhid sebagai pegangan akhir yang paling kuat.

Apa yang kita pelajadi dari ilmu Tauhid.

1. Bahawa hidup dan matiku di tangan Allah, bukan di tangan makhlukNya.

2. Bahawa rezekiku Dia yang tanggung. Makin banyak keperluanku makin banyak bekalan dariNya.

3. Bahawa tidak ada yang boleh bagi manfaat atau mudarat kecuali dengan kehendakNya.

4. Bahawa QudratNya tanpa tandingan. BersamaNya tiada apa yang boleh menggoncangku.

5. Bahawa tiada gerak dan diam kecuali QudratNya yang menggerakkan.

Manusia dengan segala kerumitan fikirannya boleh berteori macam-macam. Segala teori konspirasi boleh muncul. Nampak seolah manusia begitu berkuasa melakukan macam-macam agenda.

Padahal kalau kita kembali ke ilmu Tauhid akan nampak jelas, tiada ada daya dan tidak ada upaya yang menjadikan semua ini selain Dia belaka.

Maka kita hanya jadi saksi akan kehendakNya, kuasaNya dan tindakanNya, sambil menyebut namaNya penuh s**a cita, dan hidup riang gembira.

Tanpa tauhid, kita akan melihat kesengsaraan dan ketakutan belaka. Kerana fokus pandangan kita hanya pada mansia sebagai pelaku.

Yang kaya tindas yang miskin.
Yang kuasa pijak yang lemah.
Ada golongan kahyangan ada p**a golongan rendahan.

Sambil hati kita berkecamuk penuh emosi.
Memang sengsara.

Naiklah ke maqam Tauhid.
Melihat bahawa semua ini adalah kehendakNya, grand planNya dan tindakanNya belaka.

Semua manusia yang kononnya kuat, pintar, berkuasa, kahyangan, rendahan… semua itu hanya ‘alat’ Nya.

Maka segala kegerunan, segala kebesaran, segala pujian, kembali kepadNya.

Hidup ini indah, mudah dan penuh berkah, bagi mereka yang perpegang pada Tauhid.

Begitulah.

Umumnya, orang banyak sakit, melarat dan menderita oleh fikirannya yang rumit. Fikiran yang rumit menimbulkan banyak per...
29/07/2021

Umumnya, orang banyak sakit, melarat dan menderita oleh fikirannya yang rumit.

Fikiran yang rumit menimbulkan banyak persepsi dan justifikasi yang bikin emosi.

Dari sini muncul macam-macam penyakit.

Dalam bahasa yang mudah, banyak orang sakit kerana terlalu banyak fikir . Perkara mudah jadi begitu susah kerana fikiran yang merumitkannya.

Kalau kita faham tentang gelombang otak, penyembuhan apapun penyakit jadi lebih mudah. Bahkan kadang jadi sangat mudah.

Banyak sangat orang sakit kerana gelombang otaknya dominan berada di tahap Beta.

Penyembuhan automatik bermula ketika otak mula disengajakan begetar di tahap Alfa.

Keajaiban dalam hal penyembuhan sering terjadi biasanya pada gelombang Theta.

Di gelombang Theta, getaran otak dan badan kembali ke fitrah.

Kenapa orang gila tidak sakit? Kerana gelombang otak mereka sudah sangat jarang, atau sudah tidak lagi pernah ke lebel Beta.

Apa tanda-tanda orang yang gelombang otaknya constant di level Beta dan banyak pengakit?

1. Banyak soalan
2. Banyak komplen
3. Banyak keluhan
4. Sensitif, mudah emosi
5. Muka ketat

Apa p**a tanda-tanda orang yang kesedarannya mula masuk ke level alfa-theta?

1. Semakin mudah senyum
2. Semakin mudah ketawa
3. Santai, mudah menerima keadaan
4. Badan semakin rasa rileks
5. Mudah mengantuk

Rahsia gelombang otak nampak begitu simple. Tapi di situ tersimpan rahsia penyembuhan penyakit dan penyelesaian masalah paling simple.

Gelombang otak Beta itu kondisi di mana fikiran rumit, sebab itu ramai orang kalau kita bagi penyelesaian mudah, mereka tak puas hati.

Mereka inginkan penyelesaian yang rumit. S**a kalau kita ceritakan hal-hal yang dahsyat tentang alam jin, sihir, atau bagi mentera-mentera panjang berjela dalam bahasa alien.

Padahal, penyelesaiannya mudah. Tapi kerana sangat mudah, tak dis**ai.

Waktu seseorang sudah mula masuk ke gelombang otak alfa-theta, dia mula faham. Bahawa benar, hidup ini sebenarnya mudah, indah, dan penuh berkah.

26/10/2020

Aku belajar,

Bahawa masalah-masalah adalah panggilan dari Tuhan untuk aku p**ang membersihkan hati.

Aku belajar,

Bahawa masalah-masalah adalah sebenarnya tangga-tangga menuju pemakbukan doa-doa yang aku panjatkan kepada Tuhan.

Aku belajar,

Bahawa masalah-masalah adalah kelas-kelas kuliah Tuhan untuk mendidik aku menjadi lebih kuat, lebih bijaksana dan lebih baik dalam semua hal.

Aku belajar,

Bahawa masalah-masalah adalah keadaan yang sementara, manakala pengajaran darinya adalah kekal.

Aku belajar,

Bahawa masalah-masalah adalah pelanggan tetap dalam hidupku yang sentiasa datang membawa keberuntungan-keberuntungan yang tersembunyi.

Maka aku berdoa kepada Tuhan,

"Ya Tuhan, tidak perlu selesaikan masalahku kerana setiap masalah adalah kondisi sementara yang pasti selesai dan berakhir, tapi berikan aku sikap terbaik menghadapi masalah-masalahku dan pastikan aku mendapat manfaat terbaik daripada masalah ini untuk perkembangan diriku selengkapnya"

15/10/2020

Semua orang ada banyak masalah... Semua orang tanpa kecuali. Termasuk saya.

Bezanya... Bagi orang-orang yang faham berkenaan mekanisme minda bawah sedar, law of attraction, dan segala macam mekanisme hukum alam, kita memilih bahkan memaksa diri untuk menganggap dan melayan masalah bukan sebagai masalah.

Energy mengalir ke mana perhatian diarahkan... Ketika fikiran fokus memikirkan MASALAH, maka energy mengalir ke arah MASALAH itu dan dengan keunikan dan kemisterian energy, MASALAH tadi akan membesar, melebar dan meluaskan dirinya.

Sama dengan meluah MASALAH. Ketika kita meluah masalah, kita bercerita tentang masalah, perhatian atau attention kita mengarah kepada MASALAH. Proses tadi berulang. Keunikan dan kemisterian energy akan menggandakan masalah-masalah yang sedia ada.

Sebab itu... Orang-orang yang faham, orang-orang yang berjiwa besar, macam saya, besar mana pun masalah yang kita hadapi, kita takkan cakap, bahkan kita takkan fikir MASALAH tu. Kerana kita tahu hukum yang mengatur disebaliknya.

Apa kita lakukan? Kita 'lencongkan' aliran energy ke arah PENYELESAIAN MASALAH, bukan kepada MASALAH itu. Ada bezanya!

Makanya kita kalau bercakap, kita arahkan ke planning, ke harapan, ke impian, ke cita-cita... Ini sebuah 'pelencongan' aliran energi. MASALAH adalah perkara yang kita TIDAK MAHU. Apa yang KITA MAHU adalah PENYELESAIAN masalah.

Tahu tidak?

Kita sering mengalirkan energy ke arah apa yang kita TIDAK MAHU. Kita selalu bercakap soal masalah-masalah kita, kita update status tentang masalah-masalah kita, kita meluah masalah-masalah kita kepada orang. Kerana itu vibrasi energy kita terus menerus menarik masalah kepada kita.

Meluah dan sharing masalah itu berbahaya kepada hidup kita, sekalipun itu 'amalan normal' orang kita.

Jadi, apakah masalah itu harus dipendam saja di hati? Tidak, Itu juga bahaya!

Sekali lagi... Jangan fikirkan masalah, dan jangan bercakap soal masalah kerana attention kita akan mengalirkan energy ke sana. Fikirlah tentang PENYELESAIAN MASALAH. Bercakaplah tentang perancangan-perancangan, impian-impian, dan cita-cita.

Bahkan, lebih advanced dari itu, saya bahkan tidak mahu fikir dan sebut perkataan MASALAH, kerana minda saya mengenal MASALAH sebagai sosok buruk, seram, dan menyusahkan. Saya tidak mahu minda saya memancarkan vibrasi begitu.

Makanya saya lebih s**a menyebut MASALAH sebagai CABARAN, atau DIDIKAN TUHAN. Why? Kerana perkataan-perkataan ini lebih indah di bayangan fikiran saya.

Bagi anda, hal seperti ini mungkin sangat kecil. Tapi bagi saya hal 'kecil' inilah yang paling mempengaruhi jalan kehidpan.

Jika anda faham tentang vibrasi energy, anda tidak akan sembarang lagi berfikir, merasa dan berkata-kata selepas ini. Anda akan melihat alam ini sebagai ladang yang subur di mana fikiran dan perasaan kita selalu menabur benih-benih untuk ditanam lalu dituai dan dinikmati samada baik atau buruk.

Beware of what u plant in the universe!

05/10/2020

Semakin ku fahami,

Keinginan-keinginan adalah sumber penderitaan.

Keinginan yang tidak tercapai, menghasilkan perasaan yang sengsara.

Guru dulu berpesan dan masih ku ingati hingga kini.

Katanya,

“Jangan mahu apapa, dan kau akan dapat segalanya”.

Kenginan adalah sebuah energi yang besar, namun kasar dan memaksa (force), radiusnya p**a kecil.

Keinginan adalah tanda bahawa kita sedang kekurangan sesuatu.

Apabila kita ingin sihat, di level mental kita yang terdalam ada ‘rasa’ kita sedang sakit. Sebab itu di permukaan mental kita iaitu level keinginan, kita mahu sihat.

Tuhan tidak memandang wajahmu, tapi hatimu.

Tuhan tidak merespon kata-kata dan perbuatanmu, tapi merespon rasa dari hatimu.

Dalam bab rezeki juga sama.

Mahu wang yang banyak, mahu sale yang banyak, itu petanda bahawa jauh di sudut hati kita me’rasa’ kekurangan wang.

Berada di dunia bisnes membuat aku makin mengerti memainkan vibrasi energi dalam urusan jual beli.

Suatu kenginan yang dipaksa, memang boleh berhasil.

Sebuah sale yang ‘dipaksa’ melalui berbagai macam helah dan trick, boleh jadi berhasil dan extreme sukses.

Tapi di belakang hari, ia akan melantun, menjadi extreme kosong. Biasanya begitu, melalui apa yang aku perhatikan di berbagai level kehidupan.

Jadi harus bagaimana?

Kembali ke vibrasi energi lagi.

Aku belajar untuk tidak lagi berkeinginan. Mengelakkan perasaan yang terlalu ingin menggebu-gebu, nak sangat sesuatu.

Aku hanya melantunkan sebuah niat.

“Aku niat memiliki xyz”.

Atau,

“Ya Allah, kurniakan aku xyz”.

Lalu lupakan.

Let go.

Tak lagi di fikir-fikirkan.

Ikhlas, pasrah kepada Tuhan maha cinta.

Penuhi hati dengan rasa syukur apa yang telah dan sedang dinikmati.

Rasa qana’ah.
Rasa cukup.
Rasa berlimpah.

Diikuti dengan melepaskan tanpa ragu.
Ertinya berbelanja tanpa takut.
Memberi tanpa kedekut.
Berbagi tanpa berkira.

Mainkan vibrasi energi yang tinggi dan luas radiusnya (power).

Di alam rohani kita cukup berlimpah tanpa batas. Kerana aslinya kita asalnya dari Tuhan Yang Maha Berlimpah Tanpa Batas.

Hanyasanya, sumber berlimpah itu dibatasi oleh beberapa jenis ‘rasa’ yang kita pancarkan dari hati.

Makin kita melapangkan rasa dan mengeningkan jiwa, makin berlimpah sumber itu mengalir ke dalam kehidupan kita.

Keinginan itu, umpama kita menarik getah.
Makin kita tarik jauh, makin ia renggang.

Tapi sampai satu tahap maksima, ia akan melantun membawa kita ke arah berlawanan yang sangat extreme.

Hati-hati dengan hatimu.
Waspada dengan rasa mu.

30/09/2020

Menjaga hati itu sangat penting.

Semakin lama bermain dan bereksperimen dengan vibrasi energi, saya semakin peka dengan getaran rasa yang muncul di hati.

Kadang, sedikit saja perasaan negatif boleh mengubah suatu senario kehidupan.

Misalnya, rasa sakit hati sikit saja dengan seseorang, boleh memberi efek kepada sales harian.

Ambil hati sikit saja dengan pasangan, boleh efek prestasi kerja seharian.

Rasa bersalah atau menyesal sikit saja kerana merasa telah berbelanja lebih daripada kiraan bajet, boleh efek aliran rezeki beberapa hari.

Makin saya merasakan, bahawa perasaan yang saya pancarkan dari hati akan memberi kesan pada corak medan tenaga yang saya pancarkan di sekeliling tubuh.

Medan tenaga ini yang berinteraksi dan berkonspirasi dengan alam sekeliling untuk membentuk kejadian demi kejadian.

Bagaimana hatimu, begitulah hidupmu. Kalau down hatimu, down jugalah hidupmu.

Dunia di luar hanyalah refleksi dari dunia yanh ada di dalam hatimu.

Maka saya semakin meyakini peri pentingnya menjaga hati.

Hati mahu selalu bersih.
Hati kena selalu happy.
Hati perlu selalu ikhlas.
Hati harus selalu berani, yakin, optimis, penuh cinta, syukur, dan damai.

Dunia di luar, manusia-manusia di luar akan merespon suasana hati kita.

Semua perasaan yang kita pancarkan akan melantun semula kepada diri kita dalam bentuk peristiwa-peristiwa.

Saya teringat lagu-lagu berkaitan menjaga hati,

Jagalah hati, jangan kau kotori.
Jagalah jati, lentera hidup ini - Snada.

Tuhan tidak memandang wajahmu, tapi di hatimu - Yantzen.

struggle menjaga hati.

26/09/2020

Memohon maaf walaupun tidak bersalah bukanlah satu kelemahan.

Itu adalah sebuah sikap yang anggun dan elegan. Diperlukan keberanian dan kebijaksanaan untuk mampu melakukannya.

*
Anggun dan elegan, berani dan bijaksana... Kalau kita memiliki sifat-sifat ini, maka kita punya begitu banyak alasan untuk dicintai dan sayangi.

Janganlah mohon dicintai dan disayangi. Itu mental lemah dan miskin.

Tapi layakkanlah diri kita untuk dicintai dan disayangi dengan cara memiliki sifat-sifat yang anggun, elegan, berani, bijaksana dan lain-lain sifat yang mahal.

Apa nilai diri kita untuk dicintai dan disayangi?

Sudahkah kita melayakkan diri untuk dicintai dan disayangi?

Tepuk dada, tanya hati.

Jangan kita minta dicintai dan disayangi tapi kita memenuhi diri kita dengan sifat-sifat yang melayakkan kita dibenci dan dijauhi.

Hidup ini ada gamenya. Bermainlah dengan sebaiknya.

04/09/2020

•Bahagia•

Bahagia yang sejati itu dari dalam hati.

Susah atau senang keadaan, hatinya tetap bahagia.

Banyak atau sedikit duitnya, hatinya tetap bahagia.

Sedangkan bahagia palsu itu adalah rasa bahagia yang sumbernya dari luar.

Ketika keadaan baik, dia merasa bahagia.
Bila keadaan buruk dia hilang rasa bahagia.

Kalau banyak duit, rasa bahagianya datang.
Tatkala kurang duit hilanglah rasa bahagianya.

Saya pun sama, masih belajar bahagia. Masih bertatih melepaskan kemelekatan hati terhadap faktor luar.

Kalau keadaan senang dan banyak duit, saya rasa bahagia. Kalau keadaan buruk dan kurang duit, rasa bahagia itu pudar🤣

Mengukur bahagia dengan parameter ini, ternyata saya juga masih jauh dari menghayati rasa bahagia sejati. Saya masih jauh dari kesejatian.

Harus lebih banyak tafakkur lagi.
Biar makin faham dan makin sadar.

Bahawa bahagia itu tidak perlu faktor luar.
Bahawa bahagia itu sifat asli rohani kita.

Address

Jalan Kuala Berang
Kuala Terengganu
20050

Telephone

+60147026277

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya CINTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category