Nelayan Ganu Sihat Blake

Nelayan Ganu Sihat Blake Program ini merupakan inisiatif dibawah Projek Khidmat Masyarakat MBBS Batch 15 UniSZA

LAPORAN “NELAYANG GANU SIHAT BLAKE”SEBERANG TAKIR- 13 JULAI 2024, seramai 60 mahasiswa tahun satu Ijazah Sarjana Muda Pe...
16/07/2024

LAPORAN “NELAYANG GANU SIHAT BLAKE”
SEBERANG TAKIR- 13 JULAI 2024, seramai 60 mahasiswa tahun satu Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan UniSZA telah menjalankan program Nelayang Ganu Sihat Blake di Dewan Sivik Seberang Takir yang disertai oleh 150 orang peserta pada 13 Julai 2024. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan teratur, para mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan telah melakukan kerjasama bersama pihak pengurusan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pertubuhan Kebajikan Garuda Timur (GATIM).
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk menghasilkan kertas cadangan yang bersesuaian dan berkaitan dengan tugasan yang diberikan melalui perbincangan kump**an dan pembelajaran kendiri. Di samping itu, program ini dapat membantu ahli kump**an dengan berkesan dalam mencapai objektif projek. Selain itu, program ini dijalankan bagi memupuk hubungan baik antara anggota kump**an secara berkesan dalam mencapai objektif projek. Objektif yang seterusnya adalah untuk memberi pendedahan akan bahaya penyakit bawaan vektor serta langkah berjaga-jaga ketika terdedah dengan vektor. Tambahan p**a, program ini dijalankan untuk melahirkan para nelayan yang mempunyai sifat berjaga-jaga terhadap vektor terutamanya nyamuk aedes dan tidak memandang rendah berkaitan penyakit bawaan vektor. Akhir sekali, program ini dapat membantu para nelayan yang mempunyai kesusahan untuk mendapatkan barang keperluan harian.

Ketibaan para mahasiswa di Dewan Sivik Seberang Takir oleh dua buah bas dari Kolej Maidam ke Dewan Sivik Seberang Takir. Tempahan bas telah sepenuhnya diuruskan oleh ahli AJK Pengangkutan. Setibanya para mahasiswa di sana, tentatif program diteruskan dengan penyediaan tempat program dan sesi taklimat daripada Pengarah, Muhammad Danish Qayyim bin Sabarudin dan Timbalan Pengarah, Nurul Aina Awatif Binti Mohd Zahari sebelum hadirnya para peserta untuk sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Tepat jam 08.00 pagi, para peserta tiba dan mula untuk mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang diuruskan oleh ahli-ahli AJK Cenderahati dan Kebajikan. Program diteruskan lagi dengan majlis pembuka tepat jam 9.00 pagi yang diuruskan oleh ahli-ahli AJK Protokol dan AJK Media dan Publisiti. Majlis diteruskan dengan sesi ‘Borak Santai Cegahi Vektor’ bersama 3 orang tetamu jemputan iaitu Dr. Megat Mustaqim bin Megat iskandar, Dr. Mohd Ihsanuddin bin Abas dan Dr. Kamariah binti Abdul Jalil yang merupakan para pensyarah Fakukti Perubatan di UniSZA. Pada jam 11.30 pagi program diteruskan dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh para VIP dan VVIP yang diketuai oleh Tuan Muhammad Faiz Bin Fadzil, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Encik Ahmad Nazri @ Abu zaim bin Madri, Pengarah LKIM Negeri Terengganu. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari dan diteruskan dengan pemberian bantuan kepada 150 orang peserta yang hadir dan sesi jamuan tetamu jemputan. Program tamat pada jam 2.00 petang di mana pembersihan tapak dilaksanakan dan p**angnya para mahasiswa ke Kolej Maidam.

Kesimp**annya, program ini berlangsung dengan jayanya serta telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, ukhwah antara pelajar semakin kukuh setelah bekerjasama dalam melaksanakan program ini. Diharapkan juga program yang dijalankan ini dapat membantu semua pihak dan petugasyang terlibat untuk menerima pendedahan awal dan akanmenjalankan program yang akan datang dengan jayanya serta dapat memahami skop tugasan yang diberikan dengan lebihteliti. Sikap dinamik serta pragmatik dalam diri setiapmahasiswa amatlah penting kerana itulah kunci untuk berjaya. Dalam setiap program yang dijalankan, sudah semestinya akan berlaku sedikit kecacatan. Oleh yang demikian, kita seharusnyamenjadikan kesilapan tersebut sebagai pedoman pada masaakan datang. Semoga kesilapan tersebut tidak akan berulangpada anjuran program yang akan datang. Pengalaman menjalankan program ini sedikit sebanyak memberi kamipengalaman untuk meneruskan legasi dunia pendidikan.

Terima kasih di ucapkan kepada kesemua pemberi sumbangan,

1. Pertubuhan kebajikan garuda timur
2. ⁠Bhpetrol Bertam Cheng Melaka
3. ⁠Klinik Zaaba Seremban Negeri Sembilan
4. ⁠Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Nelayan Negeri Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Utara
5. Al Azhar Care Negeri Terengganu
6. ⁠Iz learning resources Senawang Negeri Sembilan
7. ⁠Nazri & Associates

Dan semua para dermawan individu yang terlibat bagi menjayakan program ini

Al Azhar Care
Al Azhar Care Terengganu



Alhamdulillah selesai sudah program NELAYAN GANU SIHAT BELAKA, jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada har...
14/07/2024

Alhamdulillah selesai sudah program NELAYAN GANU SIHAT BELAKA,
jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini .
🦟 BEBAS DENGGI, NELAYANG SIHAT SOKMO 🦟



13/07/2024



JUMPE ESOK BELAKE 🤩
12/07/2024

JUMPE ESOK BELAKE 🤩



NELAYAN GANU SIHAT BELAKA TINGGAL SATU HARI LAGI !! JUMPA ESOK BELAKE DEH🤩🦟 BEBAS DENGGI, NELAYANG SIHAT SOKMO 🦟
12/07/2024

NELAYAN GANU SIHAT BELAKA TINGGAL SATU HARI LAGI !!
JUMPA ESOK BELAKE DEH🤩
🦟 BEBAS DENGGI, NELAYANG SIHAT SOKMO 🦟



11/07/2024



🦟 BEBAS DENGGI, NELAYANG SIHAT SOKMO 🦟Assalamualaikum dan Salam SejahteraSukacita dimaklumkan bahawa Pelajar Perubatan d...
10/07/2024

🦟 BEBAS DENGGI, NELAYANG SIHAT SOKMO 🦟

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Pelajar Perubatan dan Pembedahan (MBBS) UniSZA sesi 2023/2024 akan mengadakan Program Nelayang Ganu Sihat Blake dengan kerjasama beberapa organisasi.
Antara aktiviti yang akan dijalankan:

🗣️ Forum “Penyakit Bawaan Vektor”
🎭 Gimik
🎁 Agihan Bantuan

Pakat hadir semua pada:

Tarikh: 13 Julai 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Sivik, Seberang Takir
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang



Address

Dewan Sivik, Seberang Takir
Kuala Terengganu
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nelayan Ganu Sihat Blake posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram