Dr Hearing & Speech Centre - Kuala Terengganu

Dr Hearing & Speech Centre - Kuala Terengganu Hearing Aid, Audiology Service and Speech Therapist

Celebrate the power of the human voice on April 16th for World Voice Day 2026! ๐Ÿ—ฃ๏ธโœจLet's celebrate the power of the human...
16/04/2026

Celebrate the power of the human voice on April 16th for World Voice Day 2026! ๐Ÿ—ฃ๏ธโœจ
Let's celebrate the power of the human voice to inspire, connect, and create change

Telinga Sakit Sebab Tiub Alat Bantuan Pendengaran Dah Keras? ๐Ÿ˜ฑRamai yang ingat tiub alat bantuan pendengaran tu kalau da...
13/04/2026

Telinga Sakit Sebab Tiub Alat Bantuan Pendengaran Dah Keras? ๐Ÿ˜ฑ

Ramai yang ingat tiub alat bantuan pendengaran tu kalau dah kuning sikit tak apa, masih boleh pakai. Tapi tahu tak? Tak elok sebenarnya kalau dibiarkan.

Bila kali terakhir anda tukar tiub alat bantuan pendengaran anda? Mungkin ramai yang tak perasan, tiub ini sepatutnya ditukar secara berkala. Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali.

Periksa tubing anda hari ini. Jika sudah mula keras atau berubah warna, cepat-cepatlah bawa berjumpa kami!๐Ÿ˜‰

Proses tukar tubing ni sekejap sahaja, tapi kesannya besar untuk keselesaan dan jangka hayat alat anda. ๐Ÿ˜Š

Sebarang persoalan atau temujanji, boleh hubungi kami di:
๐Ÿ“ฒhttps://wa.me/60105573407

Selamat Hari Kesihatan Sedunia๐ŸŒKesihatan bukan hanya tentang tubuh badan,tetapi juga termasuk kesihatan pendengaran.Jang...
07/04/2026

Selamat Hari Kesihatan Sedunia๐ŸŒ

Kesihatan bukan hanya tentang tubuh badan,
tetapi juga termasuk kesihatan pendengaran.

Jangan abaikan tanda-tanda awal masalah pendengaran.

Pemeriksaan awal mampu membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti ๐Ÿ˜‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CDA Hearing Sdn Bhd atas ingatan tulus ikhlas serta pemberian hamper...
29/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CDA Hearing Sdn Bhd atas ingatan tulus ikhlas serta pemberian hamper Raya buat kami di Dr Hearing & Speech Centre.

Semoga hubungan ini terus mekar dan cemerlang demi memberikan servis pendengaran terbaik buat komuniti.๐Ÿคโœจ

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. ๐ŸŒ™

29/03/2026

"Senang ke nok guna alat telinga ni?" ๐Ÿง

Mesti la senang! Dok payoh beli bateri doh, cas jer macam biasa. Sesuai sangat untuk mak ayoh kita hok nok mudoh.

Mari pakat cuba kat klinik kami di Dr Hearing & Speech Centre, Kuala Terengganu. Sementara promosi masih ada ๐Ÿ˜‰

Boleh hubungi kami di ๐Ÿ“ฒhttps://wa.me/60105573407

21/03/2026

Mentari pagi menyinar ceria,
Aidilfitri tiba penuh makna;
Suara keluarga jelas dirasa,
Kebahagiaan Syawal sedia bertakhta.

โ€œDendangan Syawal yang paling merdu adalah suara insan tersayang yang jelas di telinga kita.โ€

Kami di Dr Hearing & Speech dengan tulus ikhlas menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin buat semua rakan sekerja serta pelanggan yang sentiasa bersama kami. Terima kasih atas kepercayaan dan ukhuwah yang telah terjalin indah sepanjang perjalanan ini๐Ÿ’–

Marilah kita raikan kemenangan ini dengan mengeratkan kembali silaturahim melalui komunikasi tanpa batasan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!โœจ

Ikhlas dari Dr Hearing & Speech seluruh Malaysia.

16/03/2026

Haa sekmung! Napok tupat gantung tu tandanya raya nak dekat doh. Sek awok hok berminat nak cari alat pendengaran tu, jangan lepaskan peluang selagi masa masih ada!

๐Ÿ”ฅ PROMO RAYA SEHINGGA 30% OFF! ๐Ÿ”ฅ
Promosi ni berlangsung sampai 4 APRIL ni je tau.

Bukan tu je, kite ade jugok sampul raya yang comey lotey ni nak beri ke pelanggan hok mari, selagi stok masih ade! Pakat mari belake ke:

๐Ÿ“ Dr Hearing & Speech Centre
PT 3635, Tingkat Bawah, Rumah Kedai, Jalan Alam Mutiara 1, Kampung Tok Molor, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

๐Ÿ“ฒhttps://wa.me/60105573407

Pape rojer kite kat link wassap deh! Selamat Hari Raya sekmung! ๐ŸŒ™๐Ÿ’จ

Sepanjang 6 tahun bersama Dr Hearing & Speech Centre, Farizal telah banyak menyumbang kepada perjalanan DRHS, terutamany...
15/03/2026

Sepanjang 6 tahun bersama Dr Hearing & Speech Centre, Farizal telah banyak menyumbang kepada perjalanan DRHS, terutamanya dalam peranannya sebagai Branch Manager DRHS Terengganu. Beliau memainkan peranan penting dalam membantu menubuhkan cawangan Terengganu sejak 2023 dan telah membantu ramai pesakit di cawangan kami.

Bagi ramai pesakit kami, terutama pesakit lama, wajahnya tidak asing lagi. Farizal sentiasa sedia membantu dan memberi perhatian kepada pesakit serta komuniti, dan menjadi sebahagian penting daripada perjalanan DRHS di Terengganu.

Tahniah dan syabas kepada Farizal atas langkah baharu dalam kerjayanya di Hospital USM Kelantan. Terima kasih atas segala usaha dan komitmen sepanjang bersama kami. Semoga terus berjaya di tempat baharu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ช

10/03/2026

๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ป๐’†๐’“๐’Š๐’๐’…๐’‚๐’‰ ๐‘ฉ๐’–๐’‚๐’• ๐‘ด๐’‚๐’Œ ๐‘จ๐’š๐’‚๐’‰ ๐’…๐’Š ๐‘ฒ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’ˆ ๐ŸŒ™โœจ

"Hah? Cakap mende tu? Ce kuat sikit..." ๐Ÿ”Š

Pernah dop jadi macam ni masa kita tengah berbuka atau bersembang dengan mak ayah? Kesian bila tengok mereka dok berapa jelas dengor apa yang anak cucu borak.

Sempena Ramadhan yang mulia ni, Dr Hearing & Speech Centre nok ajak warga Terengganu semua pakat mari check pendengaran awal-awal. Kita ada promosi istimewa:

โœจ Diskaun sehingga 30% untuk pelbagai alat bantu pendengaran.
โœจ Teknologi terbaru (Widex, Rexton & Hansaton) โ€“ saiz minimalist, pakai pun orang tak perasan.
โœจ Selesa & Cepat โ€“ Tak perlu beratur lama, kita buat sistem temujanji supaya semua selesa. Nok walk in pun boleh jugok.

Jom raikan Syawal dengan pendengaran hok lebih sempurna. Baru meriah sek awok nok beraya nanti!

๐Ÿ“ Cawangan Terengganu & Seluruh Malaysia
๐Ÿ“… 5 Mac - 4 April 2026

๐Ÿ“ฒMeh singgah cawangan kami atau boleh terus hubungi audiologis kami: https://wa.me/60105573407

Salam Nuzul Quran, 17 Ramadan.Dr Hearing & Speech Centre mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran, 17 Ramadan.

Dr Hearing & Speech Centre mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa agung turunnya Al-Quran ini menjadi peringatan untuk kita semua terus mendekatkan diri dengan kitab suci ini melalui bacaan, penghayatan dan amalan dalam kehidupan seharian.

Kami percaya setiap individu berhak menikmati keindahan bacaan Al-Quran dengan lebih jelas. Semoga mereka yang mempunyai cabaran pendengaran turut berpeluang merasai ketenangan dan makna daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan cahaya dalam kehidupan kita.

03/03/2026

๐Ÿ‘‚ World Hearing Day ๐ŸŒ
Hearing is not about age โ€” itโ€™s about quality of life.

From children learning their first words,
to adults staying connected,
and seniors cherishing conversations with loved ones ๐Ÿ’™
good hearing keeps us connected at every stage of life.

In line with this yearโ€™s World Hearing Day theme on awareness and early action,
we believe that early hearing tests can make a real difference โ€”
the earlier we detect, the better the outcome.

โœจ Hear clearly.
โœจ Communicate confidently.
โœจ Live life fully.

๐Ÿ“ Hearing tests available for all age groups
๐Ÿ“… Take a step today โ€” for yourself and those you love.





๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ข๐—ฅ๐—Ÿโ€“๐—ข๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—น | ๐Ÿณ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“Kampung Bukit Berangan, ManirPada 7 Februari 2026 (Sabtu), Program Komuniti...
01/03/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ข๐—ฅ๐—Ÿโ€“๐—ข๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—น | ๐Ÿณ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“Kampung Bukit Berangan, Manir

Pada 7 Februari 2026 (Sabtu), Program Komuniti ORLโ€“Oftal telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Bukit Berangan, Manir. Dari langkah kecil lahir harapan besar, menjalin perkhidmatan kesihatan dan kesedaran terus ke hati masyarakat, seiring usaha memperkukuh kesejahteraan bersama.

Program ini dijayakan melalui kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan sokongan peruntukan KPT Prihatin Madani (KRIS), dengan penglibatan Jabatan ORL & Oftal, Hospital Pengajar UniSZA (HOSZA), jemputan audiologist luar, serta pelajar Perubatan Tahun 4 yang sama-sama menyumbang tenaga dan kepakaran demi kelancaran program.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada penganjur atas jemputan kepada Dr Hearing & Speech Centre Kuala Terengganu, yang turut bersama menyantuni masyarakat dalam program bermakna ini.

Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi cahaya manfaat, menyemai kesejahteraan, dan memperkukuh perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat setempat. ๐Ÿค๐Ÿปโœจ

Address

PT 3635, TINGKAT ATAS RUMAH KEDAI, Jalan ALAM MUTIARA 1, KG TOK MOLOR
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+60149606256

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Hearing & Speech Centre - Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category