
29/03/2023
TIPS UNTUK KURUS LEBIH CEPAT
------------------------------------
1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan.
Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap
hari untuk membakar lemak badan terutama di bahagian kaki
anda. Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan
dengan mengamalkan latihan naik turun tangga.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk sistem
pencernaan, malah juga dapat menurunkan kadar kolesterol
badan dan mencegah barah payudara. Amalkan tabiat
memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
3. Minum segelas air kosong sebelum makan akan memberikan
anda rasa kenyang sekali gus menghindarkan rasa lapar yang
berlebihan. Biasakan diri dengan meminum air kosong sebanyak
8 gelas atau lebih tiap-tiap hari.
4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap
kali anda bangun daru tidur pada waktu pagi.
a. Perut
Duduk dengan mengangkat kedua-dua lutut.Secara perlahanlahan, gerakkkan badan ke belakang sehingga merasa
renggang. Kekalkan posisi ini sehingga perut terasa dan
kemudian kembali ke posisi tadi.Ulangi langkah ini sebanyak 10
kali.
b. Lengan
Semasa anda berdiri, pegang beban yang seberat sekilogram
dengan tangan kanan.Naikkan tangan kanan secara lurus ke
atas.Kemudian, pegang pangkal lengan kanan di bawah ketiak
dengan tangan kiri demi membantu menampung beban
itu.Selepas itu, bengkokkan siku dengan beban mengarah ke
kepala. Lakukan proses ini sebanyak lima kali untuk setiap
tangan.
c. Kaki
Berbaring secara mengiring ke kanan.Tahan kepala dengan
tangan kanan.Kemudian angkat kaki kiri ke atas sehingga kirakira 45ยฎ dan turunkannya semula. Lakukan langkah ini sebanyak
lima kali ke kanan dan lima kali ke kiri.
5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau
bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan
direbus.
6. Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak
bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong
anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah
hari.
7. Biasakan diri makan banyak kali tapi dengan jumlah yang sikit.
Jangan biarkan diri makan sekali sahaja tetapi dalam jumlah
yang banyak.
8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang
dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa
tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%.
9. Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga
cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of
Swizerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu
membakar kalori di dalam badan.
10. Ringankan tangan anda dengan membersihkan rumah setiap
pagi. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori dalam
badan.
11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan.
Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong
sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan
berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang
untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja
dalam peti sejuk untuk keesokan hari.
12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini
dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan
didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan
kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan.