
10/11/2022
Assalamualaikum ..
MEDU DAN GERD.
Ramuan yang mudah untuk masalah medu dan gerd.
Cuba amalan ramuan petua ini dan Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah di samping itu permakanan harian harus lah di jaga ketika melaku kan amalan ini.
Kerana masyarakat hari ini ramai yang menghadapi masalah medu dan gerd.
Caranya :-
1 helai daun betik,
1 sudu besar halba.
Masak dengan air sebanyak 500ml dan jadi kan 400ml lalu minum pagi dan malam.
Herba itu boleh di gunakan selama dua hari sahaja dan hari ketiga harus lah guna yang baru.
Laku kan setiap hari dan akan nampak kesan nya yang berkurangan tentang masalah medu dan gerd.
APA ITU GASTRIK,GERD,DAN ANGIN MEDU ?
GASTRIK
Definisi gastrik adalah berkaitan dengan hakisan yang berlaku pada dinding perut.
Ia disebabkan oleh jangkitan sejenis bakteria
dalam mukosa yang melapisi dinding perut.
Ia boleh menyebabkan ulser dan keradangan.
Jika keadaan ini tidak dirawat ia boleh
membawa kepada kanser.
Banyak faktor yang menjadi punca gastrik, tetapi salah satunya ialah stress yang tinggi ,selain
faktor fizikal lain.
GERD
Akhir-akhir ini kita biasa mendengar
perkataan ‘gerd’ disebut-sebut. Gerd dan ‘anxiety’ dikatakan saling berkait.
GERD ialah singkatan kepada ‘Gastroesophageal Reflux Disease.’ Ia berlaku apabila LES berada
dalam keadaan rileks ,kurang berfungsi atau LES
lambat tertutup menyebabkan cairan dari perut
sempat keluar naik ke esofagus ( asid refluks).
LES ialah injap paling bawah saluran esofagus
memisahkan perut dan salur esofagus.
Tekanan di bawah perut akibat kehamilan juga
boleh menyebabkan GERD.
apa yang pasti ,samada gastrik atau GERD kedua-duanya menyebabkan pedih di bahagian perut
dan ulu hati, rasa loya, rasa perut yang penuh.
ANGIN MEDU
Untuk menerangkan angin medu adalah berpunca dari angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan- bahan perkumuhan yang lain.
Angin kotor terperangkap dalam tubuh kita
bermula dari perut semasa proses pencernaan
makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi akan menyebabkan usus menjadi lemah dan
memberi ruang kepada angin kotor memenuhi
ruangnya.
Faktor keturunan dikatakan faktor utama gejala
ini. Antara simptomnya ialah masalah kembung
perut,lemah badan ,hilang semangat dan
seupamanya.