Rehabnplay Therapy Centre

Rehabnplay Therapy Centre Servis 👉🏻 1) Penilaian Perkembangan Anak. 2) Terapi Cara Kerja Individu. 3) EIP. 4) SRP. SSM:KT0505076-H

KEMASUKAN EIP & SRP Di RNPTC KUALA TERENGGANU SUDAH DITUTUP ! 🙏🏻Tempat kini SUDAH PENUH dan pendaftaran DITUTUP! ❌Terima...
17/05/2025

KEMASUKAN EIP & SRP Di RNPTC KUALA TERENGGANU SUDAH DITUTUP ! 🙏🏻

Tempat kini SUDAH PENUH dan pendaftaran DITUTUP! ❌

Terima kasih atas sambutan yang luar biasa 🙇🏻‍♀️. Nantikan peluang seterusnya! 🙌

📲 Hubungi [018-2104356] untuk pertanyaan.

KEKOSONGAN JAWATAN DI REHABNPLAY THERAPY CENTRE (TANAH MERAH, KELANTAN) - AMBILAN JANUARI 2025Assalamualaikum dan salam ...
12/11/2024

KEKOSONGAN JAWATAN DI REHABNPLAY THERAPY CENTRE (TANAH MERAH, KELANTAN) - AMBILAN JANUARI 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kami sedang mencari rakan sepasukan baru untuk bersama-sama dengan kami di RNPTC, Cawangan Tanah Merah, Kelantan 👇🏻

➡️ Terapis Carakerja (Occupational Therapist)

Kelayakan pendidikan:
- Mempunyai Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Carakerja

Kriteria:

1) Penyayang dan sabar menangani karenah kanak-kanak

2) Boleh bekerjasama dalam satu pasukan

3) Disiplin, jujur, amanah, kreatif dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diberikan

4) Berminat untuk belajar menimba ilmu

5) Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

Kemudahan / Faedah:

- Gaji permulaan bermula dari RM1,800 hingga RM2,500 (bergantung kepada kelayakan pendidikan & pengalaman) ✅

- Caruman bulanan KWSP, PERKESO & SIP tanpa gagal ✅

- Cuti umum melebihi 11 hari (setahun) ✅

- Latihan ✅

- Bonus ✅

- Kenaikan gaji tahunan ✅

Jika anda ingin menjadi rakan sepasukan kami, boleh emailkan cv bersama sijil pendidikan anda di rehabnplay@gmail.com atau boleh hubungi kami di 018-2563456 🤗

DENGAN SUKACITANYA, REHABNPLAY THERAPY CENTRE CAWANGAN KUALA NERUS, TERENGGANU MEMPERKENALKAN PROGRAM BARU IAITU ‘SCHOOL...
30/10/2024

DENGAN SUKACITANYA, REHABNPLAY THERAPY CENTRE CAWANGAN KUALA NERUS, TERENGGANU MEMPERKENALKAN PROGRAM BARU IAITU ‘SCHOOL READINESS PROGRAM’ PADA TAHUN 2025 DAN PENDAFTARAN SRP TELAH DIBUKA 🤩🥳

Bagi ibu bapa yang sedang mencari program untuk membantu anak-anak yang mengalami kelewatan dalam perkembangan di mana anak-anak berumur 6 tahun - 9 tahun, bakal atau sedang mengikuti persekolahan di tadika, PPKI, sekolah rendah (arus perdana), kami sangat mengesyorkan SRP 👍🏻.

Modul SRP ini direka khas (mengikut tahap perkembangan kanak-kanak) dan dikendalikan oleh Terapis Pemulihan Cara Kerja Kanak-Kanak yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan anak-anak yang mengalami kelewatan perkembangan.

Bagi membolehkan kami memberi perhatian dan fokus sebaik yang mungkin untuk membantu menangani masalah perkembangan yang dihadapi oleh anak, jadi setiap 1 Terapis Pemulihan Cara Kerja Kanak-Kanak : 2 orang kanak-kanak (minimum) - 3 orang kanak-kanak (maksimum). Dan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan dicapai untuk mengikuti SRP di pusat terapi kami 😊.

Buat masa sekarang hanya ada 3 kekosongan sahaja untuk SRP ini. Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke SRP di RehabNPlay Therapy Centre dan mengetahui syarat-syarat kemasukan SRP tersebut, boleh whatsapp terus kami https://wa.link/ncalzc kemasukan atau imbas kod QR di poster 🤗.



PENDAFTARAN ‘EARLY INTERVENTION PROGRAM’ BAGI TAHUN 2025 TELAH DIBUKA DI CAWANGAN KUALA NERUS 😍Sesuai untuk kanak-kanak ...
28/10/2024

PENDAFTARAN ‘EARLY INTERVENTION PROGRAM’ BAGI TAHUN 2025 TELAH DIBUKA DI CAWANGAN KUALA NERUS 😍

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun - 6 tahun yang mengalami kelewatan perkembangan dari segi aspek kemahiran pengurusan diri, kemahiran sensori, kemahiran motor halus, kemahiran kognitif, kemahiran motor kasar, kemahiran bersosial, kemahiran pra-menulis dan kemahiran lain-lain.

Modul EIP ini direka khas (mengikut tahap perkembangan kanak-kanak) dan dikendalikan oleh Terapis Pemulihan Cara Kerja Kanak-Kanak yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan.

Bagi membolehkan kami memberi perhatian dan fokus sebaik yang mungkin untuk membantu menangani masalah perkembangan yang dihadapi oleh anak, setiap 1 Terapis Pemulihan Cara Kerja Kanak-Kanak di RNPTC akan mengendalikan 2 orang kanak-kanak (minimum) - 3 orang kanak-kanak (maksimum) pada setiap sesi 😊.

Dan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan dicapai oleh kanak-kanak untuk mengikuti EIP di pusat terapi kami.

Buat masa sekarang hanya ada 6 kekosongan sahaja untuk sesi pagi (9:00 am - 12:00 am) dan 2 kekosongan untuk sesi petang (2:00 pm - 5:00 pm). Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke EIP di RehabNPlay Therapy Centre dan mengetahui syarat-syarat kemasukan EIP tersebut, boleh whatsapp terus kami di sini 👉🏻 https://wa.link/ei4wwg atau imbas kod QR di poster 🤗.



Istimewa dari kami untuk anak-anak berkeperluan khas atau anak-anak tipikal yang lambat perkembangan di sekitar TANAH ME...
05/05/2024

Istimewa dari kami untuk anak-anak berkeperluan khas atau anak-anak tipikal yang lambat perkembangan di sekitar TANAH MERAH, KELANTAN, kami ada menawarkan perkhidmatan:

👉 Penilaian Awal Perkembangan Terapi Pemulihan Cara Kerja

👉 Rawatan Intervensi Terapi Pemulihan Cara Kerja (1 Terapis : 1 Kanak-kanak)

InshaAllah, pusat terapi dan perkembangan awal kanak-kanak RehabNPlay Therapy Centre Tanah Merah bakal dibuka mulai Jun 2024 🤗

Untuk mendapatkan promosi percuma 2 sesi OT,
Daftar Segera!

Pautan: https://tinyurl.com/rehabnplaytherapycentre

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:
WhatsApp: wasap.my/+60182563456
E-mel: rehabnplay@gmail.com
Facebook: Rehabnplay Therapy Centre
Instagram: rehabnplaytherapycentre





Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami mempunyai berita gembira untuk anda semua 😊Pusat Terapi & Perkembangan Kanak -...
04/05/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami mempunyai berita gembira untuk anda semua 😊

Pusat Terapi & Perkembangan Kanak - Kanak
RehabNPlay Therapy Centre (RNPTC)

Kini mempunyai cawangan baru di Tanah Merah

Dan

Bakal dibuka pada JUN 2024 !! 🤩🤩

KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA YANG MEMPUNYAI:

✅Autism
✅Speech Delay
✅Down Syndrome
✅Learning Difficulty
✅Intellectual Difficulty
✅Attention Deficit HyperactiveDisorder(ADHD)
✅Developmental Delay
✅Lain-lain ketidakupayaan

Khas buat ibu bapa yang sedang mencari servis Terapi Carakerja (OT) Individu untuk anak-anak yang mengalami masalah di atas atau kelewatan dalam perkembangan dan masalah pembelajaran, boleh dapatkan servis kami di RNPTC Cawangan Tanah Merah.

Sesi penilaian tahap perkembangan anak akan dilakukan sebelum anak sertai Terapi Carakerja secara individu ya. Jangan risau kerana sesi ini akan dikendalikan oleh Terapis Pemulihan Cara Kerja yang bertauliah, berpengalaman & berkemahiran dalam mengendalikan servis ini. 🤗🤗🤗

Kami mempunyai promosi percuma 2 sesi OT sempena pembukaan cawangan baru, Daftar Segera!!

Pautan: https://tinyurl.com/rehabnplaytherapycentre

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:
WhatsApp: wasap.my/+60182563456
E-mel: rehabnplay@gmail.com
Facebook: Rehabnplay Therapy Centre
Instagram: rehabnplaytherapycentre





Pusat Terapi Rehabnplay - Cawangan kedua kami bakal dibuka tidak lama lagi!Sebuah pusat terapi dan perkembangan kanak-ka...
04/04/2024

Pusat Terapi Rehabnplay - Cawangan kedua kami bakal dibuka tidak lama lagi!

Sebuah pusat terapi dan perkembangan kanak-kanak yang membantu kanak-kanak dalam perkembangan awal seperti motor kasar, motor halus, kognitif, kemahiran personal-sosial, kemahiran menjaga diri, dan banyak lagi.

Di mana? Lebih dekat daripada yang anda fikirkan...

Bilakah? Detik masa telah pun bermula.

Nantikan pelancaran cawangan terbaru kami. Tempat di mana bermain adalah selari dengan tujuan, cabaran menempa kejayaan, dan di mana setiap pencapaian adalah kemenangan yang patut diraikan.

[Rehabnplay Therapy Centre] - Pusat Terapi dan Perkembangan Kanak-Kanak

Rehabnplay Therapy Centre - Our second branch is coming soon ! A place of joy, growth, and brave journeys is about to op...
04/04/2024

Rehabnplay Therapy Centre - Our second branch is coming soon !

A place of joy, growth, and brave journeys is about to open its doors.

Where? Closer than you think...

When? The countdown has begun.

Stay tuned for the unveiling of our newest branch. A sanctuary where play meets purpose, challenges transform into triumphs, and where every milestone is a victory worth celebrating.

Our new rehabilitation and therapy center is dedicated to embrace child developmental milestones in gross motor, fine motor, cognitive, personal-social, self care skills and many more.

[Rehabnplay Therapy Centre] - Pusat terapi dan perkembangan kanak-kanak




Bagi ibu bapa yang tak dapat hantar anak ke EIP kami, jangan risau kerana pihak kami juga menyediakan servis terapi indi...
26/03/2024

Bagi ibu bapa yang tak dapat hantar anak ke EIP kami, jangan risau kerana pihak kami juga menyediakan servis terapi individu juga di cawangan Kuala Nerus, Terengganu 😉.

Dan kami hanya buka 2 slot sahaja setiap hari Ahad - Khamis pada waktu 10:30 am - 12:00 am dan 3:30 pm - 5:00 pm kerana waktu sebelum itu ruang terapi fizikal digunakan oleh anak-anak EIP. Jadi anak-anak terapi individu akan berkongsi ruang terapi fizikal dengan anak-anak EIP juga 😌.

Sukacita ingin kami maklumkan bahawa untuk sesi terapi individu di RNPTC Kuala Nerus masih lagi ada kekosongan 😊.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk dapatkan rawatan intervensi terapi individu di RNTC, boleh whatsapp kami ya di sini 👉🏻 https://wa.link/rragyi atau klik link di profile page kami ya 🤗.


Dukacita kami ingin maklumkan bahawa kemasukan ke EIP 2024 di RNPTC Kuala Nerus sudah DITUTUP untuk sesi pagi dan sesi p...
26/03/2024

Dukacita kami ingin maklumkan bahawa kemasukan ke EIP 2024 di RNPTC Kuala Nerus sudah DITUTUP untuk sesi pagi dan sesi petang 🙏🏻

Pihak kami akan maklumkan semula di media sosial kami sekiranya ada kekosongan nanti ya 😊

Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang setia & percaya dengan servis kami 🫰🏻

Pssssttt.. Something is coming 👀Nantikan dari kami ! 😉
25/03/2024

Pssssttt.. Something is coming 👀

Nantikan dari kami ! 😉



Address

Lot 015050 Taman Ainuddin, Bukit Tunggal
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:45 - 12:30
13:45 - 17:30
Tuesday 08:45 - 12:30
13:45 - 17:30
Wednesday 08:45 - 12:30
13:45 - 17:30
Thursday 08:45 - 12:30
13:45 - 17:30
Sunday 08:45 - 12:30
13:45 - 17:30

Telephone

+60182104356

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rehabnplay Therapy Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rehabnplay Therapy Centre:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram