Farmasi PKD Kuala Selangor

  • Home
  • Farmasi PKD Kuala Selangor

Farmasi PKD Kuala Selangor Farmasi PKD Kuala Selangor

✨ Alhamdulillah ✨Program Kenali Ubat Anda sempena Jelajah ANMS di Kompleks Stadium Tertutup, Kuala Selangor telah berlan...
25/08/2025

✨ Alhamdulillah ✨
Program Kenali Ubat Anda sempena Jelajah ANMS di Kompleks Stadium Tertutup, Kuala Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Ogos 2025. Turut sama terlibat dalam menjayakan program kali ini adalah Duta Kenali Ubat Anda PKD Kuala Selangor Dr Roshayati 🙌

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir. Pelbagai ilmu bermanfaat telah dikongsikan di dalam program ini, antaranya:
💊 Penerangan tentang Medisafe – cara pelupusan ubat dengan selamat
💊 Antibiotik – penggunaan yang betul & kesan jika disalah guna
💊 5B – menggalakkan pengunjung mengalamalkan konsep 5B

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu kita lebih bijak dalam menguruskan ubat serta menjaga kesihatan. 🌸

Jumpa lagi di program akan datang! 🌸

SESI LIBAT URUS PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA PERINGKAT NEGERI SELANGORTARIKH: 22 JULAI 2025TEMPAT: PERPUSTAKAAN TUN RAJ...
25/07/2025

SESI LIBAT URUS PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

TARIKH: 22 JULAI 2025
TEMPAT: PERPUSTAKAAN TUN RAJA UDA

Duta Kenali Ubat Anda PKD Kuala Selangor yang baru dilantik pada sesi libat urus 2025 ini adalah Dr Roshayati dan En Mohd Izzwan.

Pengehakupayaan Komuniti (Community Empowerment): Program Duta Kenali Ubat Anda

Program Duta Kenali Ubat Anda diperkenalkan sejak 2012 di bawah Program Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Program Duta Kenali Ubat Anda diperkenalkan untuk memperkasa komuniti berkenaan penggunaan ubat secara berkualiti.

Wakil komuniti dikenali sebagai "Duta Kenali Ubat Anda" akan bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan penggunaan ubat secara berkualiti.

Pemangkin perubahan tingkah laku dan penyebaran maklumat ubat-ubatan kepada masyarakat.

Duta Kenali Ubat Anda dilatih menggunakan modul yang standard dan komprehansif.

Program STI 100³ SK dan STEM in 30 Seconds SK Batu 9 Tanjong KarangTarikh: 7 Julai 2025 (Isnin) Masa: 7.30 pagi - 8.30 p...
07/07/2025

Program STI 100³ SK dan STEM in 30 Seconds SK Batu 9 Tanjong Karang

Tarikh: 7 Julai 2025 (Isnin)
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi
Tempat: SK Batu 9

Unit Farmasi PKD Kuala Selangor telah dijemput untuk sesi taklimat kerjaya bagi program ini. Pn Nurulhudah selaku Pegawai Farmasi Kesihatan telah menyampaikan sedikit taklimat tentang kerjaya dalam bidang farmasi kepada pelajar-pelajar di SK Batu 9.

Selain itu, demonstrasi tentang kerjaya dalam bidang farmasi turut diadakan. Demonstrasi ini dikendalikan oleh Pegawai Farmasi En Syukri dan Penolong Pegawai Farmasi Cik Wahidah. Beberapa orang pelajar di jemput untuk melakukan demonstrasi pelabelan ubat, pengisian ubat dan penyediaan cream.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dalam membuat pilihan kerjaya.

Program Karnival Kesihatan dan Roadshow Saringan Kesihatan di Taman Graham Puncak Alam.Tarikh: 6 Julai 2025 (Ahad) Masa:...
07/07/2025

Program Karnival Kesihatan dan Roadshow Saringan Kesihatan di Taman Graham Puncak Alam.

Tarikh: 6 Julai 2025 (Ahad)
Masa: 7.30 Pagi - 2.00 Petang
Tempat: Taman Graham, Puncak Alam

Unit Farmasi PKD Kuala Selangor telah mengadakan pameran kenali ubat anda bersempena dengan program ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada warga Taman Graham.

Program Duta Prihatin Masyarakat Daerah Kuala SelangorProgram Duta Prihatin Masyarakat Daerah Kuala Selangor telah berja...
04/07/2025

Program Duta Prihatin Masyarakat Daerah Kuala Selangor

Program Duta Prihatin Masyarakat Daerah Kuala Selangor telah berjaya dilaksanakan pada 3 Julai 2025, bertempat di Kampung Ijok dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini menyasarkan satu buah rumah yang melibatkan satu orang pesakit sebagai penerima manfaat. Program ini disertai oleh Duta Kenali Ubat Anda Hj Azhari bin Miswandi, Pegawai Farmasi Pn Omemah dan Pn Zailin.

Antara topik yang dikogsikan adalah termasuklah penerangan tentang konsep 5B, cara penyimpanan ubat yang betul, kepentingan menggunakan ubat berdaftar, serta kepatuhan kepada pengambilan ubat mengikut arahan.

Diharapkan usaha ini dapat memberi impak positif terhadap tahap kefahaman ubat-ubatan kepada ahli keluarga pesakit serta meningkatkan amalan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan.

Perkongsian tentang kenali ubat anda oleh Pn Alina bersama pesakit methadone KK Jeram.
30/06/2025

Perkongsian tentang kenali ubat anda oleh Pn Alina bersama pesakit methadone KK Jeram.

Perkongsian meditips oleh En 'Izzuddin, duta Kenali Ubat Anda PKD Kuala Selangor bersama pelajar-pelajar UiTM Puncak Ala...
30/06/2025

Perkongsian meditips oleh En 'Izzuddin, duta Kenali Ubat Anda PKD Kuala Selangor bersama pelajar-pelajar UiTM Puncak Alam.

KURSUS REFRESHER KOSPEN DAN TAKLIMAT KESIHATAN MENTAL DI KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2025Unit Farmasi Pejab...
23/06/2025

KURSUS REFRESHER KOSPEN DAN TAKLIMAT KESIHATAN MENTAL DI KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2025

Unit Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dipanggil untuk berkongsi tentang penyimpanan ubat dengan seramai 30 orang peserta sukarelawan KOSPEN.

TARIKH: 21/6/2025
MASA: 8.00 pagi -5.00 petang
TEMPAT: BILIK LATIHAN, KOMPLEKS JABATAN PERTANIAN DAERAH KUALA SELANGOR

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua sukarelawan KOSPEN yang menyertai program.

Penghargaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kepada PKD Kuala Selangor di atas pelaksanaan & pencapaian progra...
23/06/2025

Penghargaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kepada PKD Kuala Selangor di atas pelaksanaan & pencapaian program Pharmacy Integrated community Care (PICC) bagi tahun 2024. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Unit Farmasi PKD Kuala Selangor telah mengadakan pameran bersempena dengan Program Kembara TOBaTS Zon Tengah 2025 di Kua...
04/05/2025

Unit Farmasi PKD Kuala Selangor telah mengadakan pameran bersempena dengan Program Kembara TOBaTS Zon Tengah 2025 di Kuala Selangor. Antara aktiviti yang diadakan di booth pameran adalah promosi VAS, MyMediSAFE, Antibiotik, Ubat Berdaftar, permainan Ejen Farmasi dan pertandingan Teka Kapsul.

Tarikh: 3 Mei 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Dewan Dato Pengawa Permatang, Kuala Selangor

Kempen “Tolak Ubat Tidak Sah” (TOBaTS) adalah ikhtiar dalam memerangi lambakan ubat tidak berdaftar, tiruan, bercampur racun dan dijual secara tidak sah — terutamanya menerusi platform digital seperti TikTok, Instagram dan Facebook.

Semak Dahulu Sebelum Beli.
* Cari nombor pendaftaran MAL
* Lihat Hologram FarmaTag™️
* Guna aplikasi FarmaChecker (App Store - https://apps.apple.com/my/app/farmachecker/id1477597059 atau Google Play - https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moh.mykkm&hl=en&pli=1)

HARI TERBUKA KK KUALA SELANGOR 2025 Tarikh: 19 April 2025Tempat: KK Kuala SelangorMasa: 8am-12pmUnit farmasi KK Kuala Se...
04/05/2025

HARI TERBUKA KK KUALA SELANGOR 2025

Tarikh: 19 April 2025
Tempat: KK Kuala Selangor
Masa: 8am-12pm

Unit farmasi KK Kuala Selangor telah mengadakan pameran bersempena Hari Terbuka KK Kuala Selangor 2025. Pameran berkenaan ubat-ubatan dan juga servis yang disediakan oleh unit farmasi KK Kuala Selangor turut disampaikan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang berlangsung juga adalah, permainan dam ular info ubat-ubatan.

Selamat petang dan salam sejahtera semua.Jemput hadir ke Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Selangor yang akan berlangs...
17/04/2025

Selamat petang dan salam sejahtera semua.

Jemput hadir ke Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Selangor yang akan berlangsung pada:

🗓️ Sabtu, 19 April 2025
🕖 7 pagi - 1 petang
📍 Perkarangan KK Kuala Selangor

Pelbagai aktiviti menarik menanti seperti:
🎽 Lebarun 3KM
🩺 Pemeriksaan kesihatan & gigi
🎨 Pertandingan mewarna
💉 Derma darah
🎁 Cabutan bertuah
🎉 Dan banyak lagi!

Majlis Belia Daerah juga akan memeriahkan acara dengan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, dam haji, baling tin, anyaman ketupat dan banyak lagi untuk semua lapisan umur!

📲 Mohon jasa baik semua untuk kongsikan poster-poster ini kepada rakan-rakan, keluarga dan komuniti setempat.

🤝 Orang ramai dijemput hadir – bawa seisi keluarga untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2025!

Terima kasih atas sokongan anda! 🙏

Address

PKD Kuala

45000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60198260914

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi PKD Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi PKD Kuala Selangor:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share