16/04/2026
โAda klinik yang offer ubat untuk kuruskan. Ok sahaja.โ
Sabar.
Min dah cerita pasal GLP ini. Bukan semua benda dalam kategori ini sama.
Di Malaysia, setakat semakan NPRA, yang berdaftar dalam kumpulan GLP-1 / GLP-1 related ialah:
โ
Semaglutide (Ozempic, Rybelsus, Wegovy)
โ
Liraglutide (Victoza, Saxenda)
โ
Dulaglutide (Trulicity)
โ
Lixisenatide (Lyxumia, Soliqua)
โ
Tirzepatide (Mounjaro)
Dalam masa yang sama, ada juga nama yang masih berada dalam fasa clinical trial :
Retatrutide
CagriSema
Survodutide
Mazdutide
Jadi bila orang kata,
โClinic offer, jadi ok la tu,โ
jawapannya bukan semudah itu.
Soalan sebenar ialah
Produk apa?
Berdaftar dengan NPRA atau tidak?
Masih trial atau sudah berdaftar?
Sumber sah atau tidak?
Sesuai atau tidak dengan keadaan kesihatan pesakit?
Kalau rawatan itu datang daripada doktor berdaftar, menggunakan produk yang sah, dengan penilaian yang betul dan pemantauan berkala, itu cerita lain.
Doktor ada tanggungjawab untuk menilai risiko, memantau kesan sampingan, dan menentukan sama ada rawatan itu sesuai atau tidak.
Tetapi kalau yang dipromosikan dalam thread, group, atau dijual dari sumber yang tidak jelas, jangan terus anggap semuanya selamat. Ada yang mungkin tidak berdaftar. Ada yang mungkin masih investigational. Ada yang orang nampak viral, lalu terus anggap boleh beli dan cucuk sesuka hati.
Apa-apa pun, dapatkan daripada doktor berdaftar.Biar ada orang yang boleh menilai, memantau, dan bertanggungjawab atas rawatan yang diberi.