Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim

Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat Dan Anak-Anak Yatim

No Pendaftaran : PPM-004-11-13082024

08/08/2025
Sumbangan Karpet dari Masjid Tokku Paloh | 2025 -Terima kasih kepada pihak Masjid Tokku Paloh kerana telah menyumbang ka...
11/07/2025

Sumbangan Karpet dari Masjid Tokku Paloh | 2025
-
Terima kasih kepada pihak Masjid Tokku Paloh kerana telah menyumbang karpet terpakai untuk kegunaan di Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim

Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Sumbangan ini pasti akan sangat bermanfaat. Semoga dengan apa yang diberikan ini mendapat redha Allah swt dan dikurniakan rezeki yang lebih dari apa yang diberi.
-
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 1.0DI PONDOK PESANTREN KALIMAT & ANAK-ANAK YATIM TERENGGANU 20259 MEI 2025 ( JUMAAT ) Alhamdulilla...
10/05/2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 1.0
DI PONDOK PESANTREN KALIMAT & ANAK-ANAK YATIM TERENGGANU 2025

9 MEI 2025 ( JUMAAT )

Alhamdulillah Pihak Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim telah menganjurkan Program Gotong-Royong bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan Pondok dan dengan Kerjasama Geng Motor Nexus Community Terengganu yang bersama-sama menjayakan program pagi ini. Terima kasih juga kepada para penyumbang Makanan.

Hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa baik anda semua.

Assalamualaikum. 𝗝𝗼𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝗳𝗮𝗾 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗱𝗶 Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim ✨Allah SWT berfirma...
10/04/2025

Assalamualaikum.

𝗝𝗼𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝗳𝗮𝗾 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗱𝗶 Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim ✨

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Sumbangan infaq dan wakaf Tuan / Puan akan digunakan untuk:-
1. Baik Pulih Keseluruhan Pendawaian Elektrik
2. Baik Pulih Siling dan Atap
3. Baik Pulih Pintu dan Tingkap
4. Baik Pulih Sekeliling Pagar
5. Baik Pulih Sistem Saluran Air dan Tandas

Infaq dan wakaf boleh dibuat melalui 𝗜𝗺𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗱 𝗤𝗥 atau 𝗣𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 RHB Bank - 26301500050951
"Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim"

Infaq dan wakaf daripada pihak Tuan / Puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

Ustaz Wann - 0104496640 ( Pengerusi )
En. Zaidi - 0138551988 ( Timbalan Pengerusi )




Boleh Scan
QR di bawah ini 👇🏻👇🏻👇🏻

Perbanyakkan Bersedekah di Bulan Ramadan
04/03/2025

Perbanyakkan Bersedekah di Bulan Ramadan

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H 🌙Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan ber...
01/03/2025

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H 🌙

Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan bermula Ahad, 2 Mac 2025. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk kita memperbanyakkan ibadah, muhasabah diri, serta meraih keampunan dan keberkatan dari Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini menjadi peluang untuk kita memperbaiki diri, mendekatkan hati kepada Allah, dan meningkatkan amal kebaikan. Sama2 kita manfaatkan setiap detik dengan penuh keikhlasan.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah! 🌟🤲

# Ikhlas daripada : Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim

Jom BERWAKAF MELALUI Tabung Dana Wakaf Tunai
23/02/2025

Jom BERWAKAF MELALUI
Tabung Dana Wakaf Tunai

15/02/2025

Kelebihan infaq dan sedeqah

```Bersedekah dan infaq ke jalan Allah.```

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”

(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

InsyaAllah kita cuba amalkan, jika tidak mampu dengan wang ringgit, sedekahla sekadar mampu melalui doa atau ilmu kepada org.

Semakin banyak kita memberi, InsyaAllah semakin banyak kita menerima.

Amalan Sunnah Di Hari Jumaat 💚Jom amalkan Sunnah di hari Jumaat & sebarkan poster ini semoga bermanfaat untuk semua. Ins...
13/02/2025

Amalan Sunnah Di Hari Jumaat 💚

Jom amalkan Sunnah di hari Jumaat & sebarkan poster ini semoga bermanfaat untuk semua. Insya ALLAH ✨

Antara Amalan Malam Nifsu Sya'ban 🌙-MEMBACA SURAH YASSIN 3 KALI DAN DOA NISFU SYA'BAN-MEMPERBANYAK BERDOA DAN BERZIKIR -...
13/02/2025

Antara Amalan Malam Nifsu Sya'ban 🌙

-MEMBACA SURAH YASSIN 3 KALI DAN DOA NISFU SYA'BAN
-MEMPERBANYAK BERDOA DAN BERZIKIR
-BERSEDEKAH

MEMBACA SURAH YASSIN
3 KALI DENGAN NIAT KHUSUS

- Yassin Pertama : Niat agar dikurniakan umur yang berkah. Umur yang panjang dalam ibadah, kebaikan, keberkahan dan kemanfaatan.
- Yassin Kedua : Niat agar dikurniakn rezeki yang halal, thoyib, dan berkah untuk kehidupan dunia dan akhirat.
-Yassin Ketiga : Niat agar dikurniakn kematian dalam husnul khotimah, berbekal iman takwa dan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Address

Kg Pak Bang, Pasir Panjang
Kuala Terengganu
21100

Telephone

+60104496640

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pondok Pesantren Kalimat & Anak-Anak Yatim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram