Ruqyah Aswaja KBRA Malaysia - Terengganu

Ruqyah Aswaja KBRA Malaysia - Terengganu Rawatan Ruqyah bagi masalah sihir, saka, gangguan makhluk halus dan sebagainya. Serta ikhtiar bagi segala penyakit medis dengan izin Allah. InsyaAllah..

APA ITU BOMOH ATAU DUKUN? Dengan kata lain bomoh atau dukun juga dikenali di dalam istilah arabnya iaitu(Al-Kahhanah) da...
10/10/2024

APA ITU BOMOH ATAU DUKUN?

Dengan kata lain bomoh atau dukun juga dikenali di dalam istilah arabnya iaitu
(Al-Kahhanah) dan (Al-Arrafah) :

AL-KAHIN : (tukang tenung) ialah orang yang memberi tahu perkara-perkara ghaib yang berlaku pada masa akan datang atau masa hadapan atau memberi tahu apa yang ada di dalam hati.

AL-ARRAF : (juru ramal) orang yang membahaskan sesuatu yang masih tidak diketahui (mendakwa mereka tahu perkara ghaib) sebagai contohnya orang yang mendakwa mengetahui barang yang dicuri, tempat beradanya barang hilang atau tercicir atau seumpamanya dengannya.

Di masa kini terdapat golongan Kahin atau Arraf ataupun uskun (ustaz berwatak dukun), yang mereka itu menggunakan nama ataupun gambar untuk menilik sakit, sebab atau punca gangguan makhluk jin kepada manusia, siapa yang menyihir dan sebagainya. Cara mereka itu ialah dengan menilik atau meramal daripada jauh tanpa ada pesakit dihadapan (atau dengan bahasa kini boleh tengok daripada jauh). Perbuatan ini telah mendatangkan banyak fitnah kepada masyarakat sehingga ada diantaranya difitnah oleh golongan ini sehingga memcerai beraikan suami isteri, memutuskan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga, memutuskan ukhwah antara ahli masyarakat.

Cara ataupun kaedah mereka ini adalah dengan menggunakan jin ataupun tilikan ataupun meramal ataupun mereka berbohong (dusta).

KESAN BERJUMPA DAN MEMPERCAYAI MEREKA

Menurut Imam Muslim di dalam sahihnya :

مَنْ أَتَى عَرَّاقًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Ertinya Barangsiapa datang menemui juru ramal kemudian bertanya sesuatu dan
membenarkannya apa yang dikatakannya, maka SEMBAHYANGNYA TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI.

Didalam Riwayat Abu Daud meriwayatkan :

مَنَ أَتَى كَاهِنَا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya: Barangsiapa menemui tukang tenung kemudian membenarkan apa yang
dikatakan maka sesungguhnya dia telah KUFUR TERHADAP WAHYU yang diturunkan kepada Nabi SAW ( iaitu Al-Quran).

Oleh itu, segala yang mereka lakukan dan amalkan, yang pada sangkaan mereka itu boleh mengetahui perkara yang ghaib adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan wahyu Allah SWT.

___________
حقيقة التوحيد، الدكتور/ يوسف القرضاوي

الكهانة والعرافة : (٥٨-٥٩)

ومثل المنجم : الكاهن والعراف
والكاهن هو الذي يخبر عن المغيبات في المستقبل أو هو الذي يخبر عما في الضمير.
والعراف اسم للكاهن والمنجم والرمال ومن شابه هؤلاء من كل من يدعي معرفة المغيبات ، سواء ما يكنه المستقبل أو ما يكنه الضمير . وسواء أكان ذلك عن طريق الاتصال بالجن أم النظر أو الخط في الرمل أو قراءة الفنجان أو خلاف ذلك.
روى مسلم في صحيحه أن النبي ﷺ قال : من أتى
عرافا ، فسأله عن شيء فصدقه ، لم تقبـل لـه صـلاة أربعين يوما .
وروى أبو داود عنه ﷺ : من أتى كاهنا فصدقه بما يقول
فقد كفر بما أنزل على محمد

06/10/2024

Tips tidak takut kepada jin

Soalan:

أرجو توجيهي وإرشادي إلى طريقة أتخلص بواسطتها من الخوف من الجن؟

“Boleh beritahu saya cara untuk membebaskan diri daripada perasaan takut kepada jin?”

Shaykh ʿAbd Allāh bin Jibrīn رَحِمَهُ اللهُ menjawab:

نقول: عليكم بالتحصن بذكر الله وبقراءة القرآن، وبالأعمال الصالحة وبكثرة الدعاء، وبكثرة الاستعاذة من الشرور ومن الشر وأهله.

وعليكم بحفظ الله، قال ﷺ: احفظ الله يحفظك فمن توكل على الله وحفظه وحفظ طاعته وتقرب إلى الله بالعبادة؛ فإن الله تعالى يحفظه ويحرصه.

“Hendaklah kamu mendinding diri dengan cara berzikir kepada Allah, membaca al-Quran, melaksanakan amal-amal soleh, banyak berdoa, dan banyak meminta perlindungan dengan-Nya daripada keburukan serta pelakunya.
Kamu juga hendaklah menjaga Allah (iaitu menjaga agama Allah – pent). Nabi ﷺ bersabda: “Jagalah Allah, nescaya Dia jaga kamu”. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, menjaga-Nya, menjaga ketaatan dan ibadah kepada Allah, maka sesungguhnya Allah ta’ala akan menjaganya dan memeliharanya”.

06/10/2024

Tak semua pesakit yang sedang terpekik, meraung, mengamuk atau MENGAKU dirasuk IBLIS benar-benar kena rasuk.

Ada yang mengalami masalah mental dan tekanan jiwa.

Lagi-lagi yang sedang kemurungan, ada keluarga kat ICU atau sedang menghadapi masalah hidup.

Ujian hidup yang teramat mencabar boleh membuat seseorang itu SNAP dan hilang kawalan esmosi & pemikiran serta tindak tanduk kelakuan yang luar dari batas norma.

Masyarakat awam akan rasa amat susah untuk mengatasi 'pesakit' yang sedang di masuk hantu dan konon nya JIN, IBLIS, SAKA KELUARGA ATAU ORANG YANG MENYIHIR mula berbual dari tubuh pesakit.

Dibacakan ayat Quran berulang kali mahupun diazan, takde effect sangat, sebab bukan Jin yang menguasai minda pesakit tetapi jiwa yang kacau, emosi yang tidak stabil serta pemikiran yang kusut.

Jika tidak biasa menghadapi kes rasuk , kita akan yakin bahawa yang sedang berbicara itu adalah JIN atau Hantu, tetapi buat perawat yang dah selalu lihat kes kerasukkan, akan dapat bezakan pesakit itu benar-benar sedang histeria hantu ataupun histeria emosi.

Nasihat saya, jangan malu untuk dapatkan nasihat kaunseling atau jumpa pakar psikiatri bila kita mula ada bisikkan & pemikiran 'suicidal' ataupun rasa amat tertekan jiwa itu sehingga nak cederakan diri sendiri mahupun orang sekeliling.

Macam cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung, bukan hantu, tetapi pesakit tekanan jiwa......

PENYAKIT AIN
25/09/2024

PENYAKIT AIN

21/07/2024

Bahana Iri Hati dan Dendam.

15/06/2024

InsyaAllah hari ni Jam 5.22 petang sampai jam 12.05 tgh malam waktu Malaysia adalah waktu mustajab doa, pohonlah segala hajat, InsyaAllah Allah SWT sambut tanpa hijab. 🌹

Rawatan Islam dan Ruqyah sebagai ikhtiar bagi masalah:- Saka keturunan. - Sihir.- Gangguan jin/makhluk halus. - Penyakit...
10/06/2024

Rawatan Islam dan Ruqyah sebagai ikhtiar bagi masalah:

- Saka keturunan.
- Sihir.
- Gangguan jin/makhluk halus.
- Penyakit Ain.
- Histeria.
- Terhalang jodoh akibat buatan org.
- Sukar mendapat zuriat akibat gangguan makhluk halus.
- Depression, kemurungan.
- Penyakit medic dan non medic.

Juga menyediakan khidmat:
- Pemagaran Rumah/ Permis Perniagaan/ Bangunan.

Rawatan boleh dilakukan di:
*Rawatan di tempat rawatan.
*Rawatan ke rumah pesakit.

Wasap/hubungi no dibawah untuk temujanji @ booking slot untuk rawatan:

www.wasap.my/60164258612/ruqyah

Lot 3643 Jalan Undang, Kg Tok Dir 21070 Kuala Terengganu, Terengganu.

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Ertinya: Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Surat Al-Isra Ayat 82

DOA NABI AYUBأَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ"Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau...
10/06/2024

DOA NABI AYUB

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

"Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang diantara semua penyayang"

Address

Jalan Undang
Kuala
21070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruqyah Aswaja KBRA Malaysia - Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ruqyah Aswaja KBRA Malaysia - Terengganu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram