Roadtax Kereta & Motosikal

Roadtax Kereta & Motosikal Renew Roadtax kenderaan anda di sini

04/10/2021
Takaful/insurans itu penting atau tidak?Kisahnya begini...."Encik Afyan, saya nak batalkan takaful", kata seorang pelang...
23/11/2020

Takaful/insurans itu penting atau tidak?

Kisahnya begini....

"Encik Afyan, saya nak batalkan takaful", kata seorang pelanggan.

"Boleh. Sebelum itu boleh saya tahu kenapa? Saya perlu isi dalam borang feedback"

Pelanggan berkenaan senyap beberapa ketika sebelum menyambung,

"Saya rasa rugi bayar RM300 sebulan selama 5 tahun. Kalau saya simpan jumlah ini, saya sudah ada sekurang-kurang RM18,000"

"I see... Begitu rupanya. Maknanya kalau Encik masuk hospital, meninggal dunia dan ditimpa penyakit kritikal dalam masa 3 tahun ini, baru Encik rasa untung melanggan takaful?"

"Eh, bukan begitu. Saya rasa rugi sebab tak guna pun selama 3 tahun ini".

"Kalau begitu saya cadangkan Encik langgan takaful pada waktu terbaik"

"Waktu terbaik? Maksud Encik?"

"Tadi Encik kata rasa rugi melanggan takaful sebab sudah 5 tahun bayar tapi tak digunakan. Jadi saya cadangkan Encik waktu terbaik untuk langgan takaful supaya tak rasa rugi"

"Boleh juga begitu. Bila waktunya?". Nampak bersinar-sinar wajahnya.

"Ada beberapa waktu terbaik untuk melanggan takaful. Pertama, sehari sebelum kemalangan. Kedua, 91 hari sebelum ditimpa penyakit kritikal. 121 hari sebelum meninggal dunia".

"Eh, maka boleh kita tahu bila kita mati, jatuh sakit atau kemalangan!".

Nampak beliau tak puas hati.

"Jadi, kalau Encik batalkan polisi ini sekarang, bagaimana agaknya jika berlaku musibah-musibah tadi selepas Encik batalkan polisi hari ini?"

Beliau terdiam. Mungkin sentap. Saya memang nak bagi sentap pun.

Saya menyambung lagi;

"Mungkin Encik rasa menyesal bayar RM300 sebulan selama 5 tahun tapi tak berlaku apa-apa.

Tapi percayalah, Encik akan lebih menyesal sekiranya musibah tadi datang ketika Encik sudah batalkan polisi ini.

Sebenarnya, apabila 5 tahun Encik langgan takaful dan tidak pernah claim, sepatutnya bersyukur sebab Allah berikan kesihatan dan dihindari dari sebarang musibah kematian, lumpuh, sakit kritikal atau dimasukkan ke hospital."

Saya biarkan beliau berfikir, sebelum menyambung lagi;

"Takaful bukan seperti Panadol yang boleh pakai masa kita sakit. Biar kita terawal 5 tahun sign up polisi takaful berbanding kita menyesal terlewat sehari."

"Takaful ni macam topi keledar. Apabila kita pakai topi keledar tapi tak kemalangan, bukan bermaksud rugi pakai topi keledar.

"Sama juga kita ada airbag dekat kereta. Bayar mahal-mahal, tapi tak kemalangan, bukan bermaksud rugi kalau tak kemalangan.

"Atau macam bank letak sekuriti 24 jam, pasang Pak Guard keliling bank. Bukan murah bayar semua tu. Kalau tak ada rompakan, bukan bermaksud rugi bayar semua tu.

"Bermaksud, kita patut bersyukur kerana tiada musibah yang melanda. Dan apabila musibah melanda, kita dah bersedi".

Kisah ini adaptasi daripada sebuah kisah benar yang diolah kembali untuk memudahkan pembacaan.

Bisnes takaful bukan sekadar komisen. Memberi kesedaran tentang peri pentingnya takaful kepada masyarakat. Dalam keadaan bangsa lain menggunakan insurans sebagai instrumen pengekalan kekayaan dari satu generasi ke satu generasi, bangsa kita skeptikal terhadap takaful.

Selepas diselidik, rupa-rupanya beliau menerima nasihat supaya batalkan polisi supaya ada duit lebih untuk buat simpanan supaya cukup deposit beli rumah.

Katanya, beli rumah lebih untung berbanding takaful.

Saya menarik nafas panjang sebelum kongsikan bahawasanya hartanah dan takaful adalah instrumen kewangan yang berbeza fungsi dan tujuan.

Hartanah bertujuan untuk pelaburan, manakala takaful p**a untuk tujuan perlindungan kewangan.

Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Hartanah bukan alternatif takaful.

Hartanah RM1 juta, installment RM5,000 sebulan. Tapi coverage income protection RM1 juta, sumbangan bulanan hanya sekitar RM250 sahaja.

Beli hartanah, boleh sewakan, tapi takaful tidak.

Tapi kalau masuk hospital, takkan nak tunjuk kontrak SNP kepada bank?

"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"

Copy paste drp page :
Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

12/11/2020
16/10/2020

Hujan berserta angin kencang & ribut petir di area Kuala Terengganu & Kuala Nerus malam ni

Assalammu’alaikum Nukilan : USTAZAH ASMA HARUNCOVID-19Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat mura...
15/10/2020

Assalammu’alaikum

Nukilan : USTAZAH ASMA HARUN

COVID-19

Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll.
Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita.

Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia, semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita telah berada di ambang kiamat.
Kiamat kecil yang dekat adalah mati.

Firman Allah, Surah Al Anbiyaa', ayat 35,

"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".

Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari sudut ROHANI,

1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Hentikan segala maksiat terangan atau sembunyi, jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.

2. Usaha perbaiki Solat Fardhu di awal waktu dan khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi saw dan berdoa dengan lebih yakin dan khusyuk.

3. LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab,
penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa.
Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.

4. WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf.

Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt. Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. Hadiah terbaik seorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati akan indah.

5. Dan lain-lain amal Soleh

Marilah kita kembali kepada Allah saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.

Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.

Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita,,
hidup menjadi lebih tenang dan senang.

InsyaAllah, Aamin ya Mujib



😭DEEP & SANGAT MENJENTIK HATI NURANI 😔

, #

Cara melindungi diri & anak-anak dari banjir kilat!Tahukah anda bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan salah ...
17/09/2020

Cara melindungi diri & anak-anak dari banjir kilat!

Tahukah anda bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan salah satu tempat yang mempunyai jumlah kilat yang tertinggi di dunia? Lembah Klang mempunyai ribut petir lebih kurang 240 hari dalam setahun berbanding hanya 10 di London! Memandangkan cuaca baru-baru ini sukar diramal, ikuti petua-petua di bawah untuk melindungi anda dan anak-anak anda.

1. Pantau keadaan cuaca.
Jadikan tabiat memperhatikan dan dengar pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu. Pengesanan awal dapat memberi anda lebih banyak masa untuk bersiap sedia menghadapi bencana.

2. Pastikan barang-barang penting disimpan di tempat yang selamat.
Sekiranya terdapat amaran banjir di kawasan anda, pindahkan peralatan elektrik ke tempat yang selamat dan letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air untuk melindunginya.

3. Jika berada dalam kenderaan dalam keadaan banjir, tinggalkan kenderaan
Jika kenderaan anda tersangkut, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergi ke tempat yang selamat. Jangan mengharungi kawasan banjir. Sebaliknya, patah balik ke tempat yang selamat.

Didik anak anda untuk mengikuti tips di atas untuk bersiap sedia jika berlakunya banjir kilat.

Sumber : Yes4G

Hah, mesti anda tengah pikir, “Eh, kenapa 3 tahun? Bukan sebelum ni, lebih 1 tahun expired tak boleh renew roadtax dah k...
16/09/2020

Hah, mesti anda tengah pikir, “Eh, kenapa 3 tahun? Bukan sebelum ni, lebih 1 tahun expired tak boleh renew roadtax dah ke?”.

Sebenarnya macam ni. Bermula 4 September 2020, sesiapa yang roadtax expired lebih 1 tahun, boleh renew insurans & roadtax macam biasa.

Kiranya, dah tak perlu buat pemeriksaan di Puspakom dah.. TAPI dengan syarat roadtax tu expired tak lebih dari 3 tahun.

Sekian.

14/07/2020

Good to try😀

Assalamu'alaikum wbt.Apa itu INSURANS CERMIN kereta?Insurans cermin kereta adalah perlindungan tambahan kepada polisi in...
13/07/2020

Assalamu'alaikum wbt.

Apa itu INSURANS CERMIN kereta?

Insurans cermin kereta adalah perlindungan tambahan kepada polisi insurans kereta anda.
Dengan adanya perlindungan ini, anda tidak perlu membayar kos ini sendiri sebaliknya akan ditanggung oleh syarikat insurans anda.

Cara untuk dapatkan perlindungan cermin kereta

Perlindungan ini boleh didapati ketika anda ingin memperbaharui insurans kereta anda.

Tahukah anda?

Tuntutan cermin kereta bukan hanya boleh tuntut cermin hadapan. Pelindungan insuran cermin juga meliputi cermin depan pintu, belakang pintu, cermin tiga segi dan juga cermin belakang.

Bagaimana dengan Sunroof, Cermin bumbung?

Cermin bumbung boleh buat tuntutan jikalau kereta tersebut asalnya ada sunroof. Seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima dan lain-lain.

Bagaimana dengan Cermin Canopy p**a?

Cermin canopy dianggap sebagai aksesori iaitu part tambahan, Insuran tidak akan memberikan pampasan kepada barang aksesori. Sama seperti sunroof, asal ada insuran akan bayar, asal kereta ini tiada insuran tidak akan bayar.

Bagaimana dengan cermin pandang belakang (Side Mirror)?

Cermin pandang belakang, atau lebih dikenali side mirror glass bukan dalam categori cermin kereta, justeru itu syarikat insurans tidak akan bayar tuntutan tersebut.

Sekian untuk kali ini.
Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya.

http://Www.wasap.my/60108025387/Roadtax

JomRenewRoadtax
StayHomeStaySafe

Servis renew Roadtax & Insurans kenderaan.Dah nak tamat tempoh? Hubungi saya untuk perbaharui roadtax & insurans.Jika ad...
23/06/2020

Servis renew Roadtax & Insurans kenderaan.

Dah nak tamat tempoh? Hubungi saya untuk perbaharui roadtax & insurans.

Jika ada sebarang kesulitan atau pertanyaan, boleh hubungi nombor 0108025387 melalui call atau WhatsApp.

http://www.wasap.my/60108025387/insurans&roadtax

Kalau nak balik kampung / merentas negeri tu, kena ikut lah peraturan di jalan raya/ lebuhraya.
11/06/2020

Kalau nak balik kampung / merentas negeri tu, kena ikut lah peraturan di jalan raya/ lebuhraya.

Boleh rentas negeri dah sekarang ni ya.. hati-hati lah dalam perjalanan
11/06/2020

Boleh rentas negeri dah sekarang ni ya.. hati-hati lah dalam perjalanan

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan ...
08/06/2020

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

31/05/2020

Perbaharui Roadtax & Insurans Kenderaan Anda.

Whatssap 0108025387

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roadtax Kereta & Motosikal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Roadtax Kereta & Motosikal:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram