Sektor Kesihatan Keluarga JKNT

Sektor Kesihatan Keluarga JKNT Aktiviti dan program melibatkan sektor kesihatan keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

25/02/2026
14/02/2026
12/12/2025
KURSUS PENGURUSAN SARINGAN THALASSEMIA MURID TINGKATAN 4 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 202312 & 13 Sept 2023@ ArRiyadah Re...
14/09/2023

KURSUS PENGURUSAN SARINGAN THALASSEMIA MURID TINGKATAN 4 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023
12 & 13 Sept 2023
@ ArRiyadah Residence MSNT Kuala Nerus

Day 1
Overview berkaitan saringan thalassemia & juga makluman terkini berkaitan ujian refleks. Interpretasi keputusan ujian & pengendalian sampel seterusnya lawatan penyeliaan persahabatan ke unit Pasukan Kesihatan Sekolah Kuala Nerus.

Day 2
Pengemaskinian data berkait rekod & reten thalasemia. Aktivi role play berkisar post test kaunseling saringan thalassemia. Tahniah kepada peserta yg sangat sporting.

Setinggi perhargaan terima kasih diucapkan kepada Dr Norhairie Sumarlie & En Mohd Shahriel dari Sektor Kesihatan Sekolah BPKK KKM serta Dr Azly Sumanti ketua pakar pathologi HSNZ yang telah menyampaikan perkongsian ilmu & pencerahan info terkini sepanjang kusus berlangsung.

Diharapkan kursus ini dapat membuka mata semua anggota kesihatan agar lebih peka terhadap objektif utama utk mengurangkan kelahiran bayi dgn masalah dependen transfusi (transfusion dependant).

15 Feb 2023, RabuMesyuarat Teknikal Sektor Kesihatan Keluarga Bil 1/2023 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan...
15/02/2023

15 Feb 2023, Rabu

Mesyuarat Teknikal Sektor Kesihatan Keluarga Bil 1/2023 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Raudah, Wisma Peladang K.Terengganu

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Sektor Kesihatan Keluarga JKNT, Dr Nurnajayati binti Omar dan dihadiri oleh Team Sektor Primer JKNT, Pakar Kesihatan Keluarga Yang Menjaga Aktiviti Kesihatan Keluarga Daerah, Pegawai Kesihatan Keluarga dan Penyelia Daerah.

Agenda mesyuarat hari ini ialah

1. Ucapan Pengerusi
2. Update aktiviti terkini program Sektor Kesihatan Keluarga
3. Pembentangan Pencapaian Prestasi Aktiviti Kesihatan Keluarga 2022 oleh KPPK Keluarga 1&2
4. Update Pemurnian Pelan Tindakan 2023
5. Hal2 lain

Semoga Program Kesihatan Keluarga dpt diteruskan dgn lebih cemerlang utk tahun 2023 demi kesejahteraan rakyat Terengganu💪🏻

Azlina AbManan Nurnajayati Omar Rohani Said Wan Adila Wan Hasan
13/02/2023

Azlina AbManan Nurnajayati Omar Rohani Said Wan Adila Wan Hasan

Isnin, 13 Februari 2023Sektor Kesihatan Keluarga JKN Terengganu telah mengadakan mesyuarat Program Kesihatan Lelaki buat...
13/02/2023

Isnin, 13 Februari 2023

Sektor Kesihatan Keluarga JKN Terengganu telah mengadakan mesyuarat Program Kesihatan Lelaki buat julung kalinya pada hari ini selepas diambil alih oleh Sektor Kesihatan Keluarga bersama-sama subject matter experts (SME) Kesihatan Lelaki iaitu barisan Pakar Perubatan Keluarga Lelaki Dr Mohamad Hassan, Dr Hafiz, Dr Adam dan Dr Azmi. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPPK Keluarga, Dr Nurnajayati binti Omar dan pembentangan berkaitan program dan update telah disampaikan oleh KPPK Keluarga 1, Dr Azlina binti Ab Manan@ Kamaruddin.

Turut hadir adalah Ketua Sektor NCD Dr Siti Mariam dan wakil dari Sektor Primer JKN Terengganu.

Agenda mesyuarat adalah membincangkan update dan perkembangan terkini Program Kesihatan Lelaki dan mendapatkan input dan pandangan ahli mesyuarat untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan Program Kesihatan Lelaki di negeri Terengganu.

Terima kasih atas percambahan idea yang disumbangkan oleh ahli mesyuarat dan semoga Program Kesihatan Lelaki dapat diperkasakan lagi di masa hadapan dan menambahbaik perkhidmatan sedia ada di fasiliti kesihatan awam.

9/2/2023Program Berjalan Kaki 10 Ribu Langkah Sempena Sambutan Hari Kanser SeduniaTahniah diucapkan kepada Unit NCD kera...
09/02/2023

9/2/2023
Program Berjalan Kaki 10 Ribu Langkah Sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia

Tahniah diucapkan kepada Unit NCD kerana berjaya melangsungkan program pada pagi ini dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Tahniah juga kepada semua peserta dari pelbagai unit kesihatan negeri Terengganu atas penglibatan dan berjaya menaiki Bukit Panorama.

Cegah kanser, rapatkan jurang pencegahan💜

Rabu, 8 Feb 2023@2.30-4.00pmTeam Sektor Kesihatan Keluarga JKNT hadir bersama Ketua Jabatan O&G HSNZ, Dr Faridah dan bar...
08/02/2023

Rabu, 8 Feb 2023@2.30-4.00pm

Team Sektor Kesihatan Keluarga JKNT hadir bersama Ketua Jabatan O&G HSNZ, Dr Faridah dan barisan subject matter experts Dr Norhana, Dr Kamilah Mohamed dan Dr Maira sama² mendengar Taklimat C&P utk Modul Prosedur Ultrasound Obstetrik Asas Bagi Pegawai Perubatan drpd Sektor Primer BPKK telah diadakan secara video conference.

Hadir bersama ialah wakil drp Sektor Primer JKNT yg menjadi Penyelaras kpd program C&P di Kesihatan Awam.

Susulan drp taklimat tersebut, ahli mesyuarat yang hadir telah mencapai beberapa cadangan pelaksanaan di Negeri Terengganu yg akan dibentangkan di peringkat tertinggi JKNT sebelum ia dilaksanakan.

Adalah diharapkan pelaksanaan C&P utk Prosedur Ultrasound Obstetrik Asas Bagi Pegawai Perubatan akan memberi nilai tambah kpd anggota terlibat dlm meningkatkan lagi kualiti penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak Negeri Terengganu.

8 Februari 2023PEMBENTANGAN & PERBINCANGAN PELAN TINDAKAN KESIHATAN AWAM**PELAN TINDAKAN MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN KAN...
08/02/2023

8 Februari 2023

PEMBENTANGAN & PERBINCANGAN PELAN TINDAKAN KESIHATAN AWAM

**PELAN TINDAKAN MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN (UNDER 5) BAGI TEMPOH 2023-2027 NEGERI TERENGGANU**

Ke arah mencapai penetapan sasaran Sustainable Development Goal (SDG 3.2) iaitu mengurangkan kadar kematian yg boleh dicegah sehingga 30% menjelang tahun 2030, Sektor Kesihatan Keluarga bersama subject matter experts yg terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Neonatologi & Pakar O&G (fetomaternal) serta Pakar Perubatan Kesihatan Awam berganding bahu menyumbang idea bernas dalam memurnikan pelan tindakan yg telah dibangunkan lebih sedekad yg lalu sewaktu era MDG.

Terima kasih tidak terhingga kepada Dr Kasmawati (FMS KK Ajil), Dr Rohaiza (FMS KK Marang), Dr Zubaidah (neonatologist HSNZ) & Dr Kamarul (pakar fetomaternal HSNZ) yg sudi hadir memberi input dalam sesi pembentangan. Terima kasih juga kepada barisan panel ; Dr Mohd Anuar TPKN KA, Dr Hanief PKD Setiu & Dr Effah PKD Kuala Nerus atas komen yg memberangsangkan. Diharapkan pelan yg lebih komprehensif ini dapat membantu mencapai sasaran bg negeri Terengganu khasnya & SDG 2021-2030 WHO amnya.


Address

Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Kuala
20920

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096222866

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Kesihatan Keluarga JKNT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sektor Kesihatan Keluarga JKNT:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram