Klinik Dr Nadiah Chendering

Klinik Dr Nadiah Chendering -Rawatan Kulit
-Pembedahan Kecil
-Rawatan Penyakit Ringan
-Rawatan Penyakit Kronik
-Rawatan Keluarga

21/04/2026

22 April 2026 | Hari Bumi Sedunia

Bumi 🌍 bukan sekadar tempat kita tinggal, tapi amanah yang perlu kita jaga.
Setiap langkah kecil — kurangkan plastik, jimat tenaga, sayangi alam — memberi kesan besar untuk masa depan.

Jom jadi sebahagian daripada perubahan.
Bumi ini milik kita, tapi tanggungjawab kita untuk generasi akan datang. 💚

Anxiety (kebimbangan) ialah satu keadaan emosi di mana seseorang rasa takut, risau, atau gelisah terhadap sesuatu yang b...
18/04/2026

Anxiety (kebimbangan) ialah satu keadaan emosi di mana seseorang rasa takut, risau, atau gelisah terhadap sesuatu yang belum berlaku atau tidak pasti. Ia sebenarnya reaksi normal tubuh—contohnya sebelum peperiksaan, temu duga, atau situasi penting.

Namun, ia jadi masalah bila rasa itu:

1)Terlalu kuat
2)Berlaku terlalu kerap
3)Mengganggu kehidupan harian

Tengah sedap lepak minum kopi dengan kawan-kawan, tiba-tiba Izzati datang melawat. Jantung berdebar laju, tangan sejuk berpeluh, nafas jadi pendek.

Bagi yang selalu kena serang dengan Izzati ni, korang mesti faham betapa penatnya melayan dia. Duduk diam-diam pun rasa macam tengah lari marathon.

Kenapa Izzati ni s**a datang tiba-tiba. Dari sudut sains, badan kita ni ada satu sistem penggera automatik. Bila otak kita overthinking benda yang belum jadi, badan akan tertipu. Dia ingat kita tengah berdepan ancaman bahaya macam kena kejar dengan harimau.

Waktu inilah hormon adrenalin dirembeskan laju masuk dalam darah. Otot automatik menegang, jantung pam darah laju nak sedia lari. Tapi realitinya kita cuma tengah baring atas katil overthink pasal masa depan.

Macam mana nak suruh Izzati ni balik dan tak kacau kita lagi. Boleh cuba tiga cara mudah dan saintifik ni.

Pertama, kawal pernafasan guna teknik empat saat. Tarik nafas empat saat, tahan empat saat, hembus empat saat. Ulang sampai dada rasa lapang. Ini akan hantar isyarat pada otak yang kawasan sekeliling dah selamat.

Kedua, main game cari barang. Guna teknik grounding 5-4-3-2-1. Cari lima benda warna biru kat sekeliling. Cari empat benda yang boleh disentuh. Dengar tiga bunyi. Fungsi dia nak tarik balik otak korang dari alam overthinking masuk ke dunia realiti.

Ketiga, kurangkan sikit kopi ais ikat tepi atau matcha pekat tu. Kafein ni memang kawan baik Izzati. Makin banyak kafein, makin kuat Izzati tu berparti dalam badan.

Kepada semua yang selalu kena hadap Izzati ni, korang sangat kuat dan tak keseorangan. Benda ni normal, respon biasa badan manusia, dan yang paling penting ia boleh dikawal. Tarik nafas dalam-dalam, everything will be okay.

Korang ada kawan yang selalu kena lawat dengan Izzati tak. Cuba suruh dorang share sikit apa teknik paling berkesan bila Izzati tiba-tiba buat hal malam-malam.

“Bila ais jumpa gigi: bukan cinta, tapi ngilu yang menyatukan.” 😬🧊Ketahui lebih lanjut , klik di sini 👉🏻 https://s.shope...
17/04/2026

“Bila ais jumpa gigi: bukan cinta, tapi ngilu yang menyatukan.” 😬🧊

Ketahui lebih lanjut , klik di sini 👉🏻 https://s.shopee.com.my/5L82cQrbiG

Lepak kedai makan order sirap bandung ais. Bila air dah habis disedut benda paling syok buat mestilah capai seketul dua ais dan masuk dalam mulut. Bunyi krup krap krup krap masa mengunyah tu memang bagi satu kepuasan yang tak terkata. Rasa sejuk dan rangup tu buatkan mulut tak berhenti nak suap baki ais yang ada.

Tengok kawan depan kunyah ais pun boleh buat kita terliur sama. Tapi di sebalik kenikmatan tu korang sebenarnya tengah menyeksa struktur paling keras pada badan manusia secara senyap.

Sains pergigian sangat melarang tabiat kunyah ais ni. Gigi kita dilindungi oleh satu lapisan luar yang dipanggil enamel. Walaupun enamel ni sangat keras ia amat terdedah kepada kecederaan akibat perubahan suhu yang mendadak.

Bila korang kunyah ketulan ais yang sangat sejuk dan keras gabungan suhu ekstrem dan tekanan rahang yang kuat tu akan menghasilkan retakan mikro pada permukaan enamel. Retakan halus ni korang memang tak boleh nampak dengan mata kasar.

Tapi bila diulang hari demi hari retakan mikro ni akan makin membesar. Lapisan pelindung gigi akan mula haus terhakis dan rosak. Waktu inilah korang mula perasan gigi jadi ngilu yang amat sangat bila minum air sejuk atau makan benda panas. Ngilu dia tu boleh berdenyut sampai naik ke kepala dan buat korang tak keruan.

Dalam kes yang lebih serius tabiat mengunyah ais yang keras ni boleh menyebabkan gigi patah serpih berdarah atau memecahkan tampalan gigi yang korang dah buat mahal mahal kat klinik.

Satu lagi fakta medikal yang korang kena ambil tahu. Keinginan melampau nak kunyah ais ini dipanggil Pagophagia. Ia juga merupakan salah satu amaran atau simptom utama badan korang sedang kekurangan zat besi yang kritikal atau menghidap Anemia.

Lain kali kalau air dah habis biarkan je ais tu cair perlahan lahan dalam gelas. Jangan jadikan gigi korang sebagai mesin pemecah ais.

Cuba pasang telinga masa lepak kat kedai mamak. Kalau dengar kawan semeja asyik berbunyi krup krap kunyah ais tegar tegur dia sikit sebelum gigi depan dia retak seribu.

Zaman sekarang cuaca memang panas sangat tapii tidur dengan halakan kipas terus ke muka terus untuk dapatkan kesan sejuk...
11/04/2026

Zaman sekarang cuaca memang panas sangat tapii tidur dengan halakan kipas terus ke muka terus untuk dapatkan kesan sejuk bukan caranya.

Cara tidur dengan kipas yang selamat:
HALAKAN KE DINDING BUKAN TERUS KE MUKA : Biarkan angin kipas menghala ke arah dinding atau siling supaya udara lebih sejuk dan sekata ke seluruh bilik, bukan hentam terus ke badan kerana angin direct boleh buat otot jadi tegang.

GUNA FUNGSI SWING: Biarkan kipas berpusing ke kiri dan kanan supaya suhu lebih sekata dan tak ganggu pernafasan terutama jika ada anak kecil atau individu yang mudah batuk.

CUCI KIPAS: Tolonglah cuci bilah kipas yang dah berkerak tu sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana habuk boleh trigger alergi.

Sayangi tekak dan paru-paru anda. Jangan seksa badan semata-mata nak rasa sejuk.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan disini :
Kekal wangi seharian dengan perfume ni :
https://collshp.com/klinikdrnadiah2022221/category/3392315?view=storefront

Kekal sejuk dan hapuskan peluh seharian dengan kipas mini turbo fan :
https://s.shopee.com.my/7VBPyWv1lm

Cuaca malam di Malaysia ni memang panas berbahang. Kalau tak pasang kipas pada kelajuan maksimum, memang berpeluh sakan dan tak boleh lelap.

Tapi masalahnya, ada di antara kita yang ada tabiat wajib halakan sangkar kipas tu TEPAT mengenai muka dan badan sepanjang malam. Kipas p**a jenis tak pusing (swing).

Esok paginya, bangun je terus rasa tekak perit berduri, hidung tersumbat teruk, bibir pecah menggelupas, dan badan p**a lenguh-lenguh macam lepas kena belasah.

Kenapa jadi macam ni? Adakah sebab terkena 'angin malam'?

Dari sudut perubatan, tidur dengan kipas yang menghala terus ke muka selama berjam-jam akan membawa tiga masalah besar kepada badan anda:

1. Dehidrasi Udara (Kelembapan Tersejat)
Angin laju yang bertiup terus ke arah wajah anda akan mengeringkan kelembapan semulajadi pada mata, hidung, dan mulut dengan sangat pantas. Apabila rongga hidung anda menjadi terlalu kering, badan akan bertindak balas cuba melindunginya dengan menghasilkan mukus (lendir) secara berlebihan. Inilah punca utama hidung anda tersumbat teruk bila bangun pagi!

2. Taufan Habuk dan Hama
Cuba perhatikan bilah sangkar kipas anda sekarang. Tebal dengan habuk hitam, bukan? Kipas yang berpusing laju sebenarnya sedang menyedut segala habuk, debu, dan hama di dalam bilik, kemudian menembaknya terus ke dalam rongga pernafasan anda. Ini sangat berbahaya terutamanya jika anda ada Asma atau Resdung (Allergic Rhinitis).

3. Kekejangan Otot
Pendedahan berterusan kepada angin sejuk secara terus pada satu kawasan badan (seperti leher dan muka) akan menyebabkan otot menjadi tegang dan kejang (muscle spasm). Sebab itulah bangun pagi, leher rasa 'salah bantal' dan badan sengal-sengal.

Cara tidur dengan kipas yang selamat:
HALAKAN KE DINDING: Biarkan angin kipas menghala ke arah dinding atau siling supaya udara sejuk melantun (air circulation) ke seluruh bilik, bukan hentam terus ke badan.
GUNA FUNGSI SWING: Biarkan kipas berpusing ke kiri dan kanan supaya suhu lebih sekata.
CUCI KIPAS: Tolonglah cuci bilah kipas yang dah berkerak tu sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Sayangi tekak dan paru-paru anda. Jangan seksa badan semata-mata nak rasa sejuk.

Kongsikan ilmu kesihatan ini. Tag rakan bilik atau pasangan anda yang selalu 'monopoli' kipas dan halakan terus ke muka mereka!

Isu kekurangan tenaga kerja di fasiliti kesihatan kerajaan bukan isu kecil, sekiranya tiada langkah yang jelas, akan men...
11/04/2026

Isu kekurangan tenaga kerja di fasiliti kesihatan kerajaan bukan isu kecil, sekiranya tiada langkah yang jelas, akan mengganggu ekosistem kesihatan dan membahayakan nyawa pesakit.
Petugas kesihatan makin penat

Peniaga2 kecil sangatlah terase dengan kenaikan harga barang , Harga kos yg meningkat Pening tu pening...semoga kekal ku...
11/04/2026

Peniaga2 kecil sangatlah terase dengan kenaikan harga barang ,
Harga kos yg meningkat
Pening tu pening...semoga kekal kuat

Yang bising nampak menang,yang diam jadi mangsa.Tapi diam bukan kalah—cuma memilih untuk tidak jadi sama.---------------...
07/04/2026

Yang bising nampak menang,
yang diam jadi mangsa.

Tapi diam bukan kalah—
cuma memilih untuk tidak jadi sama.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAK TAHU LEBIH LANJUT : https://shp.ee/8wbtk94a

Yang bising selalu nampak menang. Yang diam selalu jadi mangsa.

Ada orang jenis cakap lepas. Mulut laju, sindiran tajam, s**a cari salah orang, s**a rasa diri paling betul. Bila orang depan dia diam, dia ingat dia hebat. Dia ingat dia menang. Padahal bukan semua orang diam sebab tak ada jawapan. Ada yang diam sebab sedang tahan hati daripada pecah.

Ini yang ramai tak nampak.

Orang yang pendiam selalunya bukan lemah. Dia cuma tak s**a bergaduh. Dia tak pandai melawan dengan mulut kasar. Dia pilih untuk simpan, telan, dan cuba tenang. Tapi setiap kali dia dihina, diperli, dijadikan bahan, semua itu tetap masuk ke hati. Tetap tinggal kesan.

Lagi menyakitkan bila orang yang sibuk menghukum itu pun bukan sempurna mana. Nampak salah orang, sibuk buka cerita, sibuk ulas hidup orang, seolah-olah dia p**a ditugaskan jadi hakim untuk dosa manusia lain. Sedangkan dia sendiri masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki. Menegur bukan salah. Tapi bila teguran hilang adab, itu bukan lagi nasihat. Itu hanya luka yang dibungkus dengan rasa suci.

Kadang-kadang orang seperti ini jadi berani kerana selama ini tiada siapa melawan. Dia sangka diam orang lain itu tanda kalah. Dia tak tahu diam itu kadang-kadang cuma usaha terakhir untuk kekal waras dan tidak turun ke tahap yang sama.

Kalau anda berada di tempat orang yang pendiam ini, ingat satu benda. Anda tidak wajib menjawab semua benda. Tapi anda juga tidak wajib terus membiarkan diri dipijak. Jaga jarak. Kurangkan ruang untuk orang toksik masuk ke emosi anda. Jangan kongsi terlalu banyak dengan orang yang s**a guna kelemahan orang sebagai modal cerita. Dan bila hati sudah terlalu penat, carilah seseorang yang matang untuk anda luah. Bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi supaya diri anda sendiri tidak tenggelam diam-diam.

Kepada yang s**a cakap lepas, s**a sindir, s**a rasa diri paling betul, tolong faham. Tidak semua orang yang diam itu tak terasa. Ada yang senyum di depan anda, tapi balik rumah menangis sebab mulut anda.

Dan kepada follower yang berkongsi ini, anda tak salah kerana terasa. Anda cuma sedang berdepan manusia yang gagal menjaga lidah. Jangan benarkan perangai orang lain membuat anda rasa diri anda kecil. Orang yang s**a merendahkan orang lain selalunya sedang cuba membesarkan dirinya sendiri.

Kalau anda pernah melalui situasi macam ini, tinggalkan kata-kata untuk follower kita di ruangan komen. Kadang-kadang orang yang pendiam tak perlukan banyak nasihat. Dia cuma perlukan satu ruang yang membuat dia rasa, “aku bukan seorang.”

Cerita SPM - Satu Kenangan Indah , Satu permulaan alam baru🎓 “Air Mata Itu Berbaloi…” 😭✨Hari ini bukan sekadar hari kepu...
06/04/2026

Cerita SPM - Satu Kenangan Indah , Satu permulaan alam baru

🎓 “Air Mata Itu Berbaloi…” 😭✨

Hari ini bukan sekadar hari keputusan…
Hari ini adalah hari pengorbanan dibayar lunas.

Aku masih ingat..
Anak ini pernah menangis sebab tak faham pelajaran.
Pernah putus asa, pernah rasa nak mengalah.
Malam-malam berjaga, buku jadi teman setia…
Air mata jadi saksi perjuangan.

Dan hari ini…

Bila slip keputusan itu di tangan,
Air mata jatuh lagi…
Tapi kali ini bukan kerana sedih,
Tapi kerana **bangga yang tak terungkap dengan kata-kata.**

Seorang anak..
Yang dulu diragui,
Yang pernah hampir tewas,
Kini berdiri dengan kejayaan.

Terima kasih anak..
Kerana tak pernah berhenti mencuba.
Terima kasih kerana kuat, walaupun penat.

Ini bukan pengakhiran…
Ini adalah permulaan kepada mimpi yang lebih besar. 🌟

**Tahniah pejuang SPM!**
Kejayaan ini milik kamu… dan juga doa ibu ayah yang tak pernah putus. ❤️

Sama-sama kita betulkan cara bawa kereta auto.Cara yang betul : Kaki kanan - tekan minyak dan brek.Kaki kiri - rehat sah...
05/04/2026

Sama-sama kita betulkan cara bawa kereta auto.

Cara yang betul :
Kaki kanan - tekan minyak dan brek.
Kaki kiri - rehat sahaja (JANGAN GUNA).

Kenapa tidak boleh guna dua kaki :
❌Risiko tekan minyak dan brek serentak.
❌Boleh jadi brek mengejut/tak smooth.
❌Bahaya time panik, risau tersilap tekan.

Auto mode : tekan minyak dan brek semua dengan kaki yang sama sahaja.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak cari :
Supplement kesihatan yang murah , boleh klik link disini--> https://shp.ee/6eudt67u
Perfume yang wangi dan murah --> https://collshp.com/klinikdrnadiah2022221/category/3392315?view=storefront
Tisu yang murah dan jimat! --> https://collshp.com/klinikdrnadiah2022221/category/3392314?view=storefront

Masuk je kereta kawan, tengok kaki kiri dia letak kat pedal brek, kaki kanan kat pedal minyak. Terus rasa nak mengucap panjang dan nak cancel jadi penumpang! 😱🚗

Kereta auto direka secara ergonomik untuk dipandu menggunakan SATU KAKI SAHAJA (Kaki Kanan). Bila kaki kiri anda mula 'campur tangan', ini 3 bahaya besar yang menanti

1. Otak Keliru Waktu Kecemasan

Yang kita takut bukan masa jalan clear. Yang kita takut ialah split-second bila motor tiba-tiba mencelah atau budak melintas. Masa panik, refleks semula jadi badan adalah menegang dan menekan KEDUA-DUA belah kaki serentak.

Kereta akan mengaum (minyak ditekan) dan tersentak (brek ditekan) serentak. Sangat berisiko untuk kemalangan maut

2. Memori Otot (Muscle Memory) Kaki Kiri 'Kasar'

Kaki kiri manusia biasa tak ada kepekaan (feel) yang halus untuk menekan brek dengan lembut.
Sebab tu bila orang bawa auto dua kaki, braking dia jadi sangat kasar, mengejut, dan buat penumpang rasa nak muntah

3. 'Riding The Brake' (Makan Brek)

Tanpa sedar, kaki kiri tu sentiasa berehat dan 'tertekan' sikit pedal brek tu sepanjang pemanduan.

Akhirnya? Pad brek cepat haus, berasap, dan lampu brek belakang anda asyik menyala buat pemandu belakang confuse.
Kalau bawa kereta auto, biasakan satu kaki sahaja.

✅ Kaki kanan untuk minyak dan brek.
✅ Kaki kiri REHAT (letak di dead pedal/ *
footrest)

Kadang-kadang, tabiat yang kita rasa "boleh je ni" itulah yang jadi punca penyesalan seumur hidup bila keadaan bertukar cemas.

05/04/2026

BAHAYA GEMUK BERLEBIHAN/OBESITI: PEMBUNUH SENYAP DALAM DIAM
Jom kita muhasabah, Doktor bukan perfect, tapi doctor nak berkongsi nasihat!
Pernah tak terfikir… lemak yang kita anggap “biasa” tu sebenarnya sedang perlahan-lahan merosakkan tubuh dari dalam?
Obesiti bukan sekadar soal rupa.
Ia adalah pintu kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti:
⚠️ Diabetes yang merosakkan organ secara senyap
⚠️ Tekanan darah tinggi yang membebankan jantung
⚠️ Serangan jantung yang boleh datang tanpa amaran
⚠️ Risiko strok yang boleh lumpuhkan hidup
⚠️ Masalah pernafasan hingga s**ar tidur

Yang lebih menakutkan…
Ramai hanya sedar bila semuanya sudah terlambat.
Bayangkan…
Setiap makanan berlebihan hari ini adalah “pelaburan” kepada penyakit esok.
💀 Obesiti tidak membunuh serta-merta…Ia menyeksa perlahan-lahan.
⛔ Jangan tunggu badan beri “isyarat kecemasan”
⛔ Jangan tunggu doktor kata “sudah kritikal”
Mulakan sekarang:
✔️ Jaga dan kawal makan,
✔️ Pilih jenis makanan eg fiber, protein ,sayur etc, Kurangkan kandungan gula/ proses food
✔️ Kena aktif , bersenam minimum 3kali seminggu
Kesihatan bukan pilihan — ia keperluan.
👉 Ingat: Lemak boleh dikurangkan… tapi nyawa tiada gantinya.

--------------------------
Multivitamin tu penting , Vitamin C tu penting, supplement tu penting, kenape ? sbb makanan kite semakin hari semakin low grade .. jom klik link shopee ada discount https://shp.ee/asx6r4go

Selamat pagi☺️.Serahkan segala urusan pada-Nya, kerana Allah sentiasa ada.Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan-Nya🥰...
05/04/2026

Selamat pagi☺️.

Serahkan segala urusan pada-Nya, kerana Allah sentiasa ada.

Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan-Nya🥰.

Address

LOT PT 2011-K, RUMAH KEDAI TAMAN PERMINT JAYA IV, CHENDERING
Kuala
21080

Telephone

+60172178900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Nadiah Chendering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Nadiah Chendering:

Share

Category