26/09/2019
Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini kerana khasiatnya kepada kesihatan manusia.
Malah, ada yang mendakwa ia membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (vi**ra semula jadi), saraf dan membina otot.
Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan. Itu semua seperti yang didakwa.
Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diketuai oleh Dr. Zuraida Ab. Rahman menjalankan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.
Beliau merupakan Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi berkata, kajian pembangunan produk R&D kumpulan penyelidik dari MARDI dengan kerjasama Syarikat Black G Sdn. Bhd. berjaya menghasilkan produk daripada kunyit hitam.
Menurut Zuraida, daripada kajian pembangunan produk di MARDI, bahan aktif yang bernilai tinggi iaitu methoxyflavone merupakan komponen utama yang terdapat dalam kunyit hitam. Bahan aktif yang paling tinggi adalah 5,7-dimethoxyflavone telah dijadikan sebagai standard marker iaitu penanda dalam setiap penghasilan produk.
Ini kata beliau, bertujuan memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dengan bahan aktif yang stabil dan mengikut standard yang ditetapkan.
“Kestabilan produk juga dijaga dengan memastikan kehadiran methoxyflavone pada dos yang selamat dan berkesan,” ujarnya.
Di samping itu, produk yang dihasilkan juga bebas daripada mikroorganisme dan logam berat atau berada pada paras yang selamat dan dibenarkan oleh Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bahan aktif methoxyflavon yang terdapat dalam kunyit hitam bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit.
Dengan itu, berdasarkan kajian sangat ditekankan bahawa produk standardized dengan kehadiran bahan aktif yang optimum memainkan peranan yang sangat penting bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan sesuatu produk yang dihasilkan.
Hasil daripada R&D dan inovasi, produk yang berasaskan kunyit hitam ini telah menerima banyak anugerah.
Hanya Black G MARDI Asli ini sahaja yanf dapat pengiktirafan tertinggi secara rasmi.