
25/07/2025
Assalamualaikum wbt buat warga Peringat sekalian! Mari ramai2 kita memeriahkan program anjuran Panel Penasihat dan Kelab Warga Emas KK Peringat *“PROGRAM PENGESANAN KES AKTIF TB DAN SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI”*.
1. Booth Saringan Kesihatan – Nak tahu tahap gula, tekanan darah, BMI? Kelayakan saringan PEKAB40? Kami datang kepada anda, mari temui kami.
2. Booth Saringanan TB – TB ada di sekeliling kita, Ayuh jalankan tanggungjawab sosial untuk check kahak terhad 40 ore sahajo!
3. Booth Kesihatan Wanita – kito buat di rumah wakaf sebeloh masjid, “privacy” terjamin. Ada kaunseling perancang keluarga, pemeriksaan klinikal payudara dan Pap Smear. Yang penting, PERCUMA jahh belakoooo.
4. Booth Farmasi – Tanyalah Ahli Farmasi! Jangan malu2 untuk tambah ilmu tentang ubat TB dan ubat Berhenti Merokok.
5. Booth Pameran Kesihatan – kalau nak tahu lebih lanjut mengenai TB, rokok dan v**e, penguatkuasaan kesihatan awam, boleh jumpa Inspektorat kesihatan kita
6. Booth Pergigian – warga emas boleh tahu mengenai gigi palsu deh! Lepas ni kalu senyum, comey lotey doh gigi blako.
Ada kuiz dan hadiah menarik deh di setiap booth kita. Cabutan bertuoh kito sedio banyok hadiah biar ramai meraso. Sokongan anda amat penting untuk kesihatan komuniti sekkitooo.
Sumbangan turut disalurkan Alumni RADIUS