21/05/2025
Tubuh badan adalah amanah.
Sering kita dengar cerita tekanan darah yang sangat tinggi dan akhirnya menyebabkan pendarahan otak.
Sebelum itu tidak menghidap apa-apa penyakit. Tetapi fakta sebenarnya, tidak pernah cek kerana tidak mengalami apa keluhan.
Darah tinggi dilabel sebagai SILENT KILLER, kerana boleh jadi anda menghidap tekanan tinggi tetapi anda tidak merasakan apa-apa pun!
Untuk yang berumur 30 tahun ke atas, sila dapatkan saringan kesihatan,
at least pemeriksaan basic, seperti tekanan darah dan gula.
Untuk yang lebih muda tetapi mempunyai sejarah keluarga, jangan tunggu, buat screening seawal boleh.
Untuk yang memang disahkan darah tinggi, sila perhatikan tekanan darah secara berkala. Jom pantau!