Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza

Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza MEMPERKASA PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI

14 Ogos 2025: Putrajaya. Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangun...
16/08/2025

14 Ogos 2025: Putrajaya. Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga BPKK, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dalam siri perjumpaan bagi memperkenalkan GRACE dan membincangkan perancangan dan kolaborasi program kesihatan dan penyelidikan warga emas di komuniti.

Pusat Gerontologi GRACE telah pun memulakan siri pemeriksaan kesihatan warga emas di komuniti menerusi Program Kesihatan Satelit Warga Emas PKSK-WE sejak tahun 2023 dengan menggunakan modul I-COPE WHO yang komprehensif meliputi pemeriksaan fizikal asas, mental & kognitif, nutrisi, kekuatan & mobiliti, dan penglihatan & pendengaran. PKSK-WE adalah program KPT Madani menerusi kerjasama dengan Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Terengganu 5PMCT.

Hasil dari saringan ini beberapa rujukan telah dibuat kepada klinik kesihatan KKM dan bagi rawatan lanjut. Ini membuktikan keperluan saringan awal warga emas di komuniti. KKM p**a sedang menjalankan projek pilot pemeriksaan I-COPE di negeri Kedah yang akan diperluaskan ke seluruh negara mulai awal tahun 2026.

Pertemuan kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan GRACE dengan BPKK KKM khususnya Sektor Warga Emas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi perancangan latihan, penyelidikan dan saringan I-COPE di Klinik-Klinik Desa di seluruh Terengganu mulai hujung tahun 2025.

Semoga segala perancangan bagi memperkasakan kesihatan warga emas di komuniti dilancarkan bagi memberi manfaat kepada komuniti seluruhnya.

"MEMPERKASA PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI"


24 Julai 2025 - Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE,...
24/07/2025

24 Julai 2025 - Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan, Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu 5PMCT telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PPD Dungun, Terengganu.

Seramai 92 orang peserta warga emas telah menjalani pemeriksaan kesihatan warga emas komprehensif I-COPE yang melibatkan pemeriksaan fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang perlu perhatian doktor pakar juga telah dibuat rujukan ke hospital berdekatan dan ada yang dirujuk ke HoSZA.

Ceramah kesihatan warga emas juga telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA.

Program kali ini telah mendapat kerjasama Persatuan 5PMCT cawangan Dungun yang diketuai oleh Cikgu Haji Fadzilah yang menyediakan tempat dewan yang selesa dengan peralatan yang lengkap.

Turut hadir adalah Dr Najayati binti Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KPP Bahagian Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Dr Zaleha binti Jusoh, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Batu Rakit yang turut membawa pasukan kesihatan KKM yang telah memberikan 20 suntikan vaksin influenza kepada peserta.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengarah HoSZA dan kakitangan HoSZA dan Fakulti Perubatan yang terlibat dalam program kali ini.

Semoga program kali ini memberikan manfaat besar buat warga emas bagi memastikan PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI dapat direalisasikan.


GRACE UniSZA @ MED-i-CARE OPEN DAY 2025Alhamdulillah, GRACE UniSZA berpeluang menyertai Program Med-i-Care Open Day 2025...
22/05/2025

GRACE UniSZA @ MED-i-CARE OPEN DAY 2025

Alhamdulillah, GRACE UniSZA berpeluang menyertai Program Med-i-Care Open Day 2025 anjuran Fakulti Perubatan, UniSZA pada 22 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Fakulti Perubatan, UniSZA berhadapan HSNZ.

Dengan tema “Teroka Dunia Perubatan, Dekati Gaya Hidup Sihat”, program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk staf, pelajar dan orang awam, termasuk:
• Pemeriksaan kesihatan percuma
• Pameran & lawatan fakulti
• Senamrobik perdana
• Derma darah
• Urutan & bekam
• Pemeriksaan gigi, telinga & pendengaran
• Pertandingan inovasi & booth pendidikan
• Gerai makanan & food truck

GRACE UniSZA turut membuka booth khas yang menampilkan:
• Infografik dan poster kesihatan warga emas
• Jualan hasil kraftangan oleh OKU dan minyak zaitun

Jom raikan gaya hidup sihat bersama GRACE UniSZA!






Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan UniSZA (GRACE) dengan bangganya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua...
13/05/2025

Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan UniSZA (GRACE) dengan bangganya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pensyarah kanan Fakulti Perubatan UniSZA dan juga ahli jawatankuasa GRACE, Dr Noor Azlina Abu Bakar dan Dr Noor Azuin Suliman atas penglibatan sebagai penceramah plenari dalam Malaysia Olive Oil Summit 2025 yang berlangsung pada 24 Mei 2025.

Dr Azlina akan membentangkan tajuk:
Perubatan Berasaskan Bukti: Minyak Zaitun dalam Penyelidikan Terkini di UniSZA

Manakala Dr Azuin akan membentangkan tajuk:
Kesan Pengambilan Minyak Zaitun Lampante kepada Kesihatan berdasarkan Kajian UniSZA

Semoga dengan penglibatan ini dapat memperkukuh peranan Pusat Gerontologi UniSZA dalam mendepani isu penuaan sihat melalui penyelidikan berimpak tinggi.

Semoga ia terus menjadi inspirasi kepada warga akademik untuk terus maju dalam bidang penyelidikan dan inovasi kesihatan khususnya untuk warga emas.




16 Januari, Chendering: Pembuka tirai program warga emas bagi tahun 2025, Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza ber...
16/01/2025

16 Januari, Chendering: Pembuka tirai program warga emas bagi tahun 2025, Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza bersama Fakulti Perubatan UniSZA, Hospital Sultan Zainal Abidin dan PAWE Kuala Terengganu telah menganjurkan Program KPT Madani Kesihatan dan Kesejahteraan Warga Emas di Kompleks Ibu Tunggal YPKT Chendering.

Program yang melibatkan 60 orang warga emas ini merupakan projek kesihatan mahasiswa tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan (BMHS) yang turut disertai mahasiswa Magang Internasional Kampus Institut Helvetia Sumatera, Indonesia.

Pada program kali ini, setiap peserta warga emas diberikan buku Pasport Kesihatan Warga Emas yang disediakan oleh Pusat Gerontologi GRACE yang merupakan sebuah pemeriksaan kesihatan komprehensif. Selain mendapat maklumat berkaitan kesihatan, warga emas juga akan menjalani pemeriksaan susulan pada masa akan datang menggunakan buku ini.

Penutup program ini telah dihadiri oleh Wakil Rektor IKH Bd Aida Fitria, Tn Haji Ghazali bin Yusuf, Pengerusi PAWE Kuala Terengganu dan Dr Nik Nor Ronaidi bin Nik Mahdi, Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat HoSZA.

Tuan Haji Ghazali Yusuf menyatakan penghargaan di atas kesungguhan pihak Fakulti Perubatan UniSZA dan Hospital Sultan Zainal Abidin dalam menyokong program warga emas seperti ini dan berharap ia akan beterusan agar memberi manfaat kepada komuniti warga emas.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Aniza binti Abd Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE UniSZA. Beliau telah menegaskan kepentingan penjagaan kesihatan warga emas selari dengan matlamat penuaan sihat dan sejahtera yang dibawa oleh GRACE. Beliau berharap agar program kerjasama dengan PAWE Kuala Terengganu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat yang besar buat warga emas dan semua pihak yang menjayakannya.



Jom lawat reruai Pusat Gerontologi GRACE UniSZA di program Sambutan Hari Warga Emas peringkat Negeri Terengganu, anjuran...
08/10/2024

Jom lawat reruai Pusat Gerontologi GRACE UniSZA di program Sambutan Hari Warga Emas peringkat Negeri Terengganu, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hari ini kita buat pameran Pencegahan Jatuh dan Rumah Selamat Warga Emas, juga boleh buat penilaian risiko jatuh dan keselamatan rumah anda dan warga emas.




Selamat menyambut Hari Warga Emas Sedunia1 Oktober 2024“Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan & Sokongan Warga...
01/10/2024

Selamat menyambut Hari Warga Emas Sedunia

1 Oktober 2024

“Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan & Sokongan Warga Emas”

Ikhlas: Pusat Gerontologi (GRACE), Fakulti Perubatan UniSZA

GRACE telah berjaya memenangi anugerah Gold Medal dan Best Poster bersempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi MPI di Univ...
04/06/2024

GRACE telah berjaya memenangi anugerah Gold Medal dan Best Poster bersempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi MPI di Universiti Malaysia Terengganu UMT. Dr Nurul Izza Yunus yang mengetuai pasukan ini telah mengetengahkan Buku Pasport Kesihatan Warga Emas (PKWE) sebagai sebuah produk Inovasi baru untuk penilaian status kesihatan dan penyimpanan rekod perubatan warga emas.

Pasukan penyelidik dan inovasi ini turut disertai oleh Prof Madya Dr Aniza Abd Aziz, Dr Mohd Ihsanuddin Abas, Dr Muna Hamiza Asiff, Dr Noor Azlina Abu Bakar, Dr Nur Aiza Idris dan Dr Nurul Azreen Yusof yang kesemuanya adalah pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA.

Buku PKWE ini telah digunakan semasa program kesihatan satelit komuniti warga emas yang telah dianjurkan dengan kerjasama Hospital Sultan Zainal Abidin dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Terengganu sepanjang tahun 2023.

Diharapkan kejayaan ini menjadi daya penolak kepada ahli GRACE dan pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA untuk terus melahirkan penyelidikan dan inovasi yang Memberi Faedah Kepada Insan.


Pusat Gerontologi GRACE telah menyertai pameran bersempena Program Gerak Gempur Cakna Ubat anjuran Sektor Farmasi Jabata...
13/05/2024

Pusat Gerontologi GRACE telah menyertai pameran bersempena Program Gerak Gempur Cakna Ubat anjuran Sektor Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Seramai 8 orang pensyarah dan ahli GRACE dari Fakulti Perubatan UniSZA telah membuat pameran berkenaan Pencegahan Jatuh dan Simulasi Pengalaman Warga Emas. Peserta-peserta program dalam kalangan warga emas telah mendapat manfaat melalui perkhidmatan penilaian risiko jatuh dan nasihat berkaitan keselamatan di rumah.

Selain itu, peserta-peserta turut diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai warga emas dengan memakai Aged Simulation Set yang dibawa khas dari Jepun. Dengan pemakaian set ini peserta dapat merasai sendiri kesukaran yang dialami warga emas dalam urusan seharian khususnya dalam pengambilan ubat-ubatan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dato Dr Kasemani Embong yang juga telah mengambil kesempatan melawat reruai GRACE dan memakai alat simulasi berkenaan.




18/10/2023

Memartabat Hak Warga Emas: Merentas Generasi

18/10/2023

Memartabat hak warga emas: Merentas Generasi

Address

FAKULTI PERUBATAN UNISZA, Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram