JPKK Ladang Hospital

JPKK Ladang Hospital Dun Batu Burok

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanaka...
08/06/2025

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:



فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Al-Kauthar 108:2

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Sempena Hari Raya Aidiladha pihak JPKK Ladang Hospital membuat agihan daging korban ke beberapa buah rumah di sini. Terima kasih kepada Adun Batu Burok Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan daging tersebut.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَInna lillahi wa inna ilahi raji'un."Dari Allah kita datang dan kepada Allah k...
08/06/2025

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

‎Perkhabaran sedih dari Kampung Ladang Hospital, Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Musa Bin Mamat atau dikenali sebagai Kor, mengampuni dosa-dosanya dan menerima segala amalannya yang meninggal jam 7 malam tadi 07/06/25. Ameen Ya Rabb. Jenazah dimandikan, dikapan & disembahyangkan pada jam 9 pagi ini.

Sama-sama kita sedekahkan alfatihah & doa kepada rohnya..
Takziah buah seluruh ahli keluarga mereka.

Salam Takziah

🌟 KEM ANAK SOLEH – MUMTAZ 5.0 🌟📅 Tarikh: 4 & 5 Jun 2025 (Rabu & Khamis)⏰ Masa: 7:30 pagi – 5:00 petang📍 Lokasi: Masjid S...
25/05/2025

🌟 KEM ANAK SOLEH – MUMTAZ 5.0 🌟

📅 Tarikh: 4 & 5 Jun 2025 (Rabu & Khamis)
⏰ Masa: 7:30 pagi – 5:00 petang
📍 Lokasi: Masjid Sultan Ismail, Chendering

🎯 Terbuka kepada:
🔸 Kanak-kanak berumur 8 – 12 tahun
🔸 Terhad kepada 100 peserta sahaja
💸 Yuran: Hanya RM60 seorang (Termasuk makan minum 3x sehari, sijil penyertaan, beg program dan alat tulis)

⚔️ Istimewa : Aktiviti Memanah⚔️🛡️

📲 Daftar sekarang!
📞 Afiq: https://www.wasap.my/601139551065

📞 Husna: https://www.wasap.my/601139551152

📎 Imbas QR untuk borang penyertaan atau klik pautan di bawah!
https://forms.gle/efQoa2uAf8qMpoeJ8

Anjuran bersama: Masjid Sultan Ismail Chendering & Persatuan Amal Sejagat Kuala Terengganu.

Pada hari yang penuh makna ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik di Tereng...
16/05/2025

Pada hari yang penuh makna ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik di Terengganu dan seluruh Malaysia. Jasa dan dedikasi guru dalam membentuk generasi kini tidak ternilai harganya.

Guru bukan sekadar pengajar, tetapi juga pejuang ilmu, pembentuk akhlak, dan pencetus inspirasi. Semoga segala pengorbanan dan keletihan kalian dibalas dengan keberkatan dan kejayaan anak didik.

Kerajaan Terengganu sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan pendidikan di Terengganu terus terpelihara.

"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"

MAJLIS PENGHARGAAN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2024Assalamualaikum WBT,Tahniah kepada seluruh pelajar calon SPM 2024 ...
05/05/2025

MAJLIS PENGHARGAAN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2024

Assalamualaikum WBT,

Tahniah kepada seluruh pelajar calon SPM 2024 yang memperolehi keputusan baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, peringkat DUN Batu Buruk akan mengadakan Majlis Penghargaan dan Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 bagi menghargai calon SPM 2024 dan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan.

Semua Pelajar SPM 2024 dan Ibu atau Bapa mereka merupakan pengundi DUN Batu Buruk dijemput untuk mengisi pendaftaran

Bagi mereka yang cemerlang, serta memenuhi syarat-syarat di bawah anda merupakan salah seorang penerima anugerah.

1) Pelajar SPM 2024
2) Memperoleh keputusan SPM 6A dan keatas
3) Ibu ATAU Bapa adalah pengundi DUN Batu Buruk

📍Tarikh tutup pendaftaran:
22 Mei 2025

📍Imbas kod QR pada pendaftaran

Atau

📍Isi Google Form pada link https://forms.gle/6g37ohZ4YQYF5LNT6

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
01113324733 - Cik Insyirah / Encik Fatihi



TINJAUAN KEYAKINAN PENGGUNA TERENGGANU 2024/2025 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) sedang menjalankan ka...
28/04/2025

TINJAUAN KEYAKINAN PENGGUNA TERENGGANU 2024/2025

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) sedang menjalankan kajian tinjauan Keyakinan Pengguna Terengganu 2024/2025 yang bertujuan untuk menilai sentimen dan tahap keyakinan pengguna di Terengganu terhadap aktiviti perbelanjaan serta kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri.

Maklum balas ini amat bermakna dan akan membantu Kerajaan Terengganu dalam merangka dasar serta inisiatif yang lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Pautan :

http://tiny.cc/TerengganuConsumerSurvey atau imbas kod QR yang tertera di poster.

Sekian, terima kasih.

Berkesempatan melawat En. Abdul Wahab bin Muataffa (Bedul) di rumah beliau. Beliau baru sahaja keluar dari hospital akib...
01/03/2025

Berkesempatan melawat En. Abdul Wahab bin Muataffa (Bedul) di rumah beliau. Beliau baru sahaja keluar dari hospital akibat demam dan masalah pada paru-paru. Semoga beliau sihat sepenuhnya. Sedikit sumbangan kewangan dan juga kurma diberikan kepada beliau.

Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَ...
01/03/2025

Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. (Hadith Riwayat Tirmizi).

Berkesempatan bersama team ajk jpkk membuat agihan kurma di sekitar Kampung Ladang Hospital. Terima kasih Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan kurma yang diberikan.

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa untuk berqiamullail dan bertadarrus, ambil peluang yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.

27/12/2024

AQ 🕌 KHALIFAH Membuka peluang kepada semua 9 tahun ke atas untuk menyertai KELAS IQRA' / QURAN TAHUN 2025, KANAK2 & DEWASA. Hari (Sab, Sel & Kha) , masa (Maghrib - Isyak) & Yuran (RM30). Daftar segera. Tempat adalah terhad.

Kelas.
A. Iqra Dewasa Lelaki
B. Iqra Dewasa Muslimat

C. Quran Dewasa Lelaki
D. Quran Dewasa Muslimat

E. Iqra Kanak2 (9 - 17 tahun)
F. Quran Kanak2 (9 - 17 tahun)

Sila Daftarkan nama di

11/11/2024

*PROGRAM BANTUAN BARANGAN USAHAWAN 2024*

Istimewa buat warga Dun Batu Buruk. Bagi yang layak, mengikut syarat dan terma, anda boleh dapatkan borang permohonan ;

*Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Batu Buruk.*

Tarikh tutup permohonan adalah :
*24 November 2024, jam 4 petang.*

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Encik Mohd bin Yusof
(011-1332 4733)

Jangan lepaskan peluang ini.

Assalamualaikum.Sempena bulan kemerdekaan. Pihak JPKK Kampung Ladang Hospital akan mengadakan pertandingan PESTA FUTSAL ...
12/08/2024

Assalamualaikum.

Sempena bulan kemerdekaan. Pihak JPKK Kampung Ladang Hospital akan mengadakan pertandingan PESTA FUTSAL MERDEKA TERTUTUP sebagaimana berikut:

Tarikh: 31/08/24(sabtu)
Masa: 2:00pm - 6:00pm
Tempat: Futsal Ladang

Hanya 8 pasukan sahaja. Hadiah menarik disediakan. Daftar segera sebelum terlambat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi segera 0145278475.

AssalamualaikumSempena bulan Muharram 1446.Jom orang-orang kapung, kita pakat buat sughe. Bertempat di perkarangan rumah...
24/07/2024

Assalamualaikum

Sempena bulan Muharram 1446.
Jom orang-orang kapung, kita pakat buat sughe. Bertempat di perkarangan rumah arwah hj abidin, sabtu 27/7/24 jam 7 pagi.

Pakat mari belaker deh.

Address

Kuala

Telephone

+60129591089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Ladang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram