Kami Doktor Bedah Terengganu

Kami Doktor Bedah Terengganu Kempen Kesedaran Kanser Payudara diadakan sempena bulan Kanser Payudara iaitu Oktober

Matlamat kami Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Alhamdulillah, selesai sudah Pink Karnival 2024 yang diadakan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Acara ini berlang...
11/10/2024

Alhamdulillah, selesai sudah Pink Karnival 2024 yang diadakan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Acara ini berlangsung di KTCC Mall pada 5 Oktober 2024. Banyak aktiviti menarik telah diadakan, seperti Kids Pink Fashion Show, pertandingan mewarna, dan forum "My Journey Breast Cancer" oleh pesakit kanser payudara yang telah pulih, berkongsi kisah mereka dengan orang ramai.

Terdapat juga pelbagai reruai yang berkaitan dengan kanser payudara, dari pemeriksaan kesihatan hingga maklumat mengenai pengesanan awal, untuk membantu pengunjung memahami kepentingan menjaga kesihatan.

Semoga karnival ini memberi manfaat kepada semua dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengesanan awal kanser payudara.

Spread Wings of Hope, Soaring Towards Cure.

11/10/2024

Pink Carnival 2024
5.10.2024
KTCC Mall

Today is the day... jom semua ke KTCC mall... join us now
05/10/2024

Today is the day... jom semua ke KTCC mall... join us now

04/10/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga Terengganu! Kami dengan rasa berbesar hati ingin menjemput anda semua u...
25/09/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga Terengganu! Kami dengan rasa berbesar hati ingin menjemput anda semua untuk bersama-sama memeriahkan acara Pink Carnival 2024 - Spread Wings of Hope: Soaring Towards a Cure, bagi menyokong bulan kesedaran kanser payudara yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun.Karnival ini bukan sahaja merupakan acara hiburan, tetapi menjadi wadah untuk kita semua menyebarkan kesedaran tentang pentingnya pemeriksaan awal dan penjagaan kesihatan, terutamanya bagi wanita di seluruh Terengganu.

๐ŸŒธMengapa Pink October?
Pink October telah menjadi simbol global dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang. Namun berita baiknya, jika dikesan lebih awal, peluang untuk rawatan yang berjaya adalah jauh lebih tinggi.

๐ŸŒธ Apa Yang Menanti Anda di Karnival?
Karnival ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat! Anda boleh menjangkakan:
โœจPameran Kesihatan โ€“ Pelbagai informasi mengenai kesihatan wanita dan cara pencegahan kanser payudara.

โœจPemeriksaan Kesihatan Percuma โ€“ Ambil peluang untuk mendapatkan pemeriksaan awal dan nasihat dari pakar-pakar kesihatan.

โœจ Sesi Ceramah & Forum โ€“ Sertai sesi ceramah kesedaran yang akan disampaikan oleh pakar perubatan, pesakit kanser, serta aktivis kesihatan.

โœจ Aktiviti Keluarga & Kanak-kanak โ€“ Jangan risau, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak! Daripada pertandingan mewarna, pertunjukan fasyen kanak-kanak, pertandingan video tik-tok dan cabutan bertuah.

โœจ Reruai Pameran Kesihatan โ€“ Bagi membuka minda dan mengembangkam pengetahuan anda dalam perawatan, penjagaan dan khidmat sosial berkenaan kanser payudara.

๐ŸŒธ Bersama kita menyokong mereka yang berjuang!
Karnival ini juga adalah platform untuk kita memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang melawan kanser payudara, serta memberi penghormatan kepada mereka yang telah tewas dalam perjuangan ini. Dengan kehadiran anda, kita dapat menyebarkan mesej kesedaran dan membina komuniti yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.

๐ŸŒธ Maklumat Karnival:
๐Ÿ—“๏ธTarikh: 5 Oktober 2024
โฐ Masa: 8.00pg - 5.00ptg
๐Ÿ“ Lokasi: Ruang Legar Aras 2, KTCC Mall

Kami berharap anda semua dapat meluangkan masa bersama-sama memeriah karnival ini. Ingatlah, setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini boleh membawa kepada perubahan besar dalam hidup seseorang pada masa akan datang.

Ayuh bersama-sama tunjukkan sokongan penuh kita untuk mereka! Jumpa anda di sana.

๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐š๐ฒ๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐Ÿ’•๐ฝ๐‘œ๐‘š ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘– ๐น๐‘ข๐‘› ๐‘Š๐‘Ž๐‘™๐‘˜ ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘›๐‘Ž ๐ต๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘Ž๐‘›๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ข๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž!๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚-๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚...
23/09/2024

๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐š๐ฒ๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐Ÿ’•

๐ฝ๐‘œ๐‘š ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘– ๐น๐‘ข๐‘› ๐‘Š๐‘Ž๐‘™๐‘˜ ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘›๐‘Ž ๐ต๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘Ž๐‘›๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ข๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž!

๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚-๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’Œ๐’†๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’”๐’†๐’…๐’‚๐’“๐’‚๐’. ๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’‚๐’‘ ๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’”๐’๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’Œ๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’”๐’†๐’…๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‹๐’–๐’‚๐’๐’ˆ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’”๐’‚๐’Œ๐’Š๐’• ๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’Œ๐’‚.

Daftar sekarang dan bawa ahli keluarga serta rakan-rakan! ๐Ÿ˜˜
๐Ÿšถโ€โ™€๐—ฆ๐—”๐— ๐—ข ๐—™๐—จ๐—ก ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐Ÿšถโ€โ™‚

๐ŸŽ‰ Berjalan kaki 3 kilometer yang penuh warna-warni pada :

๐Ÿ“Œ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : 12 Oktober 2024
๐Ÿ“Œ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ : Sabtu
๐Ÿ“Œ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : Kompleks Sukan TER, Kuala Ibai!
๐Ÿ“Œ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : 7.00 pagi
๐ŸŽซ ๐—ฌ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐ŸŽซ

- Orang Awam : RM50
- Survivor : RM40
- Kanak-kanak: RM40

๐Ÿ”’ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ง๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป :
1 Oktober 2024

๐ŸŽก ๐€k๐ญi๐ฏi๐ญi M๐žn๐šr๐ขk M๐žn๐šn๐ญi! ๐ŸŽก

Dari cabutan bertuah hingga gerai jualan dan pameran.

๐Ÿ† ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’“๐’Š๐’Œ ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’‘๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’๐’…๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’! ๐Ÿ†

Ambil bahagian dan rebut peluang untuk menangi hadiah menarik!๐ŸŒ‚๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜†๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐˜€ ๐ŸŒ‚

Serlahkan bakat dan kreativiti anda dalam Pertandingan Payung Berhias SAMO!
๐Ÿ“ž ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐˜ : ๐Ÿ“ž

Hubungi:
Iylia: 0111 5095855
Hanis: 011 69550870

Atau whatsapp terus ke link ๐Ÿ“ฒ
https://www.wasap.my/601115095855/samofunwalk
https://www.wasap.my/601169550870/samofunwalk

๐Ÿ”— ๐—œ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—ผ๐—ฑ ๐—ค๐—ฅ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿ”—

Link pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeeUc-SAAW6Aq2IrWcWtRUjpIggBZ0tTJKN2ZzRfFKgmaeKRg/viewform?usp=sf_link

๐Ÿ‘ฅ ๐—”๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป :
Kelab SAMO, Persatuan KHAIRUNNISAโ€™ dan TER

๐Ÿค ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ : PAPISMA, Ameerah Kuala Terengganu, Yayasan Kebajikan Perkasa Alam dan Klinik Muslimah.

๐ŸŒธ ๐๐ˆ๐๐Š ๐“๐Ž๐†๐„๐“๐‡๐„๐‘! ๐’๐“๐‘๐Ž๐๐†๐„๐‘ ๐…๐Ž๐‘๐„๐•๐„๐‘! ๐ŸŒธ

Teaser
04/09/2024

Teaser

Melakukan aktiviti fizikal secara aktif & konsisten boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Tahniah & syabas kepada s...
27/04/2024

Melakukan aktiviti fizikal secara aktif & konsisten boleh mengurangkan risiko penyakit kanser.

Tahniah & syabas kepada semua peserta Blue Ribbon to Blue Pool - Colorectal Cancer Awareness Hike 2024 kerana berjaya menamatkan kembara belantara pada pagi tadi, selain berkesempatan menyejukkan badan di Blue Pool, Lata Payung yang sangat menakjubkan. Tahniah juga kepada 20 orang pemenang cabutan bertuah. Hadiah memang berbaloi.

Jumpa lagi dalam aktiviti kesedaran kanser kolorektal pada masa akan datang.

Blue Ribbon to Blue Ocean perhaps?

Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung pertemuan antara Colorectal Cancer Survivorship Society Malaysia ( CORUM ) d...
23/03/2024

Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung pertemuan antara Colorectal Cancer Survivorship Society Malaysia ( CORUM ) dan beberapa pejuang kanser kolorektal Terengganu di Hotel Raia. Pertemuan turut disertai Pakar Bedah Kolorektal HSNZ & Unisza. Terima kasih kpd En Norazri, Exco CORUM yang hadir utk memberi perkongsian. Majlis diakhiri dengan sesi iftar.

Semoga CORUM boleh menjadi support group utama kepada pesakit kanser kolorektal di negeri Terengganu.

Ada benarnya juga - hanya pesakit yang lebih memahami pesakit yg lain.

Warga Kuala Terengganu khususnya pesakit & waris pesakit kanser usus dipelawa menyertai program hiking di Hutan Lipur La...
05/03/2024

Warga Kuala Terengganu khususnya pesakit & waris pesakit kanser usus dipelawa menyertai program hiking di Hutan Lipur Lata Payung pada 24/4 nanti. Sila scan QR code pada poster untuk pendaftaran. Tempat adalag terhad.

24/10/2023

Sedikit sorotan sepanjang program Pink October anjuran Jabatan Pembedahan Am dan Kelab Surgeri Terengganu (KESTER) sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara bagi tahun 2023.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Jangan lupa take home message kami: Pengesanan awal kanser payudara boleh menyelamatkan nyawa.
Jangan takut2 datang jumpa kami jika bergejala!

Hospital Sultanah Nur Zahirah

Jangan lupa esok hari kepada semua yang telah mendaftarkan diri.Tempat berkumpul adalah berdekatan tempat food truck.Kit...
13/10/2023

Jangan lupa esok hari kepada semua yang telah mendaftarkan diri.

Tempat berkumpul adalah berdekatan tempat food truck.

Kita fun run 5km menelusuri Draw Bridge kebanggaan kita.

Selepas selesai acara, medal boleh dituntut di meja urusetia beserta sedikit refreshment.

Jangan lupa nombor yang tertera di wrist band anda... untung badan dapat cabutan hadiah bertuah!

Jumpa di sana.

Address

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala
20400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kami Doktor Bedah Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kami Doktor Bedah Terengganu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram