
06/02/2025
Alpro Physio Gong Badak & Alpro Pharmacy Kuala Terengganu Adakan Sesi Perkongsian Bersama Jabatan Rehabilitasi HSNZ
Hari ini, Alpro Physio Gong Badak dan Alpro Pharmacy Kuala Terengganu telah mengadakan CME & sesi perkongsian bersama Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Sesi ini dihadiri oleh Ketua Jabatan Rehabilitasi, Ketua Jururawat Rehabilitasi, serta Pegawai Perubatan.
Kami telah berkongsi maklumat mengenai SilverCare Program dan Program Fisioterapi kepada mereka supaya lebih ramai orang dapat mengetahui tentang perkhidmatan kami. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, di mana pihak hospital menunjukkan minat terhadap perkhidmatan sewa peralatan, program sumbangan, produk rehabilitasi, pakej fisioterapi, serta perkhidmatan fisioterapi di rumah.
Kami berharap sesi perkongsian ini membantu dalam memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat! Kami di Alpro Physio sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk kesihatan anda.