Klinik An-Nisa' Batu 6

Klinik An-Nisa' Batu 6 Memberi rawatan terbaik untuk masyarakat setempat

اللهم صل على سيدنا محمدJADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI  : SABTU  (18/04/2026)Waktu Operasi:SETIAP HARI = 9 pagi hingga 1...
18/04/2026

اللهم صل على سيدنا محمد
JADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI : SABTU (18/04/2026)
Waktu Operasi:
SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11 malam
_______________________________________________________________________
"KAMI PRIHATIN & SENTIASA BERSAMA ANDA"

13/04/2026

اللهم صل على سيدنا محمد
JADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI : ISNIN (13/04/2026)
Waktu Operasi:
SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11 malam
_______________________________________________________________________
"KAMI PRIHATIN & SENTIASA BERSAMA ANDA"

07/04/2026

اللهم صل على سيدنا محمد
JADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI : SELASA (07/04/2026)
Waktu Operasi:
SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11 malam
_______________________________________________________________________
"KAMI PRIHATIN & SENTIASA BERSAMA ANDA"

اللهم صل على سيدنا محمدJADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI  : AHAD  (05/04/2026)Waktu Operasi:SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11...
05/04/2026

اللهم صل على سيدنا محمد
JADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI : AHAD (05/04/2026)
Waktu Operasi:
SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11 malam
_______________________________________________________________________
"KAMI PRIHATIN & SENTIASA BERSAMA ANDA"

04/04/2026

Siapa sini yang kuat craving gula. Pagi kopi premium, tenghari nak matcha , petang mengidam dessert.. sila ambil perhatian..

Hari-hari tepek serum beratus ringgit, tapi tiap petang wajib pekena kek manis, teh ais, dan boba. Lepas tu pelik kenapa muka nampak kusam dan cepat berkedut!"

Bila lidah sentiasa dimanjakan dengan benda manis, KULIT anda sebenarnya sedang "Kepenatan" menjerit di dalam

Ramai ingat kesan gula cuma pada berat badan buncit atau risiko kencing manis je.

Hakikat sains yang ramai tak tahu GULA ADALAH MUSUH KETAT KULIT WAJAH ANDA!

Bila anda kerap ambil minuman manis atau dessert lebihan gula dalam darah akan mencetuskan proses glycation. Gula ini akan 'melekat' pada protein penting kulit iaitu Kolagen dan Elastin (protein yang buat kulit tegang, anjal, dan muda).

Hasil perlekatan ni akan membentuk bahan toksik dipanggil AGEs (Advanced Glycation End-products). AGEs ni akan buatkan kolagen kulit anda jadi keras, rapuh, dan rosak

🥀 Kulit hilang keanjalan (Kendur/Sagging).
🥀 Kedutan halus timbul sebelum usia.
🥀 Wajah nampak kusam, letih, dan tak bermaya.

Bukanlah makan sepotong kek hari ni, esok terus muka berkedut macam umur 60 tahun. TAPI kesannya TERKUMPUL perlahan-lahan.

Kajian dermatologi dah buktikan orang yang tinggi paras glukosa akan nampak lebih TUA dari usia sebenar, walaupun mereka tiada diabetes

Jadi, menjaga kulit bukan setakat pakai pencuci muka mahal. Apa yang masuk ke dalam badan juga sedang "menulis" cerita pada wajah kita.

Kalau muka selalu nampak letih dan kusam, jangan salahkan skincare tak jalan. Cuba periksa balik rutin pemakanan anda setiap hari.

04/04/2026

Salam Senyuman
Klinik An-Nisa' Batu 6 Beroperasi 14Jam 9am-11mlm Setiap Hari

04/04/2026

Ramai orang ingat batu karang itu satu jenis sahaja.

Hakikatnya, batu karang ada beberapa jenis, dan setiap satu boleh terbentuk kerana punca yang berbeza. Sebab itu ada orang rasa sudah jaga makan, sudah kurangkan minuman manis, tetapi masih juga kena. Kadang-kadang masalahnya bukan pada satu tabiat sahaja, tetapi gabungan air kencing yang terlalu pekat, jangkitan, pemakanan, dan faktor tubuh sendiri.

Jenis paling biasa ialah batu kalsium. Ini termasuk calcium oxalate dan calcium phosphate. Ia boleh terbentuk bila air kencing terlalu pekat, bila pengambilan garam terlalu tinggi, bila oksalat tinggi dalam badan, atau bila keseimbangan kalsium dalam urin terganggu. Ramai salah faham, ingat semua batu kalsium berpunca daripada terlebih makan kalsium. Sebenarnya tidak semudah itu.

Jenis kedua ialah batu asid urik. Batu ini lebih mudah terbentuk bila air kencing terlalu berasid. Risiko boleh meningkat jika seseorang kurang minum air, banyak ambil protein haiwan seperti daging merah tertentu dan makanan laut, atau ada masalah metabolik tertentu. Kadang-kadang tubuh kita sendiri sedang memberi amaran, tetapi kita hanya nampak bila sakit itu datang terlalu kuat.

Jenis ketiga ialah batu struvite. Ini penting sebab ia sering berkait dengan jangkitan saluran kencing. Maksudnya, ada batu yang bukan sekadar soal makanan, tetapi terbentuk selepas jangkitan yang berulang atau tidak dirawat dengan baik. Batu jenis ini kadang-kadang boleh membesar dengan cepat.

Jenis keempat ialah batu cystine. Ini lebih jarang berlaku dan biasanya berkait dengan faktor keturunan. Dalam keadaan ini, tubuh mengeluarkan cystine yang terlalu banyak ke dalam air kencing, lalu membentuk kristal dan akhirnya menjadi batu.

Walaupun jenisnya berbeza, satu punca besar yang merentas hampir semua jenis batu karang ialah kurang minum air. Bila badan kurang air, urin jadi pekat. Bila urin pekat, bahan buangan lebih mudah bergumpal, berkristal, dan akhirnya menjadi batu. Garam berlebihan, diet tidak seimbang, jangkitan, penyakit tertentu, dan faktor genetik hanya menambah lagi risiko.

Sebab itu bila seseorang pernah kena batu karang, soalan penting bukan sekadar “sudah keluar atau belum”. Soalan yang lebih penting ialah, “batu ini jenis apa?”. Sebab langkah pencegahan boleh berbeza ikut jenis batu. Ada yang perlu kawal garam, ada yang perlu semak pemakanan tertentu, ada yang perlu rawat jangkitan, dan ada yang perlukan penilaian lanjut kerana faktor keturunan.

Kalau pernah rasa sakit pinggang atau tepi perut yang sangat kuat, kencing berdarah, loya, muntah, atau demam sekali, jangan anggap itu sakit biasa. Kadang-kadang seketul batu kecil itu sudah cukup untuk buat tubuh menanggung sakit yang luar biasa.

04/04/2026

PMX sudah umumkan pelaksanaan BDR berperingkat untuk penjawat awam Persekutuan mulai 15 April, tetapi 3 sektor ini di kecualikan iaitu

1) keselamatan dan pertahanan,
2) kesihatan
3) pendidikan

Waktu orang lain boleh tarik nafas sedikit di rumah, ada kumpulan yang memang dari dulu tahu hidup mereka tak bergerak ikut keselesaan.

Masa PKP dulu sampai anjing boleh tidur tengah jalan highway, tapi mereka masih on the road, masih masuk syif, masih balik kerja tengah malam.

Ada tugas yang memang tak boleh dibuat dari meja makan.
Tak boleh dirawat melalui panggilan video.
Tak boleh dijaga melalui mesej WhatsApp.

Bila orang sesak nafas, bila rumah terbakar, bila keselamatan tergugat, bila anak-anak tetap perlu dibimbing, masyarakat tetap perlukan manusia sebenar untuk hadir.

Tq Frontliners

04/04/2026

Ada orang minum teh untuk tenang.

Air panas, aroma perlahan-lahan naik, tangan pun rasa lega bila pegang cawan.

Tapi ada satu benda yang ramai tak fikir.
Kadang yang masuk sekali dalam cawan itu bukan sekadar teh.

Kajian kebelakangan ini mula tunjuk bahawa sesetengah uncang teh boleh melepaskan mikroplastik dan nanoplastik apabila direndam dalam air panas.
Dalam review saintifik yang menghimpunkan banyak kajian tentang teh, antara punca yang paling menonjol bukan sekadar daun teh atau pembungkusan, tetapi uncang teh itu sendiri.

Ini lebih membimbangkan bila uncang dibuat daripada bahan berasaskan polimer seperti nylon, polypropylene, atau bahan campuran tertentu.
Nampak kecil.
Nampak biasa.
Tapi bila kena suhu tinggi, bahan itu boleh melepaskan partikel yang terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar.

Yang buat isu ini lebih berat, partikel ini bukan hanya “terapung” dalam air.
Kajian makmal juga mula melihat bagaimana partikel daripada uncang teh boleh berinteraksi dengan sel usus manusia.
Maksudnya, ia bukan lagi sekadar isu pembungkusan.
Ia sudah masuk ke ruang perbincangan tentang pendedahan harian yang kita anggap remeh.

Belum masa untuk panik.
Tetapi sudah sampai masa untuk lebih peka.

Bila sesuatu produk sentiasa bersentuhan dengan air panas, kita patut mula tanya:
Bahan apa sebenarnya yang kita rendam bersama minuman kita setiap hari?

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada jenis teh.
Green tea ke, chamomile ke, teh detox ke.

Padahal soalan yang lebih penting mungkin lebih dekat daripada itu.
Daun teh itu kita pilih dengan teliti.
Tapi uncangnya kita serah bulat-bulat.

Kesihatan bukan cuma tentang apa yang kita sengaja minum.
Kadang-kadang ia juga tentang apa yang ikut larut sama, tanpa kita sedar.

04/04/2026

"Kerajaan dah tak percaya staf ke sampai nak kena 'track' lokasi bagai masa BDR? Rimas betul!

Tunggu sekejap. Mari kita pusing sudut pandang kita.

Sistem pemantauan geolokasi seperti SPOT-Me BUKAN tanda kerajaan tak percaya kepada pegawai. Ia adalah tanda bahawa bila kerja dibuat dari rumah, kita tetap perlu ada satu sistem yang jelas supaya amanah itu boleh dipantau, direkod, dan DIPERTAHANKAN.

BDR BUKAN CUTI.
BDR juga bukan lesen untuk keberadaan kita jadi samar-samar waktu waktu pejabat

Bila wujudnya rekod masuk berkala dan geolokasi, ia membantu memastikan pegawai benar-benar berada di tempat kerja yang didaftarkan, mudah dihubungi, dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.

Dalam perkhidmatan awam, 'kepercayaan' di mulut sahaja tidak cukup. Mesti ada BUKTI.
Mesti ada REKOD.
Mesti ada AKAUNTABILITI.

Kenapa ia sangat penting?

Bukan sebab ketua jabatan anggap semua orang culas. TAPI sebab sistem yang baik perlu MELINDUNGI PEGAWAI YANG RAJIN daripada dipandang sama seperti segelintir mereka yang mengambil mudah (pergi shopping atau lepak kedai kopi waktu BDR)

Bila ada rekod yang kemas

✅ Ketua jabatan lebih mudah memantau kelancaran operasi.
✅ Lebih mudah untuk mempertahankan pelaksanaan dasar BDR di masa depan.
✅ Memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas atau tertangguh.

Kalau kita mahu BDR terus diyakini sebagai kaedah kerja yang sah, profesional, dan berkesan, maka pemantauan seperti ini wajar disokong. Bila melibatkan amanah dan duit cukai rakyat, disiplin bukan satu pilihan. Ia adalah kewajipan.

Terima kasih kepada semua penjawat awam dan pekerja swasta yang terus jujur dan berintegriti walaupun bekerja tanpa pantauan mata bos di rumah

04/04/2026

Khas untuk Generasi Millennials (Lahir 1981 - 1996).

Dunia hari ini s**a melabel anda macam-macam. Kononnya generasi yang terlalu banyak berfikir (overthinking) generasi yang asyik penat, dan generasi yang selalu burnout

Padahal, kalau dilihat dari sudut psikologi dan sejarah, Anda adalah "Generasi Jambatan". Anda generasi TERAKHIR yang sempat merasa hidup sebelum internet menguasai segalanya

🚲 Sempat bermain basikal sampai senja.. (sampai mak memekik panggil balik)
🔔 Pusing ke rumah kawan untuk ajak main di padang.
📺 Duduk bersila depan TV tunggu rancangan favourite sebab tak boleh ulang tayang, sambil belek intisari rancangan
📼 Rakam lagu dari corong radio ke dalam kaset… sambil tunggu segment pilihan lagu hari ini.

Gigih nak dapatkan sedikit keseronokan, tapi cukup memberi kepuasan sehingga mampu buat anda tersenyum sendiri.

Pada masa yang sama, anda juga generasi yang paling hebat beradaptasi.

Dari kaset ke Spotify,
Dari surat ke WhatsApp
Dari dunia yang tenang, kepada dunia yang bergerak pantas dihujung jari.
Anda belajar bertahan dalam dua zaman yang sangat berbeza.

Anda diajar belajar rajin, nanti hidup senang. ikut. Anda masuk universiti. kerja keras. Tapi bila sampai masa, rumah makin mahal, gaji rasa tak cukup, kerja makin menekan..

Tetapi, realiti hari ini... anda sangat penat.

Ramai nampak gaya hidup anda, tapi tak ramai nampak beban 'Sandwic' yang generasi ini pikul dalam diam.

Anda bekerja keras mencari rezeki melawan inflasi, anda menjaga ibu bapa yang semakin tua, anda membesarkan anak-anak dalam dunia digital yang mencabar, dan dalam masa yang sama, anda bergelut untuk menjaga kewarasan mental sendiri.

Anda adalah generasi yang dibentuk oleh perubahan besar, tetapi masih mengekalkan nilai adab, hati, dan jati diri.

Terima kasih kerana masih bertahan. Terima kasih kerana masih mencuba menjadi manusia yang kuat tanpa perlu hilang kelembutan.

اللهم صل على سيدنا محمدJADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI  : RABU (01/04/2026)Waktu Operasi:SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11 ...
01/04/2026

اللهم صل على سيدنا محمد
JADUAL DOKTOR BERTUGAS HARI INI : RABU (01/04/2026)
Waktu Operasi:
SETIAP HARI = 9 pagi hingga 11 malam
_______________________________________________________________________
"KAMI PRIHATIN & SENTIASA BERSAMA ANDA"

Address

Lot 9007k Kampung Batu Enam
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Telephone

+60129860064

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik An-Nisa' Batu 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik An-Nisa' Batu 6:

Share

Category