15/04/2026
Ramai yang masih belum benar-benar faham…
bila Admin kata, satu beg darah boleh selamatkan tiga nyawa.
Di sebalik ayat itu, ada kisah-kisah yang tidak pernah kita lihat.
Ada tangisan yang tidak kita dengar.
Dan ada perjuangan yang sunyi — antara hidup dan mati.
Dalam satu hari…
pegawai perubatan di tabung darah pernah menerima sehingga 11 permohonan transfusi platelet.
Sebelas.
Bukan satu. Bukan dua.
Dan setiap satu permohonan itu bukan sekadar nombor.
Ia adalah seorang manusia.
Seorang anak. Seorang ibu. Seorang ayah.
Setiap pesakit memerlukan 4 unit platelet.
Dan setiap unit itu… datang daripada penderma yang berbeza.
Maknanya, untuk satu nyawa terus bertahan, empat orang yang sihat perlu tampil tanpa mengenal siapa yang mereka bantu.
Majoriti mereka… adalah pesakit kanser.
Ada yang datang dengan pendarahan,
paras platelet terlalu rendah, hanya 1 x10⁹.
Tubuh mereka terlalu lemah untuk melawan, dan setiap saat boleh menjadi detik terakhir.
Ada yang perlu jalani prosedur penting seperti Bone Marrow Aspiration and Trephine Biopsy (BMAT). Ini bukan pilihan s**a - s**a, tapi satu keperluan untuk tahu
apa sebenarnya yang sedang “memakan” tubuh mereka dari dalam.
Namun prosedur itu… tak boleh dilakukan
jika platelet terlalu rendah.
Dan ada juga yang sedang bertarung dengan kemoterapi iaitu rawatan yang menyakitkan,
yang melemahkan,
yang merosakkan sel tidak normal…
tetapi dalam masa yang sama, turut menekan sel normal.
Jika kemoterapi ditangguhkan,
sel kanser akan terus membiak.
Mengambil alih ruang dalam sum-sum tulang.
Mengganti kehidupan… dengan ancaman.
Begitulah…
perjalanan seorang pesakit kanser.
Tidak pernah mudah.
Tidak pernah ringan.
Dan di satu sudut lain, mereka yang hanya mampu menunggu.
Menunggu darah.
Menunggu platelet.
Menunggu keajaiban… daripada orang yang mereka tidak kenal.
Pesakit ini…
mungkin ibu, ayah atau isteri anda pada masa lalu.
Mungkin juga… orang yang anda sayang pada masa akan datang.
Kita tidak pernah tahu.
Hari ini kita sihat. Kita kuat.
Kita mampu berjalan sendiri ke pusat derma.
Tapi esok?
Tiada siapa yang boleh jamin.
Mungkin suatu hari nanti…
kita p**a yang terbaring di katil hospital.
Mengharap… ada insan asing yang sudi membantu.
Hakikatnya,
stok darah tidak boleh ditunggu bila diperlukan.
Ia mesti sudah tersedia sebelum saat kritikal itu menyinggah.
Jadi, jika hari ini anda sihat dan layak…
jangan tunggu.
Kerana satu keputusan kecil daripada anda
mampu memberi seseorang peluang kedua.
❤️ Setitis darah, sejuta harapan
❤️ Satu penderma, banyak nyawa diselamatkan...
Dan mungkin… satu hari nanti,
darah itu akan kembali menyelamatkan orang yang paling anda sayang.