15/04/2026
💥 APA YANG ADA DI BAWAH KULIT KERAS KITA? (Callus (kalus) ialah kulit keras dan menebal yang terbentuk akibat tekanan atau geseran berulang pada sesuatu kawasan kulit biasanya di tapak kaki, tumit atau jari kaki.)
Pesakit Diabetes mungkin anggap kulit keras kat tapak kaki atau tumit tu perkara biasa. "Tak sakit pun, doktor," kata mereka.
TAPI ITULAH MASALAHNYA.
Apabila kita menghidap Diabetes, saraf kaki kita mungkin tidak lagi sensitif (Neuropati). Kita tak rasa sakit walaupun kulit kita ditekan hebat.
🛑Tekanan Berterusan: Kalus bertindak macam "batu" dalam kasut. Ia menekan tisu lembut di bawah lapisan kulit setiap kali kita melangkah.
🛑Luka Tersembunyi (Ulser): Di bawah kalus yang nampak "biasa" tu, sebenarnya tisu mungkin sudah mula rosak dan berdarah tanpa kita sedar (Pendarahan Sub-keratotik).
🛑Pintu Masuk Jangkitan: Jika kalus itu pecah atau dihiris sendiri dengan alatan tidak steril, kuman boleh masuk dan menyebabkan jangkitan kuman yang serius sehingga ke tulang.
APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?
✅ Periksa Kaki Setiap Hari: Guna cermin untuk tengok tapak kaki. Cari tanda kemerahan, bengkak, atau kalus baru.
✅ Gunakan Pelembap: Sapu di kawasan kulit yang kering (kecuali celah jari) untuk elak kulit pecah.
✅ Pilih Kasut Sesuai: Pastikan kasut tidak ketat, mempunyai ruang untuk jari kaki, dan memberi sokongan yang baik.
✅ Dapatkan Rawatan Profesional: Jika kalus sudah menebal, dapatkan pemeriksaan saraf dan khidmat 'Medical Debridement' di klinik untuk pengurusan yang selamat.
NASIHAT PALING PENTING:
Jangan sesekali potong atau kikis kalus sendiri menggunakan gunting atau pisau di rumah.
Luka kecil bagi pesakit Diabetes boleh menjadi isu yang sangat besar jika tidak diuruskan secara profesional.
Sayangi kaki anda. Kesihatan kaki adalah kualiti hidup kita.