Kelab Info Ibu Mengandung & Berpantang Malaysia

Kelab Info Ibu Mengandung & Berpantang Malaysia Pages ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kehamilan yang perlu diketahui oleh bakal-bakal ibu.

05/12/2024

. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

30/11/2021

dari peti inbox admin ,mohon mana yg ada pengalaman tu boleh la share kt sini yer untuk kwn kita ni ❤

Asalamualikum..Maaf nak tanya ada tak ibu hamil ambil vaksin pfizer boleh share pengalaman tak start kandungan berapa ambil vaksin and macam mana Ok tak?Mohon jangan kecam ye 😅..

Jangan pandang remeh dengan asid folik ye,ingat yer risiko cacat lebih tinggi jika tidak makan asid folik. Folate merupa...
30/11/2021

Jangan pandang remeh dengan asid folik ye,ingat yer risiko cacat lebih tinggi jika tidak makan asid folik.

Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Sel-sel pada tubuh badan kita berganti pada setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.

Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semula jadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.

Tahu tak kenapa folik asid tu penting untuk ibu hamil?

Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.

Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :

Autism : Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi

Bibir dan lelangit rekah (cleft palate)

Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .

Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.

Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.

Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi
Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.

Asid folik wujud secara semulajadi dalam makanan seperti:

Sayuran berdaun hijau gelap
*Kacang kering dan kacang polong (kekacang)
*Bayam
*Brokoli
*Selada
*Okra
*Asparagus
*Pisang
*Tembikai
*Ragi
*Cendawan
*Daging

Banyak makanan kini diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya adalah:

*Roti yang diperkaya
*Bijirin
*Tepung
*Pasta
*Nasi

Produk bijirin lain

Terdapat juga banyak produk khusus kehamilan di pasaran yang telah diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya berada di tahap yang memenuhi atau melebihi jumlah folate harian yang patut diambil. Wanita perlu berhati-hati supaya tidak mengambil sejumlah besar produk ini dalam diet mereka bersama dengan multivitamin pranatal kerana pengambilan asid folik lebih banyak tidak diperlukan dan tidak memberikan sebarang faedah tambahan.

Cara Pengambilan yang disarankan?

Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil.

03/11/2020

Dari Inbox Admin

hi sis...as salam...tolong hide profile sy ye, sy ingin bertanya kepada ahli kelab, bolehkah seseorang wanita itu hamil tanpa datang bulan..kerana menyusukan baby secara exklusif? ada sesape yg ada pengalaman x? utk makluman tambahan, baby berusia 10m. Si ibu, tidak mengambil sebarang perancang keluarga dan hanya merancang sendiri.

Terima kasih admin dan semua ahli kelab.

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!Trimester pertama fasa kehamilan bermula daripa...
10/06/2020

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

Trimester pertama fasa kehamilan bermula daripada saat persenyawaan sperma dan o**m sehingga minggu ke-12 (3 bulan).

Pada ketika ini, perkembangan embriologi sedang berlaku bagi membentuk fetus yang sihat. Kebiasaannya, si ibu akan mengalami simptom awal kehamilan seperti muntah, kelesuan dan kenaikan berat badan.

Di sini kami ingin berikan beberapa tips berkenaan dengan perkara yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama, pantang larang ibu mengandung bagi memastikan tahap perkembangan yang optimum buat anak anda. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut.

Pantang larang ibu mengandung 1

Berhenti merokok

Salah satu pantang larang ibu mengandung yang paling wajib diikuti adalah berhenti merokok. Jika anda merupakan perokok tegar, dapatkan bantuan doktor untuk berhenti merokok.

Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus selain daripada meningkatkan risiko untuk si ibu mengalami kelahiran pramatang, mendapat bayi yang tidak cukup berat, keguguran dan mengandung di luar rahim.

Bayi kepada ibu yang merokok mempunyai risiko kematian akibat daripada sudden infant death syndrome (SIDS). Ini merupakan keadaan di mana bayi yang berusia kurang daripada 1 tahun, mati atas sebab yang tidak diketahui.

Namun, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda harus memberikan komitmen untuk berhenti merokok kerana kajian menunjukkan mereka yang merokok sering kali mempunyai masalah ketidaksuburan kesan daripada:

- Kerosakan DNA pada sperma dan o**m
- Penurunan kadar rembesan hormon berkaitan kesuburan
- Mempengaruhi keadaan persekitaran rahim

Pantang larang ibu mengandung 2

Elakkan minuman berkafein dan beralkohol

Minuman beralkohol boleh menyebabkan kecacatan fetus, kelahiran pramatang dan keguguran. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), 3 daripada 4 wanita masih mengambil minuman beralkohol walaupun mereka merancang untuk mendapatkan anak.

Ia merupakan satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecacatan fetus memandangkan tempoh terawal untuk seorang wanita mengetahui status kehamilannya adalah 4 minggu.

Setakat ini, tiada nilai spesifik berkenaan dengan tahap alkohol di dalam badan yang selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Langkah terbaik adalah untuk berhenti serta-merta semasa anda merancang untuk mendapatkan anak.

Minuman berkafein boleh menyebabkan komplikasi kesihatan buat fetus dalam jangka masa panjang kesan daripada risiko bayi berat rendah.

Setakat ini, jumlah minuman berkafein yang dibolehkan untuk ibu mengandung adalah sekitar 200 mg sehari. Jika minum berlebihan, wanita tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat keguguran.

Kafein terdapat dalam pelbagai jenis makanan/minuman (bukan sahaja kopi) seperti teh, coklat, air tenaga dan air berkarbonat seperti cola. Gantikan minuman berkafein tersebut dengan air mineral, jus buah atau kopi tanpa kafein (decaf).

Pantang larang ibu mengandung 3

Ambil suplemen pranatal dan minum air secukupnya
Pengambilan suplemen pranatal boleh dianggap sebagai satu langkah yang cukup penting bagi menghindari kecacatan fetus.

Pada trimester pertama, nutrisi ibu akan digunakan bagi membantu tumbesaran fetus dan jika ia tidak mencukupi, pertumbuhan organ penting di dalam badan bayi akan terencat. Ini boleh menyebabkan komplikasi yang mempengaruhi potensi bayi untuk hidup.

Oleh itu, ibu perlu mengambil suplemen vitamin dan asid folik yang dapat menjamin tahap kesihatan yang baik buat ibu dan fetus.

Perubahan pada fisiologi badan semasa mengandung membuatkan pengambilan air yang cukup penting buat ibu dan fetus. Jumlah air di dalam badan ibu akan meningkat untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrisi kepada fetus. Anda boleh ambil air mineral, jus buah atau smoothies untuk kekal segar sepanjang hari.

Konklusi
Jangan panik jika anda mengalami simptom seperti pendarahan kecil (spotting), muntah dan kelesuan pada fasa trimester pertama ini. Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang optimum. Elakkan stres, amalkan gaya pemakanan seimbang dan jaga diri sebaiknya.

Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing“Macam mana nak tahu j...
10/06/2020

Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

“Macam mana nak tahu jika saya pecah air ketuban dan bukannya terkencing”, soalan yang sering diajukan oleh ibu hamil pertama kali.

Kehamilan sering hadir dengan perkara yang sukar untuk diduga.

Anda tidak tahu anda hamil, jantina bayi, perkembangan semasa, penyakit berkait dengannya dan bila masanya untuk air ketuban pecah.

Penulis pasti, senarai di atas agak pendek jika ingin menggambarkan semua persoalan yang bermain di fikiran ibu hamil.

Oleh sebab kita tidak boleh meramal bila ia akan pecah, lebih baik pelajari bila masanya untuk ibu bergegas ke hospital.

Penyebab air ketuban pecah, tiada punca fizikal yang jelas
Bayangkan, anda sedang membeli belah. Sedang anda berjalan menuju ke kedai baju lain, tiba-tiba seluar/kain anda basah.

Oleh sebab pundi kencing merupakan “mainan” pertama anak ketika di dalam perut, mungkin anda sering beranggapan anda terkencing secara tidak sengaja.

Walhal, ia merupakan tanda awal si manja hendak menyelusuri keluar dari rahim.

Jadi, adakah air ketuban pecah atau dalam info kesihatan disebut kantung amniotik pecah bukan seperti air kencing?

Setelah 20 minggu kehamilan (sekitar 5 bulan), komposisi air ketuban majoritinya terdiri daripada air kencing janin.

Ya, air ketuban juga air kencing namun ia bukan air kencing ibu.

Apabila sampai masanya, lapisan membran yang melindungi bayi daripada asakan fizikal akan pecah bagi membolehkan mereka keluar.

Mungkin ramai di luar sana yang ingin tahu cara untuk buat air ketuban anda pecah bagi mempercepatkan proses kelahiran berlangsung.

Sayangnya, jika dilihat pada faktor fizikal, tiada aktiviti atau tip yang berkait rapat dengan peningkatan kebarangkalian untuk ia berlaku.

Apa yang digooglekan oleh anda jika ada pun hanya bersifat pendapat dan tidak mempunyai asas sains yang kukuh.

Meskipun begitu, ibu perlu tahu ia air ketuban bagi memastikan mereka faham dan terus bergegas ke hospital. Jadi bagaimana nak tahu yang pecah itu air ketuban?

Terdapat 3 aspek yang boleh dilihat pada air ketuban untuk dibezakan dengan air kencing.

1. Jumlah air ketuban keluar tidak sama dengan air kencing
Jika anda pernah menonton siaran televisyen, terdapat babak air ketuban pecah yang digambarkan dengan kebocoran dalam kuantiti yang banyak.

Persis belon air yang dilepaskan ke tanah.

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu, jumlah air ketuban yang keluar bergantung kepada beberapa faktor:

- Berapa banyak air ketuban yang memenuhi ruangan rahim anda?
- Lokasi bocor pada membran amniotik ibu.
- Kedudukan kepala bayi. Jika mereka sudah pun turun jauh ke bawah, ia boleh bertindak sebagai penyumbat. Ini bermakna, jumlah air tidak keluar dengan banyaknya.
- Bagi mereka yang mengalami kebocoran berkuantiti besar, mudah untuk anda kenal pasti air ketuban.

Namun, bagi mereka yang mengalami kebocoran kecil, mungkin anda keliru dengan perkara yang berlaku.

2. Warna air ketuban yang keluar

Tidak banyak perkara yang boleh menjadi penyebab kepada air ketuban pecah.

Secara amnya, ia bermaksud anak anda sudah cukup matang untuk menikmati kehidupan di luar rahim.

Jika cecair yang keluar berwarna kuning, ia jelas menunjukkan anda terkencing sedikit.

Kalau warna air tersebut putih dan seakan-akan krim, ia merupakan lendir f***j yang keluar, biasanya berlaku sebelum proses kelahiran.

Bagaimana p**a dengan air ketuban? Warna air ketuban lebih putih dan jernih daripada air kencing.

Namun, bagi mereka yang kencing berwarna jernih, susah untuk meneka jika ia air ketuban.

Apa yang anda perlu beri perhatian adalah jika air yang keluar berwarna kuning kehijauan. Ia mungkin daripada mekonium yang keluar bersama air ketuban.

Mekonium, secara mudahnya, adalah najis janin. Ia menandakan sistem gastrousus mereka sudah mula berfungsi.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu bergegas ke hospital dan beritahu pada kakitangan kesihatan anda.

3. Bezakannya melalui bau, ibu hamil tentu tahu bau air kencing kan?
Berbeza dengan air kencing yang berbau hancing, air ketuban tidak berbau dan jika ada pun, ia berlainan daripada bau air kencing.

Perkara ini disebabkan oleh aktiviti bakteria yang berlainan pada sistem yang dilalui oleh kedua-dua cecair tersebut.

Jika anda masih tidak pasti melalui 3 aspek di atas, boleh cuba 3 perkara berikut:

- Buat senaman kegel untuk cuba menahan air kencing keluar. Jika cecair tersebut masih keluar tatkala anda berkegel, ia boleh jadi air ketuban.
- Pakai seluar dalam baharu, pakai sekali dengan pad dan baring untuk 30 minit. Setelah selesai, cuba berdiri. Jika anda berasa ada kump**an air yang keluar semasa berdiri, ia boleh jadi air ketuban.
- Air kencing biasanya keluar secara berkala. Jika anda rasa cecair yang mengalir berlaku secara berterusan, ia mungkin air ketuban.

Soal air ketuban pecah tidak boleh dipandang ringan.

Jika berlaku tanda tanda mekonium (seperti yang diperjelaskan), ia perlu diuruskan dengan segera.

Kalau terlambat, bayi anda boleh mengalami masalah sukar bernafas.

Pun begitu, penyebab air ketuban pecah adalah anda hampir bergelar seorang ibu.

Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?Urutan kehamilan, manfaatnya dan risiko telah menjadi topik kontroversi sejak se...
10/06/2020

Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

Urutan kehamilan, manfaatnya dan risiko telah menjadi topik kontroversi sejak sekian lama. Walaupun terdapat penyelidikan kecil mengenainya, dan tidak ada persetujuan kukuh dalam kalangan saintis, penyelidikan perubatan baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita memperoleh manfaat daripada terapi ini semasa dan selepas kehamilan mereka.

Apakah urutan kehamilan?
Urutan kehamilan terdiri daripada urutan pranatal dan postnatal daripada ahli terapi yang dilatih dalan urutan kehamilan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesihatan wanita semasa dan selepas kehamilannya. Urut tipikal berlangsung selama satu jam.

Apakah manfaat urutan kehamilan?
Sesetengah kajian telah menunjukkan banyak kesan baik urutan kehamilan pada kesihatan, baik dari segi fizikal dan mental wanita. Kajian menunjukkan bahawa urutan pranatal dapat mengubah regulasi hormon dengan ketara dalam tubuh, yang membawa kepada peningkatan paras dopamin dan serotonin, dan penurunan norepinephrine dan kortisol. Perubahan tahap hormon ini berpotensi untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Wanita sering mengalami peredaran darah yang berkurangan semasa hamil yang berkaitan dengan bengkak dan ketidakselesaan pada sendi, yang disebut edema. Terapi urut boleh meningkatkan peredaran darah, dan boleh mengurangkan bengkak dan kesakitan. Manfaat lain yang mungkin dialami ibu adalah mengurangkan sakit saraf, sakit belakang, serta pengurangan ketegangan otot atau sakit kepala, dan tidur yang lebih baik.

Apakah langkah berjaga-jaga untuk urutan kehamilan?
Salah satu sebab mengapa urutan kehamilan adalah subjek yang tidak menentu adalah kerana terdapat bilangan profesional yang disahkan dan tiada penyelidikan klinikal yang menyeluruh. Memilih ahli terapi urut yang diperakui dengan pengetahuan luas mengenai urutan kehamilan adalah sangat penting untuk anda dan kesihatan bayi anda. Jika anda meneruskan urutan kehamilan, pastikan anda memberi perhatian kepada tubuh anda sendiri dan berunding dengan terapi anda untuk kedudukan yang paling selamat dan selesa semasa urutan. Adalah disyorkan untuk mengelakkan urutan kehamilan semasa trimester pertama anda kerana tahap kehamilan ini dikaitkan dengan risiko keguguran yang lebih tinggi. Adalah dinasihatkan supaya anda berunding dengan doktor anda sebelum mencuba urutan kehamilan jika anda mengalami mana-mana yang berikut:

- Morning sickness, mual atau muntah
- Pendarahan semasa kehamilan
- Kontraksi preterm/lebih awal
- Kehamilan berisiko tinggi
- Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (PIH)
- Kelahiran preterm sebelum ini
- Bengkak yang teruk
- Tekanan darah tinggi

Terapi urut, secara amnya, terkenal kerana keupayaannya untuk melegakan ketidakselesaan di dalam tubuh dan menggalakkan rasa kelonggaran dan kesejahteraan. Kehamilan boleh menjadi stres pada tubuh dan minda, dan urutan kehamilan mempunyai keupayaan berpotensi untuk mengurangkan rasa sakit dan kesakitan yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil. Adalah lebih baik untuk berunding dengan bidan anda atau doktor anda untuk mendapatkan panduan di mana untuk mencari ahli terapi urut yang layak dan sesuai di kawasan anda.

Rahsia Proses Bersalin NormalBagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa...
10/06/2020

Rahsia Proses Bersalin Normal

Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak yang baru lahir. Oleh itu, anda sebagai seorang ibu akan mempunyai banyak jangkaan dan juga pengalaman positif. Artikel ini akan merungkai 5 rahsia kecil mengenai proses bersalin normal.

Rahsia 1: Sisa peribadi akan keluar bersama
Semasa bersiap untuk kelahiran, anda mungkin tertanya-tanya apa lagi yang akan datang keluar bersama dengan bayi anda. Jelas, tidak banyak buku, artikel atau bahkan ibu anda sendiri yang menyebut mengenai pergerakan usus besar yang tidak enak pada saat yang sama ketika anda meneran bayi. Najis, air kecil dan tentunya darah adalah kesan pergerakan usus yang datang dengan bayi anda. Walau bagaimanapun, tak usah berasa malu. Ini adalah fenomena semula jadi proses bersalin normal. Selain itu, anda tidak boleh menghindari kejadian ini kerana anda menggunakan otot yang sama untuk meneran bayi anda seperti ketika anda menggerakkan usus anda. Mujurlah doktor dan jururawat anda telah berpengalaman dan akan mengawasi keadaan anda.

Rahsia 2: Rasa tekanan dan sakit
Bersalin normal akan mendatangkan pelbagai jenis rasa sakit. Anda akan mengalami dua rasa utama iaitu rasa sakit dan tekanan. Apabila anda mula meneran, anda telah menghantar tekanan ke serviks supaya bayi itu akan keluar. Apabila bayi turun ke saluran lahir, anda akan mula merasai tekanan yang berterusan dan bertambah. Rasa tekanan ini seperti dorongan kuat untuk membuang air apabila bayi menekan ke atas saraf yang sama. Semasa bersalin normal, terdapat risiko kulit dan tisu di sekeliling f***j meregang dan terkoyak sementara janin bergerak melalui saluran kelahiran. Ini akan membawa kepada kesakitan teruk pada masa ini dan kesakitan antara f***j dan dubur anda selepas bersalin.

Rahsia 3: Tarikan nafas yang berterusan akan membantu
Anda mungkin berasa tidak perlu tetapi bernafas dengan betul adalah teknik melahirkan anak yang berkesan. Sebelum bersalin, latihan pernafasan akan membantu anda menghadapi kontraksi dengan lebih mudah dan meningkatkan keupayaan anda untuk bertenang di antara kesakitan. Berikan perhatian kepada kaedah pernafasan harian yang boleh membuat anda tenang. Melakukan yoga adalah satu lagi pilihan hebat untuk mempersiapkan kelahiran. Anda juga boleh berlatih bernafas dengan pasangan anda. Apabila anda merasakan semuanya tidak terkawal, pasangan anda boleh membantu anda bernafas. Cuba bernafas dengan mulut dan tekak yang terbuka luas, tubuh anda secara fizikal dan mental akan mendapat manfaat dengan menjadi kurang tegang dan lebih terbuka semasa proses bersalin.

Rahsia 4: Bergerak untuk memudahkan kelahiran
Biasanya, anda akan melihat seseorang melahirkan anak mereka semasa berbaring di atas katil. Walau bagaimanapun, ia bukan kedudukan terbaik untuk ibu dan anak. Bergerak atau berdiri tegak sewaktu bersalin mendatangkan banyak manfaat untuk ibu dan anak. Pergerakan dan kedudukan semasa bersalin adalah suatu yang magik. Pergerakan meningkatkan keselesaan dengan merangsang reseptor di otak yang mengurangkan persepsi rasa sakit. Bakal ibu harus menggunakan kedudukan tegak yang membuatnya berasa selesa dan meredakan rasa sakit kontraksi. Beberapa posisi menegak termasuk: berdiri, condong ke hadapan, bertinggung, duduk dan berbaring mengiring. Setiap kedudukan ini boleh digunakan dalam peringkat pertama dan kedua kelahiran. Bergantung pada keadaan anda dan arahan doktor, anda boleh mengamalkan kedudukan yang sesuai dengan anda.

Rahsia 5: Masa pemulihan yang lebih cepat
Bagi setiap bakal ibu, berdepan dengan proses kelahiran dan menghadapi proses bersalin normal adalah proses yang panjang yang meletihkan dan menyukarkan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, salah satu faedah terbaik kelahiran normal ialah masa pemulihan yang lebih cepat. Kelahiran f***j adalah proses semula jadi. Oleh itu, tubuh anda boleh mencari cara sendiri untuk pulih dari semasa ke semasa. Biasanya, seorang wanita yang memilih bersalin normal akan mempunyai masa pemulihan antara 24 dan 48 jam. Jika anda berasa lebih baik, anda boleh memilih untuk keluar hospital lebih awal daripada tempoh masa yang dijangkakan. Ramai orang memilih untuk tinggal di rumah bagi kelahiran semula jadi supaya mereka dapat menikmati masa berharga dengan anak dan keluarga.

Terdapat banyak lagi yang boleh dikatakan mengenai proses kehidupan yang paling indah ini. Tetapi perkara-perkara yang paling tersembunyi tentang bersalin normal ini akan memberi anda gambaran yang lengkap ketika menyambut si kecil anda ke dunia.

Ibu Jangan Panik! Jika Jahitan Bersalin Terbuka, Lakukan Cara Di BawahEpisiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika...
10/06/2020

Ibu Jangan Panik! Jika Jahitan Bersalin Terbuka, Lakukan Cara Di Bawah

Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit. Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka?

Adakah ia berbahaya?

Prosedur episiotomi

Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan f***j untuk mempercepatkan atau mengelak mahupun mengurangkan risiko pengoyakan berlebihan.

Ia adalah 1 prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa kini.

Ia bukan 1 proses rutin, tetapi hanya dibuat apabila berdepan keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang mahir.

Antara sebab prosedur episiotomi dilaksanakan:

- Proses kelahiran yang berpanjangan
- Ketegangan pada janin
- Kelahiran f***j memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
- Bayi dalam posisi songsang
- Kelahiran bayi kembar atau berganda
- Bayi bersaiz besar
- Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
- Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis

Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan dilakukan bagi memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut.

Namun adakalanya, tekanan pada jahitan atau jangkitan pada sekitar bahagian f***j boleh mengakibatkan jahitan bersalin terbuka.

Adakah keadaan ini berbahaya? Apa yang perlu dilakukan?

Menyedari jahitan bersalin terbuka
Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?

Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.

Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.

Terdapat sesetengah wanita yang berdepan masalah jahitan bersalin terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.

Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.

Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).

Menyedari jahitan bersalin terbuka
Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?

Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.

Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.

Menyedari jahitan bersalin terbuka

Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?

Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.

Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.

Terdapat sesetengah wanita yang berdepan masalah jahitan bersalin terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.

Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.

Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).n terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.

Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.

Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).

Perlukah dijahit semula?

Jika terdapat jangkitan, luka bersalin tersebut tidak akan dijahit semula.

Ia boleh memerangkap jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu tidak akan bercantum dengan baik.

Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan sudah dirawat, luka akibat episiotomi mungkin akan dijahit semula.

Anda akan diberikan nasihat oleh doktor bagi membuat pilihan terbaik

Bolehkah jahitan bersalin terbuka sembuh?
Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap hari dan keadaan ini akan mengisi jurang jahitan tersebut.

Walau bagaimanapun, tempoh untuk jahitan tersebut pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:

- Kedudukan luka tersebut
- Kedalaman bukaan episiotomi
- Tempoh jangkitan sudah berlaku
- Keadaan tisu baru mungkin akan tampak kemerahan dan berdarah sedikit.

Selalunya apabila luka sembuh, akan terdapat bekas luka sementara dan ia akan pudar seperti parut kulit yang lain.

Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi wujud risiko kecil untuk dijangkiti kembali.

Ini tip penjagaan luka bersalin:

- Pastikan bahagian sekitar f***j sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
- Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja.
- Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala.
- Sebaiknya biarkan ia kering secara semula jadi.
- Usah gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
- Pastikan anda menukar tuala wanita dengan kerap.
- Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.

Aspek penjagaan jahitan bersalin bermula sebaik sahaja anda selesai menjalani proses bersalin.

Ia melibatkan perihal penjagaan luka dan pengurusan kesakitan.

Dalam tempoh 12 jam pertama selepas bersalin, penggunaan pek ais mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

Bahagian jahitan bersalin perlu sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih.

Bakal ibu, ibu hamil disaran ambil asid folikNampaknya masih ramai wanita khususnya ibu dan bakal ibu yang keliru dengan...
10/06/2020

Bakal ibu, ibu hamil disaran ambil asid folik

Nampaknya masih ramai wanita khususnya ibu dan bakal ibu yang keliru dengan pengambilan suplemen tambahan semasa hamil iaitu pil asid folik sebagai ubat penyubur.

Sebenarnya, ia bukanlah ubat penyubur sebaliknya diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Subspecialist Maternal & Fetal dari Universiti Malaya, Prof Dr Imelda Balchin dalam satu posting di Facebook memberi penerangan lanjut keperluan pengambilan asid folik.

“Asid folik tidak membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil,” petik tulisan beliau dalam posting Facebook semalam yang dikongsi hampir 600 kali.

Asid folik membantu mengurangkan kecacatan neural tube defect sebanyak 70% kepada anak, tulis beliau yang turut memuat naik beberapa muka surat kertas kajian berkaitan pengambilan asid folik jurnal JAMA Psychiatry pada 3 Julai 2018.

Secara amnya, 85 dalam 100 wanita Malaysia tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.

Ini berikutan mereka tidak mendapat zat asid folik yang mencukupi daripada pemakanan yang seimbang.

Ekoran itu, beliau menasihati wanita Malaysia supaya lebih bertanggungjawab untuk mengambil asid folik sekiranya tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika merancang untuk hamil.

Dalam pada itu, beliau juga memetik kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil yang menunjukkan pengambilan asid folik sebelum dan semasa hamil mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%.

Turut dipetik, maklumat kajian terbaru yang membuktikan pengambilan asid folik mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat asid folik melalui gandum yang diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan asid folik.”

“Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan suplemen asid folik , supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil,” tulis Dr.Imelda lagi.

“Dos yang anda diperlukan hanyalah 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan suplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.”

Address

Sungai Buloh
Kuala
47000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Info Ibu Mengandung & Berpantang Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kelab Info Ibu Mengandung & Berpantang Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram