21/11/2023
Pagi ini Dr Fahmi Nain & Dr Zulqarnain hadir seminar dan majlis pelancaran Garis Panduan Pegawasan Perubatan (Medical Surveillance) di Tempat Kerja 2023
Garis Panduan terbaru ini adalah penambahbaikan dari Garis Panduan Pengawasan Perubatan pada tahun 2001.
Garis Panduan Pengawasan Perubatan ini adalah bertujuan untuk membantu Doktor Kesihatan Pekerja (OHD) melakukan Pengawasan Perubatan dengan betul bagi mengesan isu - isu kesihatan seperti penyakit dan keracunan kepada pekerja pada peringkat awal yang berpunca daripada aktiviti dan persekitaran di tempat kerja.