Pusat Rehabilitasi Dominan

Pusat Rehabilitasi Dominan Kami bantu kanak-kanak 'special needs'πŸ‘ΆπŸ» melalui TERAPI PERTUTURAN, TERAPI CARAKERJA & PROGRAM SOKONGAN TERAPI. Oleh terapis yang bertauliah dan terlatih.

Dimiliki oleh: Dominant Centre Sdn Bhd (1328149-V) Pusat Rehabilitasi Dominan Kuala Nerus

β€œAnak saya lambat sangat siapkan kerja sekolah… Adakah dia malas? Adakah saya yang kurang pandai ajar dia?Adakah dia aka...
20/04/2026

β€œAnak saya lambat sangat siapkan kerja sekolah…
Adakah dia malas? Adakah saya yang kurang pandai ajar dia?
Adakah dia akan tertinggal kawan-kawan di sekolah?”

Itulah yang sering bermain di kepala ibu ayah bila anak pegang pensel tak kemas, cepat penat, dan tulisan tak stabil.

Sebenarnya, bukan anak malas atau tak pandai.
Pegangan pensel yang lemah selalunya berkait dengan:
* Kekuatan jari & tangan
* Kawalan motor halus
* Koordinasi mata & tangan
* Fokus semasa menulis

Dengan mengikuti Program Terapi Cara Kerja, anak boleh belajar pegang pensel dengan kemas, menulis lebih yakin, dan siapkan kerja dengan lebih cepat.

✨ Nampak macam masalah kecil,
✨ Tapi intervensi awal boleh nampak perbezaan besar

πŸ“ž Klik WhatsApp kami untuk konsultasi awal bersama therapist.

"Terapis, anak saya memang main je ke masa terapi?”Soalan ni kami dengar hampir setiap minggu.Bila ibu ayah tengok anak ...
18/04/2026

"Terapis, anak saya memang main je ke masa terapi?”

Soalan ni kami dengar hampir setiap minggu.

Bila ibu ayah tengok anak susun blok,
gunting kertas, atau belajar butang baju,
ia memang nampak seperti aktiviti biasa.

Tapi sebenarnya,
setiap pergerakan ada tujuan.
Setiap aktiviti ada sasaran perkembangan.

Bukan sekadar main.
Bukan dibuat ikut s**a.

Aktiviti Terapi Cara Kerja disusun
ikut keperluan dan kemampuan setiap anak,
supaya mereka lebih fokus, lebih yakin
dan lebih berdikari dalam aktiviti harian.

✨ Nampak main, sebenarnya terapi

πŸ“© Nak tahu sama ada anak anda perlukan Terapi Cara Kerja? DM kami sekarang!

Setiap pagi jadi waktu paling mencabar.Nak pakai baju pun boleh jadi sesi tangisan.Ibu dah cuba pujuk… marah pun dah… te...
16/04/2026

Setiap pagi jadi waktu paling mencabar.
Nak pakai baju pun boleh jadi sesi tangisan.
Ibu dah cuba pujuk… marah pun dah… tetap sama.

Ramai ibu fikir anak degil.
Tapi sebenarnya, ada anak yang terlalu sensitif dengan tekstur kain.
Ada yang s**ar kawal pergerakan tangan.
Ada yang mudah rasa tidak selesa bila disentuh.

Ini bukan isu disiplin semata-mata.
Ini mungkin tanda anak perlukan sokongan perkembangan.

Terapi Cara Kerja bantu anak:
🌱 Urus sensori dengan lebih baik
🌱 Tingkatkan kemahiran pakai baju sendiri
🌱 Lebih tenang dalam rutin harian

Intervensi awal lebih mudah untuk bantu anak.

πŸ“© Nak tahu sama ada anak ibu ayah perlukan terapi? DM kami untuk saringan awal.

Ibu ayah perasan tak…Anak pegang sudu, tapi tangan sebelah lagi tak membantu?Nak koyak kertas pun susah nak stabilkan?Ma...
14/04/2026

Ibu ayah perasan tak…
Anak pegang sudu, tapi tangan sebelah lagi tak membantu?
Nak koyak kertas pun susah nak stabilkan?
Main blok, satu tangan saja bekerja?

Untuk anak bawah 4 tahun, kemahiran guna dua tangan serentak sangat penting kerana ia berkait dengan perkembangan otak kiri & kanan.

Kalau tak dirangsang awal, anak mungkin akan:

* Mudah frust bila buat aktiviti tangan
* Elak aktiviti yang perlukan koordinasi
* Sukar menulis
* Sukar mengurus diri sendiri

Berita baiknya ✨
Kemahiran ini boleh dilatih melalui aktiviti terapi cara kerja yang sesuai dengan umur mereka.

Lagi awal kita bantu, lagi awal anak tunjukkan perkembangan.
πŸ’› Like untuk lebih banyak tips perkembangan anak 1–4 tahun.

Setiap pagi ibu hantar anak ke taska dengan harapan dia gembira bermain bersama kawan-kawan.Tapi bila ambil balik…Cikgu ...
12/04/2026

Setiap pagi ibu hantar anak ke taska dengan harapan dia gembira bermain bersama kawan-kawan.

Tapi bila ambil balik…
Cikgu beritahu anak lebih s**a main sorang.
Tak bermain dengan kawan.
Bila kawan ajak main, dia buat tak tahu.

Sebagai ibu, mesti terdetik dalam hati…
β€œNormal ke ni?”
β€œAtau anak cuma pemalu?”

Hakikatnya, ada anak yang bukan tak mahu berkawan, mereka cuma tak tahu cara untuk mula berinteraksi.

πŸ’› Di sinilah Terapi Cara Kerja (OT) membantu.

Bermain bukan sekadar seronok.
Ia adalah asas kemahiran sosial anak untuk masa depan.

Kalau ibu perasan anak lebih selesa β€œdalam dunia sendiri”,
jangan tunggu sehingga masuk sekolah rendah baru bertindak.

✨ Share kepada kawan-kawan yang ada anak di taska juga.

Ramai ibu ayah cuba latih anak β€˜off diaper’…Tapi baru beberapa hari dah rasa penat & kecewa.Anak asyik terkencing.Menang...
10/04/2026

Ramai ibu ayah cuba latih anak β€˜off diaper’…
Tapi baru beberapa hari dah rasa penat & kecewa.

Anak asyik terkencing.
Menangis bila diajak ke tandas.
Kadang ibu ayah sendiri hilang sabar.

Sebenarnya, latihan ke tandas bukan soal cepat.
Ia tentang kesediaan fizikal & kefahaman badan anak.

Mulakan dengan rutin konsisten.
Beri galakan, bukan tekanan.
Dan paling penting, faham tahap perkembangan anak dulu.

Kalau anak umur 3–5 tahun masih s**ar kenal signal badan atau terlalu sensitif dengan bilik air, mungkin ada faktor sensori yang perlu dinilai.

πŸ‘‰ Follow page ini untuk panduan & tanda awal yang ibu ayah perlu tahu.

Anak dah 3 tahun tapi asyik gigit baju?Puting dah tak guna, tapi semua benda masih masuk mulut?Mainan, hujung pensel, ka...
08/04/2026

Anak dah 3 tahun tapi asyik gigit baju?
Puting dah tak guna, tapi semua benda masih masuk mulut?
Mainan, hujung pensel, kain… semua nak gigit?

Untuk usia kecil, mulut memang salah satu cara anak explore dunia.
Tapi kalau tabiat menggigit terlalu kerap atau berterusan selepas 3 tahun, itu mungkin ada sebab lain.

Ramai ibu ayah rasa malu bila orang tegur.
Ada yang fikir anak terlalu manja.
Ada yang risau anak β€œterlalu nakal”.

Hakikatnya…
Anak menggigit untuk rasa lebih tenang, kurangkan stres dan bantu fokus.

Dengan bimbingan dan latihan yang sesuai dengan umur mereka, anak boleh belajar cara yang lebih selamat untuk tenangkan diri.

❀️ Like page ini untuk lebih banyak info perkembangan anak.

ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆKepada semua ibu ayah pelanggan Pusat Rehabilitasi Dominan, kami ingin memaklumkan b...
25/03/2026

ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ

Kepada semua ibu ayah pelanggan Pusat Rehabilitasi Dominan, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak beroperasi sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada tarikh berikut.

Cuti ini adalah peluang untuk kita semua berehat sejenak dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Kami di Dominan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Selamat bercuti πŸŒŸπŸ’œ

"Towards A Better Life"

===============

πŸ“Œ π‡π”ππ”ππ†πˆ πŠπ€πŒπˆ πŸ‘‡
Kuala Nerus | Bukit Payong | Temerloh
πŸ“ž Hubungi : 011 - 3748 5793
πŸ“²WhatsApp: https://dominanconsult.wasap.my/

π‡π€π‘πˆ π’πˆππƒπ‘πŽπŒ πƒπŽπ–π π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸ’œKemeriahan Aidilfitri mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, keprihatinan dan kebersam...
25/03/2026

π‡π€π‘πˆ π’πˆππƒπ‘πŽπŒ πƒπŽπ–π π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸ’œ

Kemeriahan Aidilfitri mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan tanpa mengira latar belakang. Justeru itu, tidak dilupakan 21 Mac yang dirai sebagai Hari Sindrom Down Sedunia, satu peringatan penting untuk kita meningkatkan kesedaran, penerimaan dan sokongan terhadap individu Sindrom Down.

Marilah kita bersama membina masyarakat yang lebih inklusif, yang melihat mereka bukan sebagai kekurangan, tetapi sebagai anugerah yang berharga.

Setiap anak Sindrom Down punya potensi, bakat dan keunikan tersendiri β€” yang hanya perlukan ruang dan peluang untuk bersinar. ✨

"Towards A Better Life"

===============

πŸ“Œ π‡π”ππ”ππ†πˆ πŠπ€πŒπˆ πŸ‘‡
Kuala Nerus | Bukit Payong | Temerloh

πŸ“ž Hubungi : 011 - 3748 5793
πŸ“²WhatsApp: https://dominanconsult.wasap.my/

πŸŒ™βœ¨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆRaya kali ini mungkin tak sempurna,tapi penuh dengan makna yang tak semua orang rasa.Buat...
19/03/2026

πŸŒ™βœ¨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ

Raya kali ini mungkin tak sempurna,
tapi penuh dengan makna yang tak semua orang rasa.

Buat ibu ayah yang membesarkan anak special needs,
setiap senyuman anak di pagi raya,
setiap usaha kecil mereka,
itulah hadiah paling berharga.

Tak perlu banding dengan orang lain.
Cukuplah kita tahu yang mereka sedang berusaha.

Di sebalik segala cabaran,
itulah kasih sayang yang paling tulus.

🀍 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Dari kami warga kerja Pusat Rehabilitasi Dominan

"Towards A Better Life"

===============

πŸ“Œ π‡π”ππ”ππ†πˆ πŠπ€πŒπˆ πŸ‘‡
Kuala Nerus | Bukit Payong | Temerloh

πŸ“ž Hubungi : 011 - 3748 5793
πŸ“²WhatsApp: https://dominanconsult.wasap.my/

Mak ayah yang ada anak umur 3 tahun…Pernah rasa penat bila waktu makan jadi waktu paling stres setiap hari?Baru mula mak...
16/03/2026

Mak ayah yang ada anak umur 3 tahun…
Pernah rasa penat bila waktu makan jadi waktu paling stres setiap hari?

Baru mula makan, makanan dah bersepah.
Sudu jatuh berkali-kali.
Anak cepat marah.
Tak sampai 3 minit dah bangun tinggalkan meja.

Kami nak ibu ayah tahu πŸ’œ
Bukan semua kes makan bersepah itu sekadar β€˜fasa’.

Untuk sesetengah anak, ia mungkin tanda:
- lemah kemahiran motor halus,
- masalah koordinasi tangan-mata,
- atau isu sensori yang buat anak tak selesa waktu makan.

Lebih awal dikenalpasti, lebih mudah anak dibantu.

Jangan tunggu sampai anak masuk tadika dan hilang keyakinan diri
Mungkin sudah tiba masa untuk Terapis Cara Kerja bantu.

πŸ“£Share post ini kepada parents yang ada anak umur 3 tahun.

Ibu ayah pernah tak rasa risau bila tengok anak 3 tahun terjengket-jengket tak nak pijak rumput atau pasir?Semua kanak-k...
14/03/2026

Ibu ayah pernah tak rasa risau bila tengok anak 3 tahun terjengket-jengket tak nak pijak rumput atau pasir?
Semua kanak-kanak lain berlari tanpa masalah… tapi anak kita pegang kaki, minta dukung, atau terus menangis.

Dalam hati mula tertanya-tanya…
β€œNormal ke ni? Atau ada masalah lain?”

Ramai ibu ayah sebenarnya keliru nak bezakan antara fasa normal perkembangan anak dengan tanda awal isu sensori.

Bila orang lain kata β€œalah, manja je tu”,
kita senyum… tapi dalam hati masih tak tenang.

Anda tak keseorangan ❀️
Ramai ibu ayah melalui persoalan yang sama.

Terapi bukan bermaksud anak ada β€œmasalah" tapi adalah langkah awal untuk bantu mereka berkembang dengan lebih baik.

πŸ‘‰ Follow untuk lebih banyak perkongsian tentang perkembangan & sensori anak.

Address

Lot PT 37829, Jalan Tengku Mohamad
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Saturday 09:00 - 04:00
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+601111457712

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rehabilitasi Dominan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rehabilitasi Dominan:

Share