Salam Segar Therapy - Urut Punca

Salam Segar Therapy - Urut Punca RAWAT MASALAH SARAF & TULANG BELAKANG ANDA DISINI! Ada paham?

PROSEDUR UTK DAPATKAN RAWATAN DI SALAM SEGAR THERAPY:

Pesakit rujuk hospital terlebih dahulu (sebaiknya) - pesakit tahu dia sakit apa - doktor tawarkan pilihan sekian2 utk rawatan - pesakit rasa nak try rwtn alternatif dahulu - cari saya - saya suruh cerita permasalahan, komplikasi kesihatan dahulu, sejarah sakit, dan lain-lain - baru cek badan (spine & lain2 tulang) - dah jumpa punca - terangkan pada pesakit rawatan apa yg blh saya tawarkan - pesakit membuat keputusan-proses rawatan diteruskan atau sebaliknya.

Rupa-rupanya inilah antara hikmah Allah s**a orang yang istiqamah!Ramai sangka senaman intensiti tinggi sekali-sekala da...
06/09/2025

Rupa-rupanya inilah antara hikmah Allah s**a orang yang istiqamah!

Ramai sangka senaman intensiti tinggi sekali-sekala dah cukup untuk jantung dan paru-paru kita. Tapi kajian sains terkini membongkar sebaliknya: senaman sederhana tapi konsisten MICT (Moderate-Intensity Continuous Training) memberi kesan lebih stabil kepada kesihatan organ penting kita.

Jantung lebih kuat dan stabil. Kajian Universiti Guelph (2021) dapati senaman sederhana 5 kali seminggu lebih berkesan menurunkan lemak badan & tekanan darah berbanding HIIT (High-Intensity Interval Training) yang hanya dilakukan 3 kali seminggu:
👉 https://news.uoguelph.ca/2021/01/frequent-moderate-exercise-better-for-health-than-hiit-workouts-u-of-g-study-reveals/?utm_source=chatgpt.com

Paru-paru lebih sihat. Dalam pesakit paru-paru kronik, senaman sederhana yang konsisten memberi kesan jangka panjang lebih baik berbanding senaman intensiti tinggi yang tak konsisten:
👉 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10445364/

Aliran darah lebih lancar. Meta-analisis menunjukkan kedua-dua HIIT & MICT turunkan tekanan darah, tetapi MICT lebih sesuai untuk ramai orang kerana lebih selamat & mudah diamalkan:
👉 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9771301/

Rasulullah ﷺ bersabda:

Amalan yang paling Allah cintai adalah yang paling berterusan (adwam/dawam), walaupun sedikit."
(Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Subhanallah, rupanya hikmah istiqamah yang Allah ajar kita bukan sekadar pada ibadah, tapi juga pada penjagaan tubuh. Bila kita istiqamah bergerak, berjalan, atau bersenam sederhana, Allah beri ganjaran duniawi: jantung sihat, paru-paru segar, aliran darah lancar.

💡 Jadi, jangan pandang rendah pada langkah sederhana tapi berterusan. Itulah kunci istiqamah yang Allah s**a dan tubuh kita juga membuktikan hikmahnya.

Kadang, melihat sesuatu ubat harganya tidak mampu untuk kita bayar.Tapi orang miskin tetap diuji dengan kesakitan. Resah...
26/08/2025

Kadang, melihat sesuatu ubat harganya tidak mampu untuk kita bayar.
Tapi orang miskin tetap diuji dengan kesakitan. Resah hadir. Lalu bagaimana?

Ikhtiarlah dengan apa jua, hatta dengan segelas air sahaja, kalau Allah berkehendak sembuh, sembuh lah segalanya.

Cuma syaratnya, terlebih dahulu hendaklah zahir betul-betul keyakinan bukan ubat/suplemen yang menyembuhkan. Hanya Allah maha penyembuh. Dia datangkan sakit, Dia jugalah yang berhak hilangkan sakit.

Surah Ash-Shu’ara’ 26, ayat ke 80:

“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku.”

Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menyatakan:

“Hati orang yang arif tidak bergantung pada ubat dan tabib, walaupun ia mengambilnya sebagai asbab. Ia yakin bahawa penyembuh sebenar hanyalah Allah.”

Tengkorak orang kena sifilis (penyakit kelamin).Sampai dah mati pun ada kesan lagi ...Jagalah kemaluan Jagalah maruahEla...
21/05/2025

Tengkorak orang kena sifilis (penyakit kelamin).

Sampai dah mati pun ada kesan lagi ...

Jagalah kemaluan
Jagalah maruah
Elakkan zina

Perlu ke senjah² dan aplikasikan teknik paksaan untuk betulkan tulang belakang?Meh baca dulu, sy cuba bagi penerangan mu...
18/02/2025

Perlu ke senjah² dan aplikasikan teknik paksaan untuk betulkan tulang belakang?

Meh baca dulu, sy cuba bagi penerangan mudah.

Rujuk gambar pertama di bawah, satu tiang dapat berdiri tegak elok dan seimbang kerana adanya sokongan yang baik di kedua² belah sisi. Sokongan yang seimbang di kiri dan kanan.

Itu analogi ye.
Tiang = tulang belakang.
Kabel sokongan kiri & kanan = otot yang mengikat & menyokong tulang belakang.

Ha, sekarang dah dapat idea tak, yang perlu kita usik @ rawat @ betulkan adalah apa? Sudah semestinya apa yang mengikat tulang belakang itu, bukan terus tuju kepada tulang belakang.

Otot. Itulah sebenarnya yang perlu diedjas dalam kebanyakan proses pembetulan tulang belakang secara terapi manual.

Boleh jadi otot lemah atau diibaratkan skru longgar dan otot terlebih tegang, skru yang ketat. Mungkin kena spray WD-40 untuk nak longgarkan 🤭. Otot lemah atau tegang, ini kerja juruterapi untuk menilai.

Jadi bila sokongan otot kepada tulang belakang tidak optimum, contohnya jika otot di belah kanan terlebih tegang dan otot di belah kiri, lemah la pulak.. maka, perubahan pada struktur tulang belakang boleh berlaku.

Ingat ya, tulang belakang kita bukan sebatang. Dia 'berkeping-keping'. Total 33 keping. Dan di setiap keping tu ada disc² (kecuali sacrum & coccyx) yang berfungsi menyerap hentakan setiap pergerakan harian kita.

Bila tulang belakang teralih, memungkinkan disc tadi pun teralih dan inilah dinamakan slip disc. Disc yang tergelincir ni lah kalau nasib tak baik, boleh menghimpit saraf di tulang belakang. Saraf mana tersepit dan apa kesannya? Lainkali sy ulas.

Berbalik tadi, perlu ke senjah²? Kalau anda sudah faham penceritaan sy tadi, anda sudah akan mula dapat idea.. macam tak perlu je senjah² ni 🤔.

Kiropraktik atau mana² teknik senjah² adalah salah satu dari pelbagai seni memperbetulkan tulang belakang. Macam seni pertahankan diri..ada judo, karate, taekwondo, silat, silambam dan lain². Sy tidak katakan teknik itu salah (jika dilakukan oleh profesional), cuma sy nak anda boleh faham, betulkan tulang belakang tak semestinya dengan senjah² sahaja.

Cuma orang ramai terliur dengan prap prap dan reaksi kelegaan yang banyak merata di sosmed. Kelegaan instant, bagi saya tidak syok ah. Nak sembuh kena ada proses.

Secara peribadi, pengalaman sy, orang have² (berotak) lepas diaorang dah jumpa dah tahu sebenarnya ada teknik yang sangat santai, tekan² gitu je tulang belakang dah makin ok.. diaorang dah melekat dengan teknik yang lebih lembut dan santai ni. Terus bye² senjah² tu. Kenapa nak pilih cara yang berisiko? Sebab mereka gunakan otak, sebab itulah mereka pandai memilih.

Tambahan, guru urut sy juga asalnya seorang pengamal teknik senjah² tapi setelah melihat ada ketidaksesuaian dan sedar akan teknik yang lebih lembut, itulah yg dia ajarakan kepada anak² murid dia. Jadi, faham² sendirilah. Letih oh nulis.

"aduh, sakit tu berase dalam monggeng gitu"Mari sini, sy cuba ceritakan sehabis mudah bahasa. Kalu dok paham jgk mtk maa...
10/02/2025

"aduh, sakit tu berase dalam monggeng gitu"

Mari sini, sy cuba ceritakan sehabis mudah bahasa. Kalu dok paham jgk mtk maaf la.

Sakit dalam monggeng, tapi tidak semestinya di monggeng itu yang perlu dirawat/difokuskan.

Apa yang anda lihat dalam gambar, jaluran hijau itu adalah saraf. Daripada tulang belakang, saraf ini menjalar sepanjang kaki anda. Saraf terpanjang dalam badan kita, hok ni lah. Saraf skiatika nama dia.

Lokasi dia duduk dalam isi (otot). Tu boleh nampok pun lepas sy buang isi² yang tutup saraf tu.. nok bagi nye abg kakok napok.

Nama saraf ni agak popular la, ramai yang dah biasa dengar. Sebabnya, ramai yg ada masalah ni. Antara punca paling biasa, duduk terlalu lama.

Selain sakit dalam monggeng, boleh jadi sakit lutut jgk ke? Ye! Kan napok saraf tu lalu dekat lutut.. dan mungkin boleh difahami, rasa sakit di lutut dok semestinya kena pegang, ramas, tenyeh, uli lutut tu. Sensasi rasa sakit saja di lutut, punca masalah datang daripada sumber lain.

Ikutkan pengalaman sy sendiri, bila sy manipulasi tulang belakang/saraf tunjang.. pesakit akan terkejut dan teruja sebab sakit mula surut walau dari awal hingga akhir sesi sy langsung dok pegang lutut.

Jarang hok saraf ni bermasaloh di peha sendiri, melainkan pernah eksiden kemalangan. Memang kebanyakan punca dari tulang belakang. Ingat, tulang belakang dan saraf tunjang berpisah tiada.

Kenapa terus target tulang belakang? Itulah mahalnya pengalaman... Tapi anda nak bayar harga tukang urut biasa. Anda berkira dengan sy,sy pun berkira-kira la utk bagi servis sepenuh hati.. huhu.

Media sosial antara punca terbesar masyarakat kita alami pelbagai masalah mental. Ini tidak dinafikan.Dahtu, takkan nak ...
08/02/2025

Media sosial antara punca terbesar masyarakat kita alami pelbagai masalah mental. Ini tidak dinafikan.

Dahtu, takkan nak tinggalkan terus media sosial? Sebab kita sudah agak sebati dengan benda ni. Takpe, teruskan guna, tapi gunalah dengan bijak.

Antaranya, kita kawal apa yang bakal kita tonton dan alami. Salah satunya, kita boleh sekat saluran², konten² yang tidak berguna untuk kehidupan seharian kita

Sudahkah anda belajar? Sila block channel merapu sekalian.

PUKUL MUKA.. hanya si jahil dan bacul yang memukul muka.Jika pukulan tepat kena pada sekitar kawasan 'temple bone', mema...
19/01/2025

PUKUL MUKA.. hanya si jahil dan bacul yang memukul muka.

Jika pukulan tepat kena pada sekitar kawasan 'temple bone', memang berisiko tinggi untuk lumpuh.

Bersedia ke untuk rasa bersalah sepanjang hayat?

Sudah rasa cukup harta ke untuk tanggung segala perbelanjaan si mangsa dan keluarganya sepanjang dia kelumpuhan, sakit tidak mampu mencari rezeki?

Jadilah seorang yang berilmu. Mudah-mudahan dengan ilmu yang betul, menjadikan kita berfikiran lebih panjang, lapang dada dan tidak mudah menghukum.

Sabda Nabi SAW:
إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu memukul maka jauhilah muka.”

Riwayat Ahmad (7323)

"Nok bbetul skoliosis tapi takmboh bedoh..takmboh masuk skru.. boleh ke?"Setakat pengalaman sy ni.. bengkok 40° dan ke b...
16/01/2025

"Nok bbetul skoliosis tapi takmboh bedoh..takmboh masuk skru.. boleh ke?"

Setakat pengalaman sy ni.. bengkok 40° dan ke bowoh.. insyaallah kite boleh usahakan tolong lagi.

ADA DISKAUN UNTUK 1ST VISIT!

Menunggu dgn penuh deboran.. huhu.
15/01/2025

Menunggu dgn penuh deboran.. huhu.

Mari sy mudohkan bahasa, dakyoh istilah² fancy utk bagi napok "kelas ngat dia". Abg kakok adik² kebas tangan ke tu?Mesti...
14/01/2025

Mari sy mudohkan bahasa, dakyoh istilah² fancy utk bagi napok "kelas ngat dia".

Abg kakok adik² kebas tangan ke tu?

Mesti duk garu², gosok², tepuk tangan tu. Ahhh lega la sekejap kan? Takpe.. kekgi boleh ulang lagi kan. Itulah sifat menghilangkan simptom² sakit.

Rawatan hilangkan simptom mmg muroh, tapi berulang kali sebab dok tahan lama. Ada org x pandai matematik, dia s**a la hok gini. Asal muroh.

Bila doh berlarutan kebas tangan tu.. sebulan dua, tu kita panggil masaloh/sakit kronik la tu. Perawat yg pakar serta berpengalaman, dia dok sentuh doh tangan tu. Dia akan terus target rawatan di leher. Sebab apa? Boleh rujuk gambar.

Nampak jaluran kuning tu? Itulah jaluran saraf. Kebiasaannya ada 'rosok' di tulang belakang tu.

Urut biasa², belai di lengan, leher semua orang boleh. Wat sendiri pun boleh. Tapi utk betulkan kedudukan tulang belakang tu.. jangan berani² untuk cuba². Perlu ada ujian dahulu untuk elakkan risiko strok.

Ya! Orang ramai dok sedo pun kite ni hadap dengan risiko tinggi bila 'main' dengan tulang belakang. Hok orang duk ratib dia tahu ni.."wohh mahal la".

Sy ni bukanlah pakar, tapi cara kerja perawat pakar tu la yg sy amalkan..hehe.

Credit: Naim Urut Melayu

Dok cakap banyok, tanye dan mari brobat selalu.Tuan badan migrain hampir sebulan doh. Direct. Nok tido pun dalam migrain...
13/01/2025

Dok cakap banyok, tanye dan mari brobat selalu.

Tuan badan migrain hampir sebulan doh. Direct. Nok tido pun dalam migrain gitu lah. Makan ubat doktor pun dok jadi mende.. Allah x izin sembuh lagi.

Alhamdulillah, 1 sesi semalam, migrain makin reda dan hilang doh situ le (di pusat rawatan). Dok wi balik lagi, suruh test dulu biar puah ati.

Alhamdulillah lah, dengan 'ubat' sy, Allah izinkan tuan badan sembuh. 'ubat' sy jenis dak yoh buh dalam mulut, badan pun. Nok 'ubat' migrain ni xleh pos mana². Memang kene jumpe sy sendiri.

Hebat tuan badan mampu google contact sy. Bukan barang² org boleh cari sy ni hehe.

12/01/2025

Slip disc itu masalah saraf di tulang belakang. Organ badan berfungsi dengan saraf yg sihat. Tulang belakang sihat, sihatlah saraf anda.

Address

Jalan Kubang Parit, 20050
Kuala Terengganu
20400

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00
Tuesday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00
Wednesday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00
Thursday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00
Friday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00
Saturday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00
Sunday 09:00 - 16:00
21:05 - 23:00

Telephone

+60189021369

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Segar Therapy - Urut Punca posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Salam Segar Therapy - Urut Punca:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram