20/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Tarikh: 20 April 2026
Tempat: Dewan Utama, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu
Majlis Ramah Mesra Duta Kenali Ubat Anda Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya dengan objektif untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para Duta Kenali Ubat Anda dan pasukan farmasi dari seluruh negeri atas dedikasi berterusan dalam memperkasa literasi ubat dan penggunaan ubat berkualiti dalam kalangan masyarakat.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ruzita binti Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), dan turut dihadiri oleh Puan Rosnida binti Hashim @ Abdullah, Ketua Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi, Ketua-ketua Cawangan, Ketua Jabatan Farmasi, Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah, penyelaras KUA serta Duta KUA dari seluruh Negeri Terengganu.
Majlis dimulakan dengan pembentangan pencapaian semasa Pelan Terengganu Celik Ubat, diikuti taklimat Geran MyChampion bagi memperkasakan pelaksanaan program komuniti, serta slot Asas Bahasa Isyarat Malaysia untuk meningkatkan keupayaan Duta Kenali Ubat Anda berkomunikasi secara lebih inklusif dengan golongan OKU pendengaran.
Majlis turut meraikan seramai 7 orang Duta Kenali Ubat Anda yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun dan masih aktif menyumbang kepada program KUA.
Pengiktirafan khas ini dikenali sebagai Duta Platinum Kenali Ubat Anda, diberikan kepada duta lantikan tahun 2013 hingga 2015 yang masih aktif menjalankan sekurang-kurangnya satu program sepanjang tahun 2025.
Dalam majlis ini juga, Anugerah Duta Platinum Kenali Ubat Anda Terbaik telah dinobatkan kepada Tuan Haji Adnan bin Sulong, Duta KUA Hospital Sultanah Nur Zahirah, lantikan tahun 2014, atas pencapaian cemerlang melaksanakan 16 program sepanjang tahun 2025, sekali gus menjadikan beliau antara duta paling aktif dan berimpak tinggi di negeri ini.
Majlis diteruskan dengan penyampaian pelbagai anugerah penghargaan kepada individu dan pasukan yang cemerlang:
Anugerah Duta Kenali Ubat Anda Paling Proaktif Negeri Terengganu Tahun 2025
Zon Utara
Puan Nurul Diyana binti Mat Kasim (Besut)
Zon Tengah
Puan Norliza binti Alias (Marang)
Zon Sentral
Encik Awang bin Abdullah @ Sulong (Kuala Nerus)
Zon Selatan
Puan Shazalina binti Othman (Kemaman)
Anugerah Pencapaian Duta Prihatin Masyarakat Terbaik: PKD Kuala Terengganu
Anugerah Pencapaian PICC Terbaik: PKD Kuala Nerus
Anugerah Pencapaian Pameran Kenali Ubat Anda Terbaik: PKD Besut
Anugerah Program Kolaborasi Farmasi โ Duta KUA Terbaik:
Program Sekolah Celik Ubat (SEHILIR), HSNZ
Anugerah Program Jaringan Komuniti Terbaik:
Kampungku Celik Ubat, Kg Rawai โ PKD Marang
Duta Harapan Kenali Ubat Anda 2025:
Muhamad Syawal bin Kashurudin (Hospital Besut)
Duta Kenali Ubat Anda Terbaik Negeri Terengganu 2025:
Ustaz Awang bin Abdullah @ Sulong
Team Kenali Ubat Anda Terbaik Negeri Terengganu 2025:
Team KUA PKD Kuala Nerus
Majlis diakhiri dengan penghargaan kepada semua Duta dan anggota farmasi atas komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan dalam menjayakan agenda Terengganu Celik Ubat.