26/12/2025
Sudah lama mencuba, rawatan pernah dibuat, tetapi masih belum berjaya?
Kini persoalan besar bukan lagi “bila hamil” - tetapi “apa sebenarnya yang menghalang?”
Ramai pasangan fokus pada hormon dan rahim sahaja, sedangkan kesihatan keseluruhan suami dan isteri juga memainkan peranan besar.
Paras gula tinggi, kolesterol, masalah buah pinggang atau hati boleh mengganggu hormon, kualiti sperma dan kejayaan rawatan kesuburan — tetapi sering terlepas pandang.
Ujian Saringan Kesuburan (Premium) direka sebagai ujian penentu yang komprehensif untuk membantu doktor melihat kesuburan DAN kesihatan pasangan secara menyeluruh.
Keputusan ini membantu doktor menentukan sama ada:
-Rawatan biasa masih mencukupi
-Kesihatan perlu dioptimumkan dahulu atau perlu langkah rawatan seterusnya
Anda membuat keputusan berdasarkan data lengkap, bukan andaian.
Slot dihadkan bagi memastikan penilaian menyeluruh setiap pasangan.
Tempah ujian lanjutan ini sebelum membuat keputusan rawatan yang besar seperti IVF.
📞 011 6266 9091
📍 Kuala Terengganu