Startbizz

Startbizz Perkakas dapur & rumah.Toys .Barang2 Viral
GadgetKasut / handbag / jam tangan
Baju Raya 2020 STARTBIZZ ENTEPRISE menyediakan pelbagai tempahan dan perkhidmatan.

cara susun jadual Al Quran
07/11/2023

cara susun jadual Al Quran

huruf
13/05/2023

huruf

5 SEBAB KENAPA SAYA AMBIL INSURANS“Aku pelik la. Kau kan kerja doktor, gaji besar. Kalau masuk hospital, tunjuk GL je si...
30/10/2017

5 SEBAB KENAPA SAYA AMBIL INSURANS

“Aku pelik la. Kau kan kerja doktor, gaji besar. Kalau masuk hospital, tunjuk GL je siap dapat 1st class lagi. Jadi, kau bayar insurans tu buat apa? Habiskan duit je bulan-bulan bayar, bukan pakai pun.”

Secara jujurnya, dari dulu memang saya benci insurans. Ayat atas tu memang skrip yang selalu ada dalam kepala. Saya paling benci bila ada ejen insurans yang cuba tahan saya nak promote produk dia. Tak kira la company mana, bagi saya semua sama je. Nak jual produk masing-masing, dapat kita punya tandatangan lepas tu sunyi sepi tanpa berita. Masa bercerita bukan main hebat dia punya senyum, dia punya manis berkata.

Insurans yang saya pernah ambil sebelum ni semuanya atas desakan dari promoter atau telemarketer. Ala, yang jenis telefon orang tak berhenti tu walaupun kita dah cakap tak nak. Saya setuju sama ada sebab saya terpengaruh dengan hadiah sampingan yang kononnya percuma, ataupun sebab malas nak layan lama-lama lepas dengar dia punya cerita. Tapi lepas setuju, baru tahu semuanya indah khabar dari rupa.

Insurans yang saya ada sekarang ini lah yang pertama saya ambil sebab saya sendiri yang mahu. Saya sendiri yang cari kawan saya yang kerja ejen tu, baca sendiri produk, dan faham betul-betul sebelum bersetuju. Dulu insurans yang kena paksa ambil tu saya bayar bawah daripada RM100 sebulan je, tak banyak tapi rasa membazir je bayar. Tahu tak sekarang berapa saya bayar? RM600 sebulan! Campur insurans anak saya RM320 sebulan. Dekat RM1,000 habis duit gaji tapi buat pertama kali saya tak rasa membazir langsung.

1) MEDICAL CARD

Tujuan asal saya cari kawan saya yang ejen insurans ni ialah nak bertanya tentang medical card. Saya siap kata pada dia, saya hanya mahu medical card, insurans tak perlu. Alhamdulillah, kawan saya ni memang sangat bagus. Buat pertama kali saya jumpa ejen insurans yang dari awal soalan, langsung tak cerita pasal produk dia, tapi lebih banyak bertanya tentang pengurusan kewangan saya. Bukan macam standard promoter insurans yang tahan kita tepi jalan atau yang telefon kita tu, kerja nak minta kita sign aje. Perbincangan ini yang buka luas mata dan minda saya tentang insurans, medical card dan pengurusan kewangan secara amnya. Tapi saya kan doktor kerajaan. Kenapa nak ambil medical card?

2) ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT (ACL) TEAR

Saya pernah mengalami kecederaan lutut semasa bermain bola tampar dan telah pun selamat dibedah. Tapi anda tahu bila saya dibedah? Hampir 2 tahun dari tarikh saya ditimpa kecederaan. Jangan salah sangka ye, tidak saya kata rawatan hospital kerajaan salah atau teruk. Cuma ye la, ada penyebabnya tarikh pembedahan itu lambat. Dan tipu kalau saya katakan yang saya tidak menyesal. Sebab sampai sekarang saya rasa mungkin ‘outcome’ akan lain jika dulu saya dibedah lebih awal. Mungkin sekarang ni, minggu ini, saya ada di Melaka untuk pertandingan bola tampar MAKSAK peringkat kebangsaan, hahaha.

Jadi, walaupun saya kerja sebagai doktor kerajaan yang banyak faedahnya, saya rasakan punya medical card itu perlu bagi situasi tertentu. Jujur saya katakan saya sebenarnya lebih percaya dan yakin dengan hospital kerajaan berbanding swasta. Tetapi bagi beberapa situasi keadaan dan penyakit, fungsi hospital swasta itu ada untuk mendapatkan rawatan yang lebih cepat. Tapi kita semua ada ke duit nak walk-in pergi private bila-bila masa? Saya ni sedar yang saya tak mampu, jadi itulah sebabnya perlu pada medical card.

3) HIDUP BERHUTANG

Lepas pembedahan ACL tu, saya cuti sakit dekat 3 bulan. Bermakna 3 bulan dipotong elaun kritikal (RM750 sebulan) dan tiada ‘oncall claim’. Sakit, memang sakit! Baru saya perasan yang gaji saya sebenarnya sekadar cukup. Ternanti-nantikan tarikh masuk gaji bulan seterusnya. Itu baru potong elaun. Baru 3 bulan! Bayangkan anda sakit lebih lama dari itu. Bayangkan anda sakit sampai tidak boleh kerja langsung!

Gaji doktor mahal takkanlah tidak cukup? Bukan tidak cukup tapi lihat aturan kewangan anda dan saya pasti majoriti kita hidup dengan berhutang. Hutang rumah, hutang kereta, bil utiliti dan macam-macam lagi. Kecuali keluarga anda memang kaya melampau lah, mampu beli bayar habis tiada hutang. Tetapi saya yakin ramai di kalangan kita yang hidup berhutang dan kita berhutang itu mengikut kemampuan gaji kita. Sebab itu ada yang pandu Proton, ada yang pandu Honda. Kerana kita rasa kita mampu, dan punya wang lebihan untuk belanja.

Sekarang bayangkan RM750 ditarik secara tiba-tiba setiap bulan. Wang bulanan yang dirasakan cukup sebelum ini tiba-tiba terasa sempitnya. Lebih teruk bayangkan tidak dapat gaji terus. Mana nak korek duit untuk uruskan hutang dan beri makan pakai isteri dan anak?

4) ISTERI DAN ANAK

Dulu kita hidup sendiri, duit semua untuk diri sendiri. Jadi mana fikir pasal insurans ni. Tapi percayalah, bila dah ada tanggungan anda akan mula garu kepala. Bukan sebab anda tak mampu tanggung mereka, tapi anda fikir apa akan jadi dengan mereka bila anda tiada atau tiba-tiba kehilangan kerja.
Maka sebab itulah insurans itu perlu. Kita bayar bulan-bulan itu bukan untuk kita tetapi untuk mereka. Kita tidak mahu mereka susah kerana kita. Terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan sumber pendapatan keluarga hanya daripada kita seorang.

Mari kita buat pengiraan mudah. Contoh jika gaji anda RM5,000 sebulan. Bermakna setahun gaji anda RM60,000. Nampak banyak, nampak kaya. Tapi daripada RM5,000 itu sebenarnya lepas tolak hutang tolak komitmen, anda rasa berapa je yang tinggal untuk belanja. Jadi bayangkan jika apa-apa terjadi pada anda. RM60,000 setahun hilang dari pendapatan sedangkan keluarga anda sebelum ini berbelanja dan urusan kewangan keluarga adalah berdasarkan kepada wang sebanyak itu. Mana isteri anda nak cari duit untuk ganti RM60,000 itu?

Maka di sinilah perlunya insurans atau wang pampasan. JIka anda ambil pampasan RM60,000 bermakna anda beri masa setahun pada anda dan keluarga untuk buat percaturan. Jika pampasan RM300,000 bermakna anda dan keluarga boleh duduk goyang kaki selama 5 tahun dengan cara hidup dan belanjawan yang sama.

5) DERMA DAN WANG SIMPANAN

“You pay for insurance not because you want to use it, but because you hope and pray that you will not use it. When you take insurance, the mindset has to be different.” Itu kata-kata bos saya. Memang betul kita rasa macam membazir bayar tiap-tiap bulan tanpa ada hasil. Seolah-olah wang itu hilang begitu saja. Tetapi jika anda faham konsep yang di atas tadi, saya rasa anda akan bayar dengan rela.

Tambahan p**a, sekarang ini insurans ada konsep takaful dan cash value. Anda bayar itu bukan sia-sia. Selain menjadi tempat untuk dapat p**angan simpanan wang, anda juga insyaAllah dapat pahala atas derma takaful. Wang yang anda sumbangkan digunakan orang lain yang ditimpa malang. Itulah konsep takaful, dan bila tiba masa kita insyaAllah kita p**a yang dibantu.

Kesimp**annya, ambil insurans atau tidak itu perlu pada pemahaman individual. Tiada yang boleh memaksa anda. Saya hanya sekadar berkongsi kerana ada yang bertanya, kenapa? Jika anda memang kaya, punya wang simpanan berpuluh ribu ringgit, saya rasa tak salah jika anda tidak mahu ambil. Tapi berapa ramai antara kita yang ada simpanan sebanyak itu. Saya mengaku, saya yang gaji doktor ini pun tidak ada.

Sebelum mengundur diri, saya hanya ada dua pesanan jika anda mahu tahu pasal insurans. Pertama, pilih ejen yang anda betul-betul kenal dan percaya dengan nyawa anda. You trust him/her with your life! Sebab dia akan ada dalam list speed dial anda sampai anda mati. Kedua, tanya berjuta-juta soalan dan faham sebetul-betulnya polisi yang anda ambil. Faham tentang inflasi, tentang nilai wang sekarang dan masa hadapan. Jangan nanti, anda tular bising dalam media sosial kata insurans tak bayar tuntutan anda, medical card tak cover atau insurans naikkan bayaran bulanan. Sedangkan hakikatnya, ia salah faham anda sendiri tentang polisi yang diambil atau ejen anda yang lari dan tidak bertanggungjawab.

Akhir kalam, semoga kita semua dan keluarga kita sentiasa dalam perlindunganNya, insyaAllah.
fb:Aimir Ma'rof
penting

#01125533149(rashidah jusoh)

Tidak rugi jika anda memiliki takaful medical kad dan simpanan. ia akan berguna ketika ada sakit. Tetapi untuk memiliki ...
10/09/2017

Tidak rugi jika anda memiliki takaful medical kad dan simpanan. ia akan berguna ketika ada sakit. Tetapi untuk memiliki takaful syarat utama adalah SIHAT.Tetapi

4 kemungkinan, Jika anda TIDAK SIHAT atau PERNAH SAKIT:

A.Permohonan diterima tanpa syarat.
B.Permohonan diterima tapi harga dinaikkan.
C.Permohonan diterima tapi sakit yang pernah dialami sebelum ini tidak dilindungi.
D.Permohonan ditolak.

Saya menawarkan perlindungan terbaik untuk anda dan keluarga anda.Untuk maklumat yang lebih terperinci...hubungi

Rashidah jusoh
www.wasap.my/601125533149
Takaful Advisor

THE POWER OF RM50Di kesempatan musim Haji kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 1 pelan dari GETB iaitu iGreat Amal...
06/09/2017

THE POWER OF RM50
Di kesempatan musim Haji kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 1 pelan dari GETB iaitu iGreat Amal.
Dengan giliran muassasah sekarang yang memang tidak masuk akal, mencecah giliran hingga tahun 2096, manfaat Badal Haji dah menjadi 1 keperluan
Yelah, sekurang-kurangnya jika kita meninggal atau lumpuh kekal sementara menunggu giliran mengerjakan haji, ada wakil dari Tabung Haji yang akan sempurnakan Haji bagi pihak kita.
Bagus kan?
Dan tahukah anda,
Dengan mendaftar sebarang Plan I-Great Amal, automatik anda layak untuk mendapat manfaat Badal Haji sebanyak RM3,000 (bergantung kepada kos upah haji pada waktu itu)
Ya sebarang plan, waima dengan plan serendah RM 50 sebulan. Kira-kira RM 1.70 sehari.
Ya kawan-kawan. RM1.70 sehari sahaja. Milo ais pun dah RM 2.50
Dengan RM50, apa yang akan anda dapat❓
✅ Pampasan kematian/lumpuh/hilang upaya kekal = RM 25,391

✅ Pampasan kematian/lumpuh kekal berganda sekiranya berlaku semasa mengerjakan ibadah Haji atau Umrah = RM 50,782
✅ Manfaat Khairat kematian = RM2000
✅ Manfaat Badal Haji = RM3000
✅ Bonus tunaikan Umrah atau Haji = RM800
✅ Manfaat Adha dari GETB (utk ibadah Qurban) bernilai RM500
✅ Nilai tunai bernilai RM21,935 ketika pelan ni matang pada tahun ke-30.

Duit pampasan boleh di gunakan bagi menyelesaikan hutang, sedekah dan ditinggalkan buat insan tersayang.
Dan yang paling penting, rukun Islam ke-5, turut disempurna dengan Badal Haji

Menarik kan❤
Niat utk pergi haji dah lama trsimpan. Realisasikannya dari sekarang!

Perunding Kewangan anda..
01125533149

Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :...
28/05/2017

Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-

Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh pop**ar tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-

Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
Hal pembahagian harta pusaka
Hal penyelesaian hutang-piutang
Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!

Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak perlu proses akuan pindahmilik.

Berapa banyak yang perlu dihibahkan? Hibahkanlah seberapa banyak yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita, hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

2-Towing service

Sekiranya anda merupakan pemegang Medical Card dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.

advantages_2-big

3-Ko-takaful terendah untuk Medical Card

Great Eastern Takaful menawarkan nilai ko-takaful (takaful bersama) yang paling rendah di pasaran. Ko-takaful bagi Great Eastern Takaful adalah minimum 10% dan maksimum RM500 daripada jumlah bil yang dikeluarkan. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar RM500 sahaja berserta cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medical Card.

4-Had Medical Card seumur hidup yang tinggi

Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medical Cardnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.

5-Khairat kematian yang kompetitif

Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.

6-Elaun MC akibat kemalangan

Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.

7-36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia

Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang pop**ar dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :-

1. Penyakit Arteri Koronari

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius

3. Penggantian Injap Jantung

4. Pembedahan Aorta

5. Kardiomiopati

6. Ensefalitis

7. Tumor Otak

8. Meningitis Bakteria

9. Penyakit Neuron Motor

10. Penyakit Parkinson

11. Penyakit Alzheimer

12. Poliomielitis

13. Sklerosis Berbilang

14. Sindrom Apalik

15. Lumpuh

16. Koma

17. Hilang Keupayaan Diri

18. Hilang Penglihatan

19. Hilang Pendengaran

20. Hilang Pertuturan

21. Kanser

22. Anaemia Aplastik

23. Trauma Kepala Utama

24. Luka Terbakar Teruk

26. Kegagalan Buah Pinggang

27. Penyakit Hati Kronik

28. Hepatitis Virus Fulminan

29. Serangan Jantung

30. Penggantian Injap Jantung

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer

32. Pembedahan Otak

33. Strok

34. Lumpuh Paraplegia

35. Penyakit Paru-Paru

36. Distrofi Otot

Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.

salam selamat pagi..jom kita berkenalan dengan perlindungan takaful ..
19/05/2017

salam selamat pagi..jom kita berkenalan dengan perlindungan takaful ..

13/05/2017

Great eastern takaful mewarnai hidup pewaris anda dan anda.

If you are rich, you need insurance to protect your incomeIf you are poor, you need insurance to take care of your medic...
04/05/2017

If you are rich, you need insurance to protect your income

If you are poor, you need insurance to take care of your medical expenses

If you are single, you need insurance to protect you and your parent.

If you are married, you need insurance to protect you, your spouse and childrens.

If you are male, you need insurance because male have higher mortality rate (death rate)

If you are female, you need insurance because you have higher morbidity rate (sickness rate)

If you have a lot of financial commitment, you have to transfer the risk to insurance shall any misfortune happen to you

If you think insurance is not important, then try buy a car without insurance.

If you think insurance is a waste of money, wait until you start pay your own money to the doctor and on that day its too late for you to realise.

If you think your company provide enough insurance coverage for you, then try to think why the director itself apply an insurance for himself since he had a lot of money?

If you think save money in insurance is not save, then why bank had insurance? Since you trust bank more.

If you always thinking the "price" of insurance, it will always be expensive but thing will be different if you study the benefit first.

Insurance is a "need" not a "want". You might not need it today, but for sure one day you will really need it. Sooner or later, you still need it.
Then why not take your time to plan for it now.

As you are young, the premium are still cheap. Don't wait until you are "stable", we will never "stable".

Just contact me to understand more. No obligations.

Just make appointment
http://www.wasap.my/+601125533249

Insurans / takaful adalah satu benda yang sangat MAHAL. Anda boleh membeli, tapi tak boleh disentuh, tak boleh dirasa, t...
03/05/2017

Insurans / takaful adalah satu benda yang sangat MAHAL. Anda boleh membeli, tapi tak boleh disentuh, tak boleh dirasa, tak boleh dipegang. Penjualan hanyalah mengenai menjual idea, menjual kejujuran, menjual kepercayaan dan menjual perjanjian. Sebab itu ianya mahal!

Sediakan pelampung sebelum anda lemas..nk cari pelampung itu, sy ada sediakan untuk anda....cari perlindungan sebelum

http://www.wasap.my/+601125533149

✅Pernah dengar orang rasa membazir letak fire extinguisher di bangunan? ✅Pernah dengar orang rasa membazir letak guard d...
17/04/2017

✅Pernah dengar orang rasa membazir letak fire extinguisher di bangunan?

✅Pernah dengar orang rasa membazir letak guard di kedai emas?

✅Pernah dengar orang rasa membazir letak cctv dan alarm di premis perniagaan dan rumah?

✅Pernah dengar orang rasa membazir letak tayar spare dalam kereta?

Tapi kenapa ya orang rasa membazir ada takaful? Walhal untuk diri dan keluarga apabila ditimpa musibah kematian, lumpuh, sakit kritikal, kemalangan, sakit dan simpanan masa depan.

Nilai diri lagi penting dari harta dan kebendaan kan?

Jom dapatkan pelan takaful mampu milik sekarang. Makin berumur bayaran bulanan takaful makin tinggi. Dah ada sakit - sakit serius takaful dah tak dapat dimiliki. Sekurang2nya anda ada perlindungan takaful walau seringgit 1hr...hubungi perunding takaful anda... 01125533149.

07/04/2017

1 April 17.Kami muncul dengan product yg sudah diupgrade.. I damai 2.0...Yg disertakan dengan i hajj rider... Utk keterangan lanjut hubungi perunding takaful anda...01125533149.

"Dan orang2 yang akan meninggalkan dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah kamu berwasiat utk isteri2 nya...
24/02/2017

"Dan orang2 yang akan meninggalkan dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah kamu berwasiat utk isteri2 nya, iaitu diberi nafkah hingga SETAHUN lamanya, dan tidak disuruh pindah dari rumahnya." ( surah al Baqarah, ayat 249.)

Al Quran sudah menggariskan panduan tapi siapa yang tahu bila mati itu akan datang??

Sebab itu TAKAFUL. diharuskan dalam islam ( memberi nafkah sekurang2 nya setahun.) malah diwajibkan jika si suami mempunyai bebanan hutang yang ditinggalkan, sehingga kereta ditarik, air kena potong, nama isteri black list dan dihalau dari rumah.

Itu fungsi HIBAH dan pelan penglupusan hutang.

Bukan hanya setakat masuk hospital swasta, tetapi ia lebih dari itu.

Perunding Takaful Anda
Great Eastern Takaful
Agensi Nasir & Sahabat
Rashidah Jusoh
☎️01125533149

Address

38, Kg Kubang Ikan
Kuala
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Startbizz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Startbizz:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram