07/01/2026
✅Pagar Rumah, Ikhtiar Elak Gangguan Makhluk Halus
"Coach Khair, bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya❓"
Bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalaminya.
Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan.
Di bawah coach Khair kongsikan antara tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan:
1. Kerap ternampak kelibat seperti bayangan hitam berdiri, kerap ternampak bayangan hitam@putih melintas laju, ternampak seolah anak kecil berlari dan sebagainya.
2. Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita. Kebiasaannya suara yang kita kenali.Padahal tak der orang pun dalam rumah tu.
3. Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah, bunyi ada orang tarik kerusi meja atas rumah, bunyi lesung batu terutama rumah flat, kondo, apartment. Bunyi orang ketuk pintu, bunyi pasir atau batu di baling atas bumbung rumah.
4. Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala,sakit sendi, sakit belakang, sesak nafas. Tapi bila keluar rumah jadi ok .Bila masuk rumah sakit balik.
5. Kerap rasa bahang panas dalam rumah, pasang air-cond malam rasa panas. Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan p**a dengan sejuk.
6. Di dalam rumah kerap bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga.. ada sahaja tak kena, anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap. Suami isteri jadi serba tak kena ada je masalah.
7. Masak nasi dan lauk cepat basi, baru masak pagi tengah hari dah basi. Kadang-kadang tak sampai tengah hari dah basi.
8. Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu, kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah. Tak tahu keluar dari mana punca, kadangkala bau kemenyan, colok, bau setanggi dan bau wangi.
9.Terkadang, penghuni rumah sedang memegang sesuatu, tapi tetiba hilang .Seperti memegang pen, tetiba pen itu hilang
Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap di kongsi oleh pesakit coach Khai.
......................................................................
Antara amalan yang kalian semua boleh amalkan agar dapat mengelak dari gangguan jin/makhluk halus di rumah atau di tempat kerja, antaranya adalah:
1) Masuk rumah dengan membaca Bismillah dan memberi salam.
Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam) Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam.
Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,
2) Kalian juga boleh membaca :
Kalimah Tammah pendek yang paling ringkas dan pop**ar ialah
doa perlindungan daripada keburukan, iaitu "أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ" (A'uudzu bikalimaatillahit taammati min kulli syaithonin wa haam mah, wa mingkulli 'aiinin laammah), bermaksud: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang berbisa, dan pandangan mata yang jahat,"( Hadis Riwayat Bukhari 3371 dan Hadis Riwayat Muslim 146 ).
Doa ini mudah diamalkan untuk perlindungan harian, nak masuk rumah , nak keluar rumah.
Jangan lupa baca sebelum anak2 kita nak keluar ke sekolah . Doa ini juga nak elak kita dan anak2 kita daripada terkene penyakit Al- Ain .Ramai sangat yang terkena AIN akhir2 ni. Pesakit2 coach Khair ramai yang kene.Alhamdulillah sembuh selepas di rawat, dengan izin Allah. Sila amalkan baca ayat ini.
3)Seterusnya, baca ayat ini ketika nak masuk rumah boleh, ketika nak keluar rumah pun boleh.Saya yakin anda semua ingat.Sebab kita selalu baca.
Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin 1x
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(p**a), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Buatlah dengan penuh yakin Insya Allah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus.. Sebagai contoh di elakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan di elakkan dari gangguan makhluk halus.
💥Sekiranya rumah / pejabat /kedai anda punyai gangguan makhluk halus yang agak kuat, boleh lah anda menghubungi Pengamal Pengubatan Islam yang bertauliah dan berdaftar dengan KKM.
Allahuakbar🙋♂️