Poliklinik Azzahra Jaya Gading

Poliklinik Azzahra Jaya Gading Kami menyediakan perkidmatan rawatan perubatan, kecemasan dan antenatal yang beroperasi 24 jam sehari.

🤩1 Mei — Selamat Hari Pekerja 🤩Terima kasih kepada semua yang terus berusaha setiap hari, tak kira di mana anda berada ✨...
01/05/2026

🤩1 Mei — Selamat Hari Pekerja 🤩

Terima kasih kepada semua yang terus berusaha setiap hari, tak kira di mana anda berada ✨
Setiap peranan, besar atau kecil, tetap memberi makna 🌸

Ikhlas dari kami,
Warga Poliklinik AzZahra 24 Jam
“Kesihatan Anda, Keutamaan Kami”

✨AIDILFITRI WITH AZZAHRA ✨Perut selalu meragam? Jangan anggap perkara biasa. 🤍Gastritis bukan sekadar “sakit perut biasa...
27/03/2026

✨AIDILFITRI WITH AZZAHRA ✨

Perut selalu meragam? Jangan anggap perkara biasa. 🤍

Gastritis bukan sekadar “sakit perut biasa”, ia tanda lapisan perut anda sedang meradang.

Kadang kita terlalu biasa:
✨ skip makan
✨ minum kopi berlebihan
✨ stress tak berhenti
✨ makan pedas & berminyak tanpa kawalan

Sampai satu hari… perut mula “memberi signal”.

⚠️ Pedih ulu hati
⚠️ Kembung & tidak selesa
⚠️ Loya atau muntah

Jangan tunggu sampai teruk baru nak jaga.

💡 Mulakan dengan langkah kecil:
– Makan ikut waktu
– Kurangkan kafein & makanan pedas
– Jaga rehat & stress

Kesihatan perut = kualiti hidup 💙

Kalau anda selalu rasa simptom ni, mungkin dah masa untuk periksa & dapatkan nasihat doktor.

Jaga perut anda, jangan tunggu sampai dia “menjerit”.

Semoga info ini dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan yang sihat!

Selamat berhari Raya 🌺

Ikhlas daripada,
Poliklinik AzZahra 24 Jam

✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 2026/1447H ✨‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُRamadhan barakah pasti dirindui,...
21/03/2026

✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 2026/1447H ✨

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami semua warga POLIKLINIK AZZAHRA JAYA GADING 24 JAM
Selamat bercuti dan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 💚

20/03/2026

Warga Poliklinik AzZahra 24 Jam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ✨

Raikan Syawal anda dengan penuh keriangan. Berhati- hati di jalan raya ✌🏻🌺

MAKLUMAN WAKTU OPERASI POLIKLINIK AzZAHRA 24 JAM 🌙Salam Aidilfitri 2026M | 1447H ✨️Klinik akan ditutup pada hari raya pe...
20/03/2026

MAKLUMAN WAKTU OPERASI POLIKLINIK AzZAHRA 24 JAM 🌙

Salam Aidilfitri 2026M | 1447H ✨️

Klinik akan ditutup pada hari raya pertama & kedua dan akan dibuka semula pada hari raya ketiga bermula jam 8 pagi 🤗

Teima kasih dan selamat berhari raya 🌸

✨ Ramadan with AzZahra ✨Salam Nuzul Qur’an buat semua 🌙
07/03/2026

✨ Ramadan with AzZahra ✨

Salam Nuzul Qur’an buat semua 🌙

✨ INISIATIF KAD KESIHATAN KASIH MAKMUR ✨‼️BERITA BAIK‼️Kini kami merupakan klinik panel KASIH MAKMUR 🤗Pemegang kad ini s...
27/02/2026

✨ INISIATIF KAD KESIHATAN KASIH MAKMUR ✨

‼️BERITA BAIK‼️

Kini kami merupakan klinik panel KASIH MAKMUR 🤗
Pemegang kad ini sudah boleh mendapatkan rawatan dan pemeriksaan asas di klinik kami.

🩺 Antara rawatan yang kami sediakan:
- Rawatan pesakit luar
- Vaksinasi
- Pemeriksaan darah asas
- Swab test
- ‘Supplement’
- ‘Housecall’

Hubungi atau whatsapp kami untuk maklumat lanjut di talian:
☎️ 013-4301090

Poliklinik AzZahra 24 Jam (Jaya Gading)
“Kesihatan Anda, Keutamaan Kami”

klinikkuantan klinik24jamkuantan

✨ RAMADAN WITH AZZAHRA ✨‼️ HYPOGLYCEMIA ‼️Hypoglycemia merujuk kepada keadaan kekurangan gula dalam darah, iaitu bacaan ...
26/02/2026

✨ RAMADAN WITH AZZAHRA ✨

‼️ HYPOGLYCEMIA ‼️

Hypoglycemia merujuk kepada keadaan kekurangan gula dalam darah, iaitu bacaan gula rawak (random blood sugar) di bawah 4.0 mmol/L.

Keadaan ini sering berlaku terutamanya ketika bulan puasa disebabkan perubahan jadual pemakanan, aktiviti fizikal yang berlebihan atau, bagi pesakit kencing manis, kemungkinan dos ubat yang diambil terlalu tinggi 🫤

Antara golongan yang berisiko terutamanya ketika bulan puasa ialah:
• Pesakit diabetes
• Warga emas
• Ibu mengandung berisiko tinggi

Terdapat beberapa gejala yang menunjukkan seseorang sedang mengalami hypoglycemia, antaranya:
• Berpeluh berlebihan
• Menggigil satu badan
• Berasa pening atau sakit kepala yang teruk
• Denyutan jantung menjadi laju
• Keletihan melampau

📝 Apakah langkah-langkah penjagaan yang boleh dilakukan terutamanya ketika bulan puasa?

1️⃣ Bersahur
Pastikan anda bersahur dengan makanan yang seimbang dan bersesuaian supaya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh sepanjang tempoh berpuasa.

2️⃣ Periksa paras gula dalam darah
Bagi pesakit kencing manis atau ibu mengandung berisiko tinggi, amat digalakkan untuk memeriksa paras gula pada waktu tengah hari bagi memastikan anda tidak mengalami hypoglycemia.
Segera berbuka puasa sekiranya bacaan gula di bawah 4.0 mmol/L.

3️⃣ Rawatan & jadual ubat-ubatan
Khusus bagi mereka yang mengambil ubat untuk mengawal kencing manis, sekiranya anda tidak pasti tentang jadual pengambilan ubat atau jenis ubat yang sesuai diambil sepanjang bulan puasa, dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai perubatan di klinik berdekatan.

Sekiranya anda mengalami gejala hypoglycemia yang teruk, segera dapatkan rawatan di klinik yang berhampiran.

Semoga tips dan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua sepanjang bulan Ramadan 🤗

Selamat menyambut Ramadan 🌙

Ikhlas daripada,
Poliklinik AzZahra 24 Jam & Poliklinik AzZahra Bergerak
“Kesihatan Anda, Keutamaan Kami”

✨RAMADAN WITH AZZAHRA✨‼️SENAMAN RINGKAS DI BULAN PUASA‼️Bulan puasa bukan alasan bagi kita untuk tidak aktif 🙅🏻‍♀️Kita b...
20/02/2026

✨RAMADAN WITH AZZAHRA✨

‼️SENAMAN RINGKAS DI BULAN PUASA‼️

Bulan puasa bukan alasan bagi kita untuk tidak aktif 🙅🏻‍♀️
Kita boleh memanfaatkan masa ni untuk terus kekal aktif dengan melakukan aktiviti atau senaman berintensiti rendah untuk badan kekal cergas & bertenaga 💪🏻

Cadangan masa terbaik untuk melakukan senaman adalah:

1. Sebelum bersahur
- Melakukan senaman ringan seperti berjalan sekeliling rumah, regangan badan atau ‘deep breating exercise’ amatlah membantu untuk melancarkan peredaran darah.

2. 1 jam sebelum berbuka
- Pada waktu ini amatlah sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana badan akan menggalakkan proses keton yang menggunakan lemak di badan sebagai sumber tenaga. Namun harus diingatkan hanya melakukan senaman ringkas berintensiti rendah kerana pada waktu ini badan kita sudah kekurangan air. Memadai sekadar untuk mencergaskan badan ketika itu.

3. 2-3 jam selepas berbuka
- Bersenam selepas berbuka ada waktu terbaik yang boleh dilakukan untuk semua kerana pada waktu ini kita sudah mendapat bekalan tenaga selepas berbuka. Pastikan anda melakukan senaman 2-3 jam selepas berbuka bagi tujuan proses penghadaman makanan berlaku.

Pastikan anda mengenal pasti tujuan anda sebelum memilih waktu yang terbaik untuk bersenam sepanjang bulan puasa ini. Berserdahanalah dalam melakukan aktiviti atau senaman bagi memastikan ibadah puasa kita dapat dilakukan dengan sempurna ✨😊

Semoga tips dan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua di bulan Ramadan ini 🤗

Selamat menyambut Ramadan 🌙

Ikhlas dari,
Poliklinik AzZahra 24 Jam & Poliklinik AzZahra Bergerak
“Kesihatan Anda, Keutamaan Kami”

19/02/2026

✨RAMADAN WITH AZZAHRA✨

‼️4 TIPS UNTUK KEKAL CERGAS & SIHAT SEPANJANG RAMADAN‼️

Kita memang mudah berasa letih dan kurang bermaya sepanjang bulan puasa, tetapi apa yang kita boleh buat supaya kita boleh kekal aktif, cergas & sihat sepanjang bulan ini? 🤷🏻‍♀️

Ikuti 4 Tips ini untuk kekal sihat & cergas sepanjang Ramadan ini ☺️

1. Ambil makanan yang seimbang semasa bersahur
- Makanan yang seimbang dapat membantu untuk kenyang lebih lama. Lebihkan protein dalam makanan & kurangkan makanan yang berminyak/pedas semasa bersahur.

2. Minum air yang secukupnya
- Minum air yang secukupnya untuk kekal terhidrasi sepanjang hari berpuasa. Minum air 6-8 gelas sehari mengikut kesesuaian waktu ketika berpuasa.

3. Dapatkan rehat & tidur yang cukup serta berkualiti
- Rehat & tidur yang berkualiti penting untuk kekal cergas sepanjang hari. Rancang jadual tidur anda supaya badan & minda dapat berehat dengan secukupnya.

4. Amalkan senaman ringkas
- Bulan puasa bukan bermakna boleh skip senaman! Amalkan senaman ringkas dan berintensiti rendah untuk badan kekal cergas. Elakkan senaman berintensiti tinggi kerana berisiko tubuh badan kita kekurangan air dan menjejaskan ibadah puasa kita. Lakukan dengan berserdehana dan bersuaian mengikut waktu.

Semoga tips dan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua di bulan Ramadan ini 🤗

Selamat menyambut Ramadan 🌙

Ikhlas dari,
Poliklinik AzZahra 24 Jam & Poliklinik AzZahra Bergerak
“Kesihatan Anda, Keutamaan Kami”

🕌📿🤲

Warga Poliklinik AzZahra 24 Jam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua warg...
18/02/2026

Warga Poliklinik AzZahra 24 Jam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua warga Islam seluruhnya 🌙

Semoga Ramadan kalini menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya ✨

Poliklinik AzZahra 24 Jam Jaya Gading akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini 🌸

Address

B24 & B26, Jalan Jaya Gading 1
Kuantan
26070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Azzahra Jaya Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Azzahra Jaya Gading:

Share

Category