Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Peneraju Pemakanan Negara

28/04/2026
27/04/2026
27/04/2026

Garam bukan sekadar “garam” 🧂

Tahukah anda, garam boleh muncul dalam pelbagai nama lain pada label makanan seperti Sodium Chloride, Sodium Nitrate, Baking Soda dan banyak lagi? Tanpa disedari, kita mungkin mengambil lebih garam daripada yang disangka.

📌 Tip bijak:
Sentiasa baca senarai ramuan sebelum membeli. Semakin awal sesuatu bahan disenaraikan, semakin tinggi kandungannya dalam produk tersebut.

Jadi, lebih peka = lebih sihat 💙
Kurangkan garam tersembunyi, lindungi kesihatan anda hari ini!





27/04/2026

⚠️ BAHAYA TABIAT MAKAN LEWAT MALAM
Tahukah anda? Trend pengambilan makanan secara berlebihan selepas waktu makan malam semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut statistik terbaru NHMS 2024:
2 daripada 5 orang REMAJA & 1 daripada 3 orang DEWASA mengamalkan makan malam berserta makan lewat malam secara berlebihan sekurang kurangnya sekali seminggu
Tabiat ini memberikan kesan negatif kepada kesihatan diri.
Tips Ringkas:
✅ Makan malam sebelum jam 8 malam.
✅ Jika lapar, pilih buah atau air kosong.
✅ Tidur awal untuk elak rasa ingin mengunyah.
Kesihatan anda, tanggungjawab anda!

Kredit: PSP Segamat

24/04/2026

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 dewasa (18 tahun dan ke atas) menunjukkan 30.5% adalah berlebihan berat badan, 23.1% adalah obesiti dan 52.1%
mengalami kebuncitan. Jika keadaan ini tidak dikawal, pelbagai penyakit tidak berjangkit akan terjadi.

Kesibukan kerja bukan alasan untuk abaikan kesihatan. Obesiti boleh dicegah dengan 4 langkah kecil setiap hari. Mulakan sekarang!”




24/04/2026
24/04/2026

Nak makan di restoran tanpa risau kalori berlebihan? 🤔

Kuncinya adalah pilihan yang lebih bijak.

Pilih hidangan dan minuman yang lebih rendah kalori seperti:
✔️ Capati berbanding roti canai
✔️ Air kosong berbanding teh tarik

Perubahan kecil dalam pilihan harian mampu memberi kesan besar kepada kesihatan anda 💪

Jom kawal kalori, kekal sihat walaupun makan di luar!

23/04/2026

"Sihat itu nikmat, senyum itu berkat. Kurangkan gula!"

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga segera, namun pengambilan berlebihan, terutamanya gula tambahan adalah punca utama obesiti, kencing manis jenis II, dan penyakit kronik.

1 sudu teh gula bersamaan 5g (20kcal)




23/04/2026

SARANAN PENGAMBILAN AIR KOSONG 6-8 GELAS AIR KOSONG SETIAP HARI

Kehilangan air dari tubuh secara semulajadi melalui peluh, pernafasan, najis, dan air kencing dianggarkan sekitar 2.5 liter hingga 3 liter setiap hari. Pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk fungsi organ, kesihatan badan dan untuk kekal terhidrat serta segar sepanjang hari. Berapa gelas air kosong yang telah anda minum hari ini?





23/04/2026

Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas mendedahkan realiti kesihatan yang membimbangkan dalam kalangan warga emas.

Hampir 30% (atau kira-kira 1️⃣ daripada 3️⃣) warga emas menghadapi beban tiga penyakit serentak:
1️⃣ Kencing Manis
2️⃣ Tekanan Darah Tinggi
3️⃣ Kolesterol Tinggi

🚨Warga muda perlulah mula menjaga pemakanan dari sekarang dan kekal aktif.

23/04/2026

⚠️ Bahaya makanan ultra-diproses!

Pengambilan makanan ultra-diproses yang tinggi seperti makanan siap sejuk beku telah dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit:
❗️Obesiti
❗️Kencing Manis
❗️Kanser
❗️Penyakit jantung
❗️Penyakit Demensia dan Alzheimer

Untuk mengelakkan makanan ultra-diproses, langkah terbaik adalah dengan memasak makanan anda sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan asli.

Rujukan: Living Without Ultra-Processed Food. 2025. Bonnier Publications International AS.

Address

Jabatan Kesihatan Negeri
Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category