Acca Bekam

Acca Bekam Bekam rawatan yang membantu anda mengeluarkan toksid, uric asid, kolestrol dan angin belebihan agar

Ramai mengenali Nitric Oxide (NO) sebagai molekul yang membantu menurunkan tekanan darah.Namun sebenarnya NO memainkan p...
03/03/2026

Ramai mengenali Nitric Oxide (NO) sebagai molekul yang membantu menurunkan tekanan darah.

Namun sebenarnya NO memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam sistem kardiovaskular:

• Mengawal pelebaran salur darah
• Mengurangkan tekanan pada dinding arteri
• Menghalang pengump**an platelet
• Membantu kestabilan sistem vaskular

Beberapa kajian menunjukkan terapi bekam boleh merangsang pelepasan NO melalui tindak balas sel endothelial dan makrofaj.

Ini menerangkan mengapa terapi ini sering dikaitkan dengan peningkatan peredaran darah.

Namun perlu difahami:

Bekam adalah terapi sokongan, bukan pengganti rawatan hospital.

Pendekatan terbaik ialah gabungan:
Gaya hidup sihat + pemakanan terkawal + rawatan moden + terapi sokongan.

ACCA Bekam Therapy
Rawatan secara profesional & beretika.

Strok boleh menyebabkan kekakuan otot (spasticity) akibat kerosakan sistem saraf.Beberapa kajian meta-analisa menunjukka...
26/02/2026

Strok boleh menyebabkan kekakuan otot (spasticity) akibat kerosakan sistem saraf.

Beberapa kajian meta-analisa menunjukkan terapi bekam basah berpotensi membantu mengurangkan tahap kekakuan otot dan meningkatkan fungsi motor dalam sebahagian pesakit post-stroke.

Mekanisme yang dicadangkan termasuk:
• peningkatan mikro-sirkulasi
• pengurangan tekanan tisu
• relaksasi otot
• kawalan keradangan setempat

Namun, mekanisme tepat masih dalam kajian dan hasil berbeza mengikut individu.

Bekam perlu:
✔ dilakukan secara profesional
✔ digabungkan dengan rawatan perubatan & rehabilitasi
✔ bukan pengganti rawatan hospital

Pendekatan integratif lebih selamat dan beretika.

Kesihatan bukan tentang sensasi.
Ia tentang tanggungjawab.

DARAH, BEKAM & HERBABukan sekadar tenaga. Tetapi tentang kehidupan dalam badan.Setiap hari jantung kita berdegup lebih 1...
24/02/2026

DARAH, BEKAM & HERBA
Bukan sekadar tenaga. Tetapi tentang kehidupan dalam badan.

Setiap hari jantung kita berdegup lebih 100,000 kali.
Setiap degupan menghantar tekanan ke dinding salur darah.

Salur darah kita bukan besi.
Ia tisu hidup, lembut dan elastik.

Disebabkan tekanan dan geseran aliran darah, boleh berlaku kerosakan mikro pada lapisan endothelium setiap hari.

Badan sentiasa membaiki diri.

Platelet mengawal kawasan.
Sel darah putih membersihkan dan mengawal keradangan.
Kemudian tisu membina semula struktur salur darah.

Persoalannya…

Adakah kita memberi nutrisi yang cukup untuk sistem ini bekerja dengan baik?

Sel darah putih perlukan protein, zink, vitamin C, vitamin D dan antioksidan.

Ramai orang salah faham tentang majun.

Majun bukan sekadar untuk tenaga batin.
Ia tonik dalaman yang menyokong sistem badan secara menyeluruh.

Bekam membantu merangsang sistem.
Herba membantu menyokong dari dalam.

Gabungan ini adalah ikhtiar untuk kestabilan badan.

Kesihatan bermula dari dalam.
Tenaga hanyalah salah satu kesannya.

📍 ACCA Bekam Therapy

🩸 TEORI DETOKSIFIKASI & ETIKA TERAPI BEKAM BASAHBekam basah/hijama sering dikaitkan dengan konsep detoksifikasi.Namun da...
23/02/2026

🩸 TEORI DETOKSIFIKASI & ETIKA TERAPI BEKAM BASAH

Bekam basah/hijama sering dikaitkan dengan konsep detoksifikasi.

Namun dalam perspektif lebih luas, beberapa teori moden seperti Teori Taibah (2014) mencadangkan bahawa mekanisme bekam melibatkan:

• Tekanan negatif pada kulit
• Perubahan kebolehtelapan kapilari
• Modulasi sistem imun
• Kesan anti-inflamasi tempatan
• Perubahan mikrosirkulasi

Walau bagaimanapun, penting untuk ditegaskan bahawa:

Bekam adalah terapi pelengkap (complementary therapy),
bukan pengganti rawatan perubatan moden.

Di ACCA Bekam Therapy, kami berpegang kepada prisip
✔ Pematuhan prosedur steril & selamat
✔ Tidak membuat dakwaan melampau
✔ Menggalakkan rujukan perubatan bila perlu

Pendekatan kami bukan sensasi.
Ia berasaskan ilmu, etika dan tanggungjawab.

Kesihatan memerlukan keseimbangan —
antara rawatan moden dan terapi sokongan yang rasional.

🌿 PHYTOMEDICINE & RAMADAN 🌿Phytomedicine merujuk kepada komponen bioaktif daripada tumbuhan yang mempunyai kesan fisiolo...
22/02/2026

🌿 PHYTOMEDICINE & RAMADAN 🌿

Phytomedicine merujuk kepada komponen bioaktif daripada tumbuhan yang mempunyai kesan fisiologi terhadap tubuh.

Ia bukan sekadar herba biasa, tetapi gabungan ilmu tradisional dan sains moden.

Semasa berpuasa, tubuh mengalami perubahan penting:

• Penurunan insulin
• Peningkatan pembakaran lemak
• Pengaktifan proses pembaikan sel

Dalam keadaan ini, badan menjadi lebih sensitif terhadap nutrien berkualiti.

Sebab itu saya memilih pendekatan phytomedicine secara tersusun melalui formulasi 16 herba yang dikategorikan mengikut fungsi metabolik, antioksidan dan sokongan hormon.

Ia diambil dalam dos kecil sebagai sokongan metabolik harian dan bukan pengganti rawatan perubatan.

Ramadan bukan hanya ibadah rohani.
Ia juga peluang reset fisiologi.

ACCA Bekam Therapy

BEKAM KETIKA BERPUASA – APA HUKUMNYA?Ramai masih ragu-ragu sama ada berbekam membatalkan puasa atau tidak.Dalam hadith s...
20/02/2026

BEKAM KETIKA BERPUASA – APA HUKUMNYA?

Ramai masih ragu-ragu sama ada berbekam membatalkan puasa atau tidak.

Dalam hadith sahih riwayat Abdullah bin Abbas RA, direkodkan oleh Imam al-Bukhari, disebut bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dalam keadaan Baginda berpuasa.

Majoriti (jumhur) ulama berpendapat bahawa berbekam tidak membatalkan puasa.

Namun, jika seseorang menjadi terlalu lemah selepas bekam sehingga memudaratkan diri, maka hukumnya makruh.

Islam itu mudah dan tidak membebankan.
Bekam boleh dilakukan dengan panduan dan waktu yang sesuai.

Kesihatan juga satu amanah — walaupun di bulan Ramadan.

ACCA Bekam Urut Kuantan

sebenarnya bekam ni tak sakit pun.Ada lah rasa sikit-sikit… macam kena lestik getah je.”“Kenapa ada terasa masa proses?”...
20/02/2026

sebenarnya bekam ni tak sakit pun.
Ada lah rasa sikit-sikit… macam kena lestik getah je.”

“Kenapa ada terasa masa proses?”

“Sebab bila kulit dirangsang, sistem saraf kita akan hantar isyarat ke otak.”

“Otak p**a akan keluarkan hormon endorfin — hormon tahan sakit semula jadi badan.”

“Sebab tu lepas bekam, ramai rasa badan ringan, lega… dan lebih relaks.”

“Bekam bukan buat untuk sakitkan badan,
tapi untuk aktifkan proses semula jadi badan.”

📍 ACCA Bekam Urut Kuantan

RAMAI TAK TAHU…Bekam bukan sekadar buang darah kotor.Ia berkait dengan Nitric Oxide (NO) – molekul penting yang bantu:✔ ...
19/02/2026

RAMAI TAK TAHU…

Bekam bukan sekadar buang darah kotor.

Ia berkait dengan Nitric Oxide (NO) – molekul penting yang bantu:
✔ Melancarkan aliran darah
✔ Sokong kesihatan salur darah
✔ Kawal keradangan
✔ Seimbangkan sistem imun

Bekam yang dilakukan dengan betul berpotensi menyokong fungsi fisiologi semula jadi badan.

⚖️ Tetapi ingat:
Bekam bukan pengganti rawatan doktor.
Ia terapi sokongan & pendekatan integratif.

Di ACCA Bekam Urut Kuantan:
✔ Urut terapi
✔ Bekam sunnah & moden
✔ Balm & majun tradisional

📍 Kuantan
📩 DM untuk slot

Pengurusan berat badan bukan sekadar angka di penimbang.Ia melibatkan:✔ Metabolisme✔ Peredaran darah✔ Sistem limfa✔ Gaya...
19/02/2026

Pengurusan berat badan bukan sekadar angka di penimbang.

Ia melibatkan:
✔ Metabolisme
✔ Peredaran darah
✔ Sistem limfa
✔ Gaya hidup harian

Bekam bukan teknik kurus segera.
Ia terapi sokongan untuk bantu badan berfungsi lebih optimum.

Gabungkan dengan:
🥗 Pemakanan seimbang
🏃 Senaman konsisten
💧 Air mencukupi

Saya sediakan rawatan bekam & urut di Kuantan

“Perempuan tak perlu bekam sebab dah ada haid.”Betul ke?Ramai sangka haid buang semua toksin.Hakikatnya, haid adalah pro...
18/02/2026

“Perempuan tak perlu bekam sebab dah ada haid.”

Betul ke?

Ramai sangka haid buang semua toksin.
Hakikatnya, haid adalah proses reproduktif —
bukan sistem penapisan seluruh badan.

Haid dan bekam berbeza dari segi mekanisme dan fungsi.

Wanita juga terdedah kepada radang, kolesterol & tekanan seperti lelaki.

Jadi… perlu ke wanita berbekam?

Apa pendapat anda?




“Bekam ni buang darah je kan?”Salah faham paling besar.Sedutan bekam boleh merangsang kapilari terbuka sementara dan ban...
17/02/2026

“Bekam ni buang darah je kan?”

Salah faham paling besar.

Sedutan bekam boleh merangsang kapilari terbuka sementara dan bantu proses penapisan cecair antara sel.

Sebab itu ada yang panggil bekam sebagai “ginjal ke-3” (secara analogi).

Bukan untuk ganti rawatan.
Tapi sebagai terapi sokongan.

Nak saya kupas lagi? Ada soalan komen sahaja



Hari ini proses penyediaan sedang berjalan.Kurma Ajwa de lembutkan, dikisar halus dan dimatangkan perlahan sebelum digab...
11/02/2026

Hari ini proses penyediaan sedang berjalan.
Kurma Ajwa de lembutkan, dikisar halus dan dimatangkan perlahan sebelum digabungkan dengan madu tualang, minyak pilihan serta herba tradisi premium.

Setiap langkah dibuat secara teliti,
bukan sekadar campur dan siap,
tetapi melalui proses supaya majun lebih stabil, lembut dan serasi dengan tubuh.

Ini bukan produk kilang besar.
Ini produk yang dibuat dengan kawalan sendiri, sukatan sendiri dan niat menjaga kesihatan dalaman lelaki & wanita.

✨ Bagi yang ingin menempah, tempahan sudah dibuka.
Boleh PM untuk lock slot awal.

Batch kali ini terhad kerana proses dibuat berperingkat.

🌿 Sedikit tetapi konsisten.
🌿 Dijaga dari bahan hingga siap.

Address

No 17, Lorong Bukit Rangin Perdana 1/4, , Perumahan Bukit Rangin Perdana 1, , Kuantan
Kuantan
25150

Telephone

+60179356192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Acca Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Acca Bekam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category