04/11/2025
Skim PeKa B40 merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, yang bertujuan meringankan beban kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan fokus kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
Kelayakan untuk Skim PeKa B40 ini adalah automatik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan.
Tiada kad keahlian diperlukan β hanya perlu MyKad untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik PeKa B40. Skim ini juga tidak menggunakan konsep "bayar dahulu, tuntut kemudian."
Semak kelayakan anda & senarai Klinik PeKa B40 di laman web rasmi ProtectHealth.