16/02/2026
🎉 Sambutan Gong Xi Fa Cai bersama Penghuni PUSPEN Gambang & Geha Bodhi Care Centre 🎉
Suasana penuh kemesraan dan kegembiraan dapat dirasai dalam sambutan Gong Xi Fa Cai yang dianjurkan bersama penghuni PUSPEN Gambang dan pihak Geha Bodhi Care Centre.
Program ini bukan sahaja membawa keceriaan sempena Tahun Baru Cina, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, menyemai semangat perpaduan serta memberi sokongan moral kepada penghuni. Kehadiran dan keprihatinan semua pihak amat bermakna dalam membina semangat kebersamaan dan harapan baharu.
Semoga sambutan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, serta kekuatan untuk terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih positif dan sejahtera.
Terima kasih kepada Geha Bodhi Care Centre atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha murni ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua.
🧧 Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua.