17/10/2022
Itulah realiti mulut manusia tak blh dikunci tapi blh dikawal oleh hati dan sifat yg baik
Viral eh pasal anak Neelofa tunjuk muka. Saya pun tak kenal siapa Neelofa tu. 😅
Cuma benda ni buat saya teringat keadaan wife saya masa mula-mula lahirkan anak kami. Lepas anak kami dilahirkan, ada la beberapa orang datang melawat dia.
Bila nampak je muka anak kami, muka orang terus berubah.
"Hmm..ingatkan anak cina ni putih gebu la. Hitam ikut mak dia."
"Kami mai jauh-jauh ni nak tengok la kacukan anak Melayu Cina. Rupa Melayu laa.. ikut mak dia banyak dari pak. Lepas ni kena tukaq nama Melayu la. Haha.."
Wife saya sentap sangat dengan kata-kata orang melawat tu. Terus dia bagitau ummi yang dia taknak siapa-siapa datang lawat dia dah.
Jangan kata orang luar, saya sendiri pun wife sampai terfikir yang saya takkan sayang dan s**a anak kami sendiri sebab warna kulit dan rupa berbeza. Kesan kata-kata orang tu sangat mendalam buatnya.
Dalam otak dia fikir, saya akan biar dia membesarkan anak sorang-sorang tanpa saya sebab warna kulit anak hitam ikut dia. Tak nampak macam anak Cina pun.
Saya macam terkejut. Memang betul masa lahir dulu, anak kami kurus kering sebab kuning lama dan diletakkan bawah lampu biru tu. Tapi saya tak pernah rasa tak s**a ke apa. Tak pernah terlintas langsung.
Mestilah saya sayang anak saya sebab tu darah daging. Comel ke tak kira belakang. Hitam ke putih kira belakang sebab cinta dan sayang tak kenal semua tu.
So what kalau muka Melayu pun? Tak berdosakan?
Dah wife saya Melayu. Takkan nak keluar macam Arab p**a? Huhu.
Bila jadi parents ni, baru saya faham bahawa anak sendirilah yang paling comel di mata ibu bapanya.
Bab anak ni memang parents especially ibu sangat sensitif. Jangan cakap wife, saya sendiri pun sensitif bila melibatkan anak.
Benda paling sakit buat parents apabila lihat anak disakiti. Kalau orang sakiti kita tak apa. Jangan sesekali sakiti anak kita. Haha..macam tu lah.
Kalau tak boleh bercakap baik, lebih baik diam.
Sumber: FB Adam Kelvin