Malay Medical Manuscripts Flagship IIUM

Malay Medical Manuscripts Flagship IIUM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malay Medical Manuscripts Flagship IIUM, Medical and health, Kuantan.

05/12/2024
03/09/2024

1 September 2024 / 28 Safar 1446H

Upholding Academic Integrity and Expertise in Public Discourse

As academic professionals, our commitment to advancing knowledge and fostering informed discussion is paramount. However, it is crucial to remember that our influence extends beyond the University. In recent times, we have observed instances where individuals have ventured beyond their fields of expertise in public discussions, which can undermine the integrity of scholarly discourse and public trust in our institution.

We would like to remind our esteemed academic members of the following principles:

- Respect for Disciplines: Each academic field is built upon rigorous foundations of research and scholarship. It is imperative that we respect the boundaries of our own expertise and the expertise of our peers. Engaging with issues outside our disciplines can lead to misinformation and confusion.

- Interdisciplinary Collaboration: While we encourage interdisciplinary dialogue, it is essential to approach such collaboration with humility. Understanding that complex issues often require input from multiple fields, and thus, collaboration should be grounded in mutual respect for each area of knowledge.

- Public Responsibility: Academics hold a unique position in society, and with this privilege comes the responsibility to communicate information accurately. When discussing areas outside our expertise, we risk diluting our credibility and the credibility of our institution.

- Scientific Rigour: Upholding academic standards requires a commitment to evidence-based conclusions. Before asserting opinions or making claims in unfamiliar areas, we must strive to investigate the scholarship and verify the facts. This is crucial for maintaining the integrity of our discussions.

- Encouragement of Critical Thinking: We must model critical thinking by acknowledging the limits of our knowledge. This practice not only enhances our credibility but also encourages our audiences to reflect thoughtfully on complex topics.

As we navigate a rapidly changing academic and public landscape, let us recommit to the foundational principles that define our scholarly work. Let us engage thoughtfully, speak responsibly, and foster a culture of respect for the collective expertise that enriches our discussions and advances societal understanding.

ACADEMIC STAFF ASSOCIATION
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

31/07/2024
Hantaran artikel dibuka kepada sesiapa sahaja tidak terhad kepada pembentang seminar.
24/07/2024

Hantaran artikel dibuka kepada sesiapa sahaja tidak terhad kepada pembentang seminar.

𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴-𝗔𝗰𝗲𝗵 (𝗦𝗔𝗣𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰).Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pengangkutan dan jamuan tidak disediakan...
17/07/2024

𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴-𝗔𝗰𝗲𝗵 (𝗦𝗔𝗣𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰).

Tiada yuran pendaftaran dikenakan.
Pengangkutan dan jamuan tidak disediakan.
Peserta akan menerima sijil penyertaan.
Seminar akan disampaikan dalam Bahasa Melayu

𝗔𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Perbadanan Muzium Pahang
Universitas Islam Negeri UIN ar-Raniry, Aceh
Flagship Malay Medical Manuscripts

*𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒍𝒂 𝒔𝒄𝒂𝒏 𝑸𝑹 𝒄𝒐𝒅𝒆.

𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐒𝐈𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔?Memalukan! Kami kecewa dan membantah keras!Selaku saintis dan ketua Projek Flagship Ma...
03/07/2024

𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐒𝐈𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔?

Memalukan! Kami kecewa dan membantah keras!

Selaku saintis dan ketua Projek Flagship Manuskrip Perubatan Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya dan rakan-rakan saya di UIAM membantah sekeras-kerasnya artikel yang telah terbit di Berita Harian, Ahad 30 Jun 2024. Artikel yang amat tidak wajar diterbitkan ini bertajuk 'Ilmu Sihir, Pengasih: Dedah Minda Sains Orang Melayu.' Ia memuatkan pandangan seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertugas di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Manuskrip SO 118 yang mempunyai amalan sihir telah diketengahkannya seraya mengatakan isi manuskrip ini adalah cerminan ilmu sains, khasnya ilmu perubatan, orang Melayu. Ini kecelaruan yang nyata, mungkin disengajakan atau tidak, pada menobatkan sebuah ilmu yang batil seperti sihir sebagai ilmu sains.

Artikel ini kemudiannya diulangsiar di akaun Facebook ATMA dengan label 'ATMA di Lensa Media', mendapat tanda s**a daripada lebih 80 orang dan diulang siar oleh lebih 40 akaun lain, antaranya kepunyaan ahli akademik. Boleh dianggap bahawa mereka itu berasa bangga dengan artikel ini, bersetuju dan mahu orang lain membacanya p**a.

Kami di UIAM secara dasarnya tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pemikiran yang membawa pemikiran songsang ke wacana tamadun Melayu. Sepatutnya saringan terhadap sihir dan khurafat dilaksanakan sebagai kesinambungan kepada tradisi pengislaman ilmu pengetahuan di Alam Melayu. Kami tegas dan jelas bahawa sihir bukan sains, sains bukan sihir. Segala yang berbentuk sihir adalah serta-merta terkeluar dari definisi sains. Kami telah tegaskan ini semasa majlis pembukaan Persidangan Manuskrip Perubatan Melayu 2015 di Kuantan, Pahang. Kami kobarkan cita-cita dan tujuan penubuhan gerakerja mengkaji ilmu perubatan Melayu di UIAM sebagai penghalang kepada gejala occult science yang rancak diperkenalkan sebagai gerakan ilmiah di universiti-universiti Barat dengan persidangan dan jurnal khas yang telah diadakan. Mereka tergiur dengan segala macam perkara yang khurafat dan sihir. Di sebalik wajah ilmiah itu, mereka cuba memesongkan banyak hal dengan mangsa terbesar ialah ilmu tasawwuf dan perubatan. Perkara tahyul sembrono dinisbahkan kepada tasawwuf atas nama pengetahuan esoterik dan 'occultist' meskipun hal-hal itu memang telah tertolak dari definisi ilmu tasawwuf. Ilmu perubatan, kerana mempunyai kedua-dua komponen penjagaan lahiriah dan batiniah, juga seringkali dikaitkan dengan amalan-amalan yang menyeleweng dan tidak bertanggungjawab ini. 'Occult science' memberikan nafas baharu kepada ilmu-ilmu batil yang sepatutnya telah ditinggalkan. Sekarang, pop**ariti 'occult science' di Barat tidak lagi sebegitu meriah, tetapi tiba-tiba kita dihidangkan p**a dengan idea itu di Malaysia.

Penyebutan sihir dan pengasih sebagai amalan sains itu jelas amat menyimpang dari makna sains, malah bertentangan dengan agama yang menganggap sihir sebagai dosa besar. Menempelkan sihir kepada istilah sains adalah merosakkan nama ilmu sains. Wajar ditentang sekerasnya oleh komuniti sains. Biadap p**a apabila ditempelkan kepada tamadun Melayu yang merupakan sebuah ketamadunan Islam. Apakah ini merupakan satu percubaan membiasakan (normalisasi) hal-hal anti-sains, dan anti-agama dalam masyarakat?

Pesan Rasulullah s.a.w., “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” (Sahih Bukhari)

Kami pasti penyelidik ATMA tahu kewujudan ratusan manuskrip sains Melayu dalam ilmu perubatan, falak, dan sebagainya di Perpustakaan Negara Malaysia. Amat pelik sebuah manuskrip yang jelik isinya diangkat dikala terdapat banyak manuskrip-manuskrip perubatan Melayu yang lebih mantap perbicaraannya, lebih bersih dari segala yang menyimpang. Melalui empat persidangan (pada tahun 2015, 2018, 2020 dan 2023), artikel-artikel dan buku-buku yang ditulis, kami telah gesa supaya pemikiran-pemikiran lama yang berakar umbi dari kaedah Orientalis, yang sentiasa mahu mencocokkan peradaban Melayu dengan sihir dan khurafat, tidak lagi diangkat semata-mata kerana mengejar perhatian, tempat di akhbar, dan 'tanda s**a' dari pengikut. Kami memandang serius artikel sebegini yang membawa masyarakat kembali mundur, jahil setelah beriman, tiada nilai konstruktif, malah anti-tesis kepada kewujudan ATMA. Nama UKM sebagai universiti yang sohor bakal jadi ejekan orang sebagai 'universiti sihir' jika tidak membendung kegiatan seperti ini.

Ketamadunan Melayu ditegaskan adalah tamadun sains dan masyarakatnya pencipta, bukan tamadun tahyul-mahyul, sihir khurafat. Orang Melayu kuat daya inovasi, kreatif, merekayasa pelbagai terminologi perubatan, bentuk formulasi dan kaedah rawatan. Mereka tahu pokok, haiwan dan galian yang boleh diadun dan diramu menjadi bahan ubatan. Ini datang dari kekuatan pengamatan yang rasional, maka ilmu sihir bukanlah sainsnya orang Melayu!

Almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz telah mengingatkan adanya di Malaysia golongan 'hypocritical ignoramuses' yang kerjanya sentiasa memusnahkan apa yang cuba dibangunkan secara saintifik, teratur dan objektif. Jika pagi kita membaja, kelak di waktu petang, merekalah kemudiannya menuang racun. Kami nasihati semua ilmuwan, penulis, bahkan wartawan, jangan jadi sebegitu, sebaliknya membentuk masyarakat berilmu, yang mematuhi tatasusila peradaban dan keagamaan setempat. Kami sekali lagi zahirkan perasaan dukacita yang sedalam-dalamnya ke atas penerbitan artikel yang telah merupa-rupakan sihir sebagai sains, kesal dengan tindak-tanduk masyarakat akademik dan pembaca yang kurang kritis, malah mungkin menyokong tajuk dan isi artikel yang jelas keliru, tiada sensitiviti, dan tidak wajar menjadi tatapan masyarakat madani yang menjadikan Islam sebagai tonggak dan pedoman.

𝐃𝐫. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐟𝐟𝐞𝐧𝐝𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐟𝐫𝐢,
𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐬𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚 𝐔𝐈𝐀𝐌,
𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐬𝐨𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐊𝐥𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 & 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐥𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 & 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐨𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚.

𝗥𝗲𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗔 𝗙𝗶𝗴𝘂𝗿𝗲 𝗼𝗳 𝗞𝗻𝗼𝘄𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗡𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗛𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗴𝗲 𝗼𝗳 𝗞𝗻𝗼𝘄𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲IIUM, an Islamic University of international stature, ...
06/06/2024

𝗥𝗲𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗔 𝗙𝗶𝗴𝘂𝗿𝗲 𝗼𝗳 𝗞𝗻𝗼𝘄𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗡𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗛𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗴𝗲 𝗼𝗳 𝗞𝗻𝗼𝘄𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲

IIUM, an Islamic University of international stature, has always values knowledge and knowledge-seeking spirit. On 26th May 2024, the University once again exemplified its knowledge-based ethos by organising a Majlis Haul (Commemorative Event) and a Seminar in collaboration with Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur, and Persatuan Pengkajian Khazanah Nusantara (PENGKAJI). The event was held as part of an international research project funded through a grant awarded by the Barakat Trust (United Kingdom) from June 2023.

The research project, code-named, Project HAWASH, aimed at cataloging the manuscripts and rare books collection of a world-renown local scholar, the late Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah, who passed away 17 years ago. His collection was a lifelong effort at preserving valuable intellectual heritage of the Malay-Muslim world. The collection comes from various sources in the Malay world (Fathani, Malay Peninsular, Sumatra, Riau, Kalimantan etc ) as well as from the Malay diaspora in the Arab world.

Project HAWASH recruited 9 members to conduct the cataloguing work. Perpustakaan Negara Malaysia, in particular the Documentation Unit of the Pusat Kebangsaan Manuscript Melayu and the Library's Preservation Unit, was crucial in providing basic training to the members on the best practices in handling manuscripts and rare books and how to perform cataloguing work. After these trainings were completed, the project kick-started at full speed over many weekends between September 2023 to January 2024. Thanks to the determined effort of the team, a total of 500 items had been successfully entered into a metadata database. A short, by invitation-only, seminar was conducted at the end of January to about 20 selected participants to share the preliminary results and exchange ideas. Further editing was performed to prepare for more publications as stip**ated by the grant.

The event on 26th May 2023 involved about 300 registered participants with 1/3rd of them came over from Indonesia. It was officiated by Dato' Mohamad Nordin bin Ibrahim, the former Director of Jawatan Kemajuan Islam Malaysia, and a close friend of the late Tuan Guru Gaji Wan Muhammad Shaghir. The Rector of IIUM, Tan Sri Prof. Emeritus Dato' Dzulkifli Abdul Razak also attended the event together with a senior scholar of Pondok Gajah Mati, Kedah, Tuan Guru Sheikh Wan Izzudin bin Wan Ibrahim. It was a momentous event where different streams of knowledge came together to celebrate the event.

A catalogue book was launched during the event. Ustaz Abdul Halim Mohamad of PENGKAJI then presented a seminar presentation on the scholarly life of Tuan Guru Gaji Wan Muhammad Shaghir. Associate Professor Dr. Mohd Affendi Mohd Shafri, a lecturer at Kulliyyah of Allied Health Sciences and leader of the Malay Medical Manuscripts Flagship Project at IIUM then presented on the outcome of the HAWASH Project in his capacity as the Principal Investigator and Project Leader of the internationally-funded project. Among other interesting findings are a group of letters from the state of Reman, a manuscript containing the intention for praying in absentia on Sheikh Daud al-Fathani, and more than 10 manuscripts of Malay medicine.

IIUM and in particular, Kulliyyah of Allied Health Sciences, applaud such boundary-breaking efforts as this. The project had succeeded to secure an international grant, organized a well-attended event, produced two seminar presentations, and comes out with one book publication. A few more publications are also forthcoming. IIUM hopes that the strong cooperation displayed throughout the project will continue in more projects in the future.

05/02/2024
𝗘𝘅𝗰𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗔𝗻𝗻𝗼𝘂𝗻𝗰𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁!We are thrilled to share the latest achievement from Associate Professor, Dr. Radiah a...
01/02/2024

𝗘𝘅𝗰𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗔𝗻𝗻𝗼𝘂𝗻𝗰𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁!

We are thrilled to share the latest achievement from Associate Professor, Dr. Radiah and her team!
She has recently published a paper titled "The Herbs to Treat Female Sexual Dysfunction (Mati Putik) in Malay Medical Manuscripts."

This insightful work delves into the herbal remedies found in Malay Medical Manuscripts to address female sexual dysfunction, shedding light on traditional wisdom and remedies from our rich heritage.

Congratulations, Dr. Radiah and team, on this valuable contribution!

Stay tuned for more updates and enriching discoveries from our ongoing exploration of Malay medical knowledge.

Assalamualaikum. Meet Our Team 2024!Exciting times ahead as we introduce our team! Each member brings unique skills to p...
15/01/2024

Assalamualaikum. Meet Our Team 2024!

Exciting times ahead as we introduce our team! Each member brings unique skills to preserve our rich Malay medical heritage.
Follow us for a year of shared accomplishments and exciting stories!

01/01/2024

May the New Year 2024 bring you joy, prosperity, and boundless blessings!
Wishing you a year filled with success and meaningful growth. Happy New Year from the MMM Flagship!

Address

Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malay Medical Manuscripts Flagship IIUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Malay Medical Manuscripts Flagship IIUM:

Share