Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia

Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia, Kuantan.

GPUKM bermatlamat memupuk kerjasama antara Persatuan Negeri dengan Agensi Kerajaan bagi menetapkan halatuju dan meningkatkan industri ternakan kelulut di Malaysia

RASIONAL PERBINCANGAN GPUKM BERSAMA MyIPOIndustri kelulut Malaysia kini berada di satu fasa penting. Bukan lagi sekadar ...
22/04/2026

RASIONAL PERBINCANGAN GPUKM BERSAMA MyIPO

Industri kelulut Malaysia kini berada di satu fasa penting. Bukan lagi sekadar penternakan, tetapi pembinaan nilai industri di peringkat kebangsaan dan global.

Inisiatif ini bukan bertujuan mengawal atau menghadkan mana-mana individu,
tetapi untuk memastikan:

✅ Identiti “Madu Kelulut Malaysia” dilindungi
✅ Standard & kualiti diselaraskan
✅ Nilai industri tidak dieksploitasi pihak luar

📌 Pengajaran dari kes Tongkat Ali:
Sumber tempatan tidak menjamin pemilikan nilai industri, yang menguasai teknologi & IP, sebenarnya menguasai pasaran.

👉 Jika langkah proaktif tidak diambil hari ini,
kita berisiko menjadi pengikut di tanah air sendiri.
GPUKM komited untuk memastikan industri ini berkembang secara terancang, adil dan memberi manfaat kepada semua.

“Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas serta menjawab persoalan utama dalam kalangan pemain industri kelulut.”





⚠️ “Kalau kita tak jaga ‘Madu Kelulut’ sekarang…...5 tahun lagi, mungkin dah hilang nilai dia.”Ramai nampak kelulut seba...
20/04/2026

⚠️ “Kalau kita tak jaga ‘Madu Kelulut’ sekarang…...5 tahun lagi, mungkin dah hilang nilai dia.”

Ramai nampak kelulut sebagai peluang…
tapi tak ramai nampak apa yang sedang berlaku di belakang industri ini.

Hari ini, sebagai SUA GPUKM, saya bersama team Working Group (WG) turun ke MyIPO 🇲🇾
👉 bukan sekadar kunjungan…
👉 tapi langkah serius untuk lindungi identiti ‘Madu Kelulut’ sebagai harta industri Malaysia.

Kalau istilah ini tak dikawal:
❌ Sesiapa pun boleh guna
❌ Tanpa standard
❌ Tanpa jaga kualiti
Akhirnya siapa rugi?
👉 Penternak
👉 Pengguna
👉 Industri itu sendiri

Ini bukan cerita kecil…
ini game masa depan industri kelulut.
GPUKM dah mula bergerak.
Bukan sembang… tapi tindakan.

💪 Kepada penternak kelulut:
Kalau kita nak industri ini dihormati,
kita kena bergerak sebagai satu suara.
Yang nampak jauh, akan faham.
Yang serius, kita jalan sama-sama. 🐝







SESI LIBAT URUS GABUNGAN PERSATUAN USAHAWAN KELULUT MALAYSIA & UNIT  PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (KKM) Sesi ...
13/01/2026

SESI LIBAT URUS GABUNGAN PERSATUAN USAHAWAN KELULUT MALAYSIA & UNIT PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (KKM)

Sesi dialog dan perbincangan bersama Pengarah serta team Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ministry of Health Malaysia berjalan dengan penuh harmoni dan amat baik sekali.

Isu Peraturan berkaitan Madu Kelulut di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985: P.U.(A) 275_Ogos 2025 (Peraturan Baharu 130A. Madu Kelulut; Pindaan Jadual Kelima Belas) yang menjadi kerusingan para penternak berjaya dibawa ke atas. Tindakan susulan akan dilakukan segera, insyaAllah.

Penghargaan yang besar buat Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut (GPUKM) yang mengetuai usaha besar ini terutama Tuan Presiden Abdullah & Team Jawatankuasa Tindakan Madu (Akta Makanan 1983) GPUKM dipengerusi Tuan Dino Frequency Cannon , Setiausaha Kehormat GPUKM Tuan Mohd Iszairi Ismail , Setiausaha Kerja GPUKM Tuan Hazrulnizam Abu Bakar , Walau Tuan Presiden Abdullah & SUK En. Nizam tidak dapat turut hadir, Perbincangan dan Kegelisahan Pengusaha dan Penternak Kelulut Malaysia tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Setiausaha Kehormat En. Iszairi & tuan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Madu (Akta Makanan 1983) En. Dino. Tahniah!👍🏻💪🏻

🍯Jawatankuasa Tindakan Madu (Akta Makanan 1983) 🍯

✅ Sesi Libat mengenai Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 berkaitan Definisi Madu Kelulut vs Madu Kelulut Raw yang akan dilaksanakan pada 1 Mac 2026
✅ Perkongsian MS 2683 yang telah berjaya di Rasmikan pada 11 Nov 2025 oleh Timbalan Menteri MITI
✅ Perbincangan mengenai pemusatan HS CODEX MADU KELULUT untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi pasaran Antarabangsa
✅ Kemudahan Origanality Madu Kelulut Negara untuk Pengesahan Eksport
✅ Pengukuhan kerjasama Promosi Industri Kelulut Negara sebagai Produktiviti alami melalui kajian Universiti Tempatan dan Luar Negara.

Terima kasih kepada Pengarah PKKM & team atas perbincangan & maklum balas yang amat bermakna. Banyak input dan output dapat dihasilkan, alhamdulillah.

Terima kasih juga kepada ahli WG & pihak Jabatan Standard Malaysia (JSM) yang super sporting & supportive terutama kepada Dr. Zulkifli Mustafa, En. Azman, En. Mohd Razif Mamat, En. Sazali, Puan Emilia, Puan Faizah, Mr. Kavi & En. Amirul.

Besar jasa kalian semua. Semoga kebaikan usaha ini kembali kepada semua bagi memperkasakan Industri Kelulut Negara, aamiin…🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Terima kasih Puan Pengerusi Working Group KUALITI MADU KELULUT NEGARA Merangkap Pengerusi Unit Pembangunan Industri Kelulut Negara (GPUKM) Prof Dr Wan Iryani Wan Ismail & Jawatankuasa.

-Noted By Prof Dr Wan Iryani-

HAOS EK? BAKAL DI MADU!!!!!Alhamdulillah SU GerakKerja GPUKM Tuan Hazrulnizam Abu Bakar  ( Presiden Persatuan Usahawan L...
29/11/2025

HAOS EK? BAKAL DI MADU!!!!!

Alhamdulillah SU GerakKerja GPUKM Tuan Hazrulnizam Abu Bakar ( Presiden Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor - JBEES ) mengunjungi HQ Haos Ek? HQ pertemuan bersama Pengarah Urusan Puan Anis Permin bersama Pengurusan Haos Berhad untuk perkongsian Industri Madu Kelulut Malaysia yang telah berjaya merentas Pembangunan kualiti Madu Kelulut Negara pada tahap tertinggi iaitu MS 2683 DEHYDRATED KELULUT (STINGLESS BEE) HONEY dan AKTA MAKANAN 1983 & PERATURAN MAKANAN 1985 mengenai Madu Kelulut akan dilaksanakan pada 1 Mac 2026.

Permulaan Industri Madu Kelulut Malaysia akan lebih rancak dengan kerjasama pelbagai Rakan Industri seperti F&B ( Haos Ek) bagi mengeluarkan kepelbagaian produktiviti berasaskan Madu Kelulut dan memberi manfaat madu Kelulut kepada pengguna secara langsung.

Jawatankuasa Pengurusan Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh Team Haos Ek HQ.

Lakukan Tanpa Nanti
GPUKM buat Sampai Jadi

-Media GPUKM-

27/11/2025

Bersama Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia

Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia membentang Transformasi Industri Madu Kelulut Malaysia dengan Pemantapan Ku...
27/11/2025

Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia membentang Transformasi Industri Madu Kelulut Malaysia dengan Pemantapan Kualiti Madu Kelulut Negara dibawah MS 2683 DEHYDRATED KELULUT (STINGLESS BEE) HONEY : 2025 di "Workshop for MSMEs for Standard & Conformances", ASEAN-UK Economic Intergration Programme

Pembentangan berkisar kepada Pertanian adalah Perniagaan yang memerlukan Jabatan Standard Malaysia membantu mengariskan kualiti Madu Kelulut Negara dibawah panduan jelas dan menjadi Rujukan kepada Agensi berkaitan Akta dan Dasar Pembangunan Industri Kelulut Negara 2030.

Pembentangan oleh Presiden NGO KELULUT JOHOR JBEES Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor - JBEES Tuan Hazrulnizam Abu Bakar selaku Setiausaha GerakKerja GPUKM.

Kehadiran bersama :-
Tuan Mohd Iszairi Ismail SU Kehormat GPUKM
Tuan Bmg BemyGuest Burhanuddin SU Kehormat ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya


Majlis Peluncuran Standard Madu Kelulut by MITI pada 14 Nov 2025.
19/11/2025

Majlis Peluncuran Standard Madu Kelulut by MITI pada 14 Nov 2025.

Tahniah MOU Persatuan Pengusaha & Penternak Meliponikultur Perak bersama University Tun Abdul Rahman ( UTAR) dengan kerj...
09/09/2025

Tahniah MOU Persatuan Pengusaha & Penternak Meliponikultur Perak bersama University Tun Abdul Rahman ( UTAR) dengan kerjasama kajian Penyelidikan Inovasi & Pembangunan Industri Kelulut untuk manfaat Pengusaha & Penternak Negeri Perak.

~Media GPUKM~
Teladani Kelestarian Alam

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-68 dari kami di GPUKM 🐝Macam kelulut yang bersama2 kumpul nektar & membina sarang, begitul...
31/08/2025

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-68 dari kami di GPUKM 🐝

Macam kelulut yang bersama2 kumpul nektar & membina sarang, begitulah kita sebagai rakyat Malaysia bila bersatu & saling membantu, barulah hasilnya manis untuk semua 💛🍯

Salam Merdeka

BERSATU, BERDAULAT & BERMARUAH demi tanah air tercinta.

Melakar  Industri Kelulut Negara!Jawatankuasa Tertinggi & Majlis Presiden Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia m...
27/08/2025

Melakar Industri Kelulut Negara!

Jawatankuasa Tertinggi & Majlis Presiden Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia mengucapkan TAHNIAH kepada Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Kualiti Madu Kelulut Negara dibawah Prof Dr Wan Iryani Wan Ismail serta Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus merangka kelestarian & pasaran industri madu kelulut Malaysia berkualiti terus dipacu dengan PEWARTAAN peraturan-peraturan Makanan 1983 ( Akta 281) 130a Madu kini menerima Pindaan Madu Kelulut dibawah Sub 130a ( 2025) dan akan dikuatkuasa bermula 1 Mac 2026.

Link: https://hq.moh.gov.my/fsq/pewartaan-pindaan-peraturan

Usaha kerjasama bersama BPKKM unit dibawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sejak 2020, akhirnya membuahkan hasil, alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran.

Ianya bukan satu usaha yang mudah. Panjang jalannya. Kena mendapat kelulusan di Parlimen dan macam-macam lagi cabaran sebenarnya.

Jawatankuasa Tertinggi GPUKM & Majlis Presiden NGO Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia mengucapkan Terima kasih khusus Puan Zawiyah dan Team BPKKM yang banyak membantu merintis usaha yang nampak mustahil pada awalnya. Tetapi hasilnya di depan mata sekarang ini.

Maka, hari ini, dengan adanya Akta dan Peraturan ini, banyak usaha membangunkan Industri Kelulut Negara ke peringkat yang lebih tinggi akan lebih signifikan, insyaAllah.

Terutama juga dalam membanteras madu tiruan dalam pasaran.

Terima kasih sekali lagi buat semua!

Yang penting, kita terus berusaha dan tolong menolong untuk kebaikan bersama.

Kerana tiada yang mustahil dalam hidup ini, jika kita selalu yakin kepadaNYA. Alhamdulillah.

TERIMA KASIH.

1. Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Kualiti Madu Kelulut Negara & Ahli Jawatankuasa
Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia
Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor - JBEES
Persatuan Penternak Kelulut Negeri Sembilan Official- Patern9
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Persatuan Pengusaha & Penternak Meliponikultur Perak
ProBees - Persatuan Penternak Kelulut Putrajaya
Pelekat Terengganu Darul Iman
Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim - Droness
MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia
thekelulut
TheKelulut - Meliponini Honey

Sesi pengenalan Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia kepada agensi kerajaan daerah Songkhla Thailand dan Persatu...
15/08/2025

Sesi pengenalan Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia kepada agensi kerajaan daerah Songkhla Thailand dan Persatuan Penternak Kelulut Kholan Nang, Songkhla.
Mujur ada penterjemah di sebelah. Bercerita serba sedikit mengenai GPUKM Dan peranannya. Semoga ada kerjasama dengan pengusaha Kelulut Thailand nanti.

Alhamdulillah, sesi Libat Urus GPUKM bersama Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia berlangsu...
12/08/2025

Alhamdulillah, sesi Libat Urus GPUKM bersama Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia berlangsung dengan penuh makna.

Kehadiran saya Mohd Iszairi Ismail Setiausaha Agung GPUKM bersama Tuan Presiden En Abdullah Ahmad , Prof Wan Iryani Wan Ismail (Pengerusi WG Standard Lebah dan Madu Kelulut) dan 2 wakil Jabatan Standard Malaysia, bertemu Pengarah Tuan Christopher dan pasukan beliau.

Banyak maklum balas positif, perbincangan hala tuju strategik industri kelulut, serta sokongan terhadap usaha piawaian madu kelulut.

💪 GPUKM terus komited mengangkat industri kelulut sebagai sumber pendapatan, agen kelestarian alam & penyumbang keterjaminan makanan negara.

“ Industri Kelulut bukan sekadar soal madu, tetapi juga soal makanan negara, biodiversiti dan kelestarian bumi”

Terima kasih bantuan kerjasama Jabatan Standard Malaysia, Setiausaha GerakKerja Hazrulnizam Abu Bakar dan Jawatankuasa & Majlis Presiden NGO Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia

Address

Kuantan

Telephone

0136163163

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Gabungan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia:

Share