Kami Komited Memberi PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN Berkualiti melalui Penambahbaikan Berterusan Demi Kepuasan Pelanggan
Address
Klinik Pergigian Bukit Goh, Pusat Kesihatan Bukit Goh
Kuantan
26050
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Program Pergigian Bukit Goh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Contact The Practice
Send a message to Program Pergigian Bukit Goh:
Category
PROGRAM PERGIGIAN BUKIT GOH
PENGENALAN Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan fokus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup. VISI Penduduk negeri Pahang Darul Makmur akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal. MISI Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mengutamakan pelanggan kepada penduduk negeri Pahang Darul Makmur agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti. OBJEKTIF Objektif Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, pemeliharaan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan keutamaan iaitu murid sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa dan warga tua supaya dengan demikian status kesihatan pergigian penduduk berada ditahap yang memuaskan selaras dengan perkembangan sisio-ekonomi Negara. STRATEGI 1. Mengesan awal masalah pergigian dari kumpulan sasaran utama & menyediakan rawatan sehingga sempurna 2. Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mudah diperolehi dan mesra pelanggan serta memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran. 3. Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab kepada kesihatan pergigian mereka melalui galakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan 4. Meningkatkan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang sesuai agar mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang mencerminkan imej jabatan. 5. Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara profesional, memenuhi kehendak pelanggan dan berteknologi sesuai. 6. Membudayakan aktiviti penyelidikan dan kajian dalam bidang kesihatan pergigian. 7. Memastikan sokongan & penglibatan pihak pengurusan yang berterusan secara menyeluruh termasuk dalam pengurusan teknologi maklumat. 8. Mengadakan pendidikan pergigian berterusan & kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pergigian