01/05/2026
PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUNAN 2026 BAGI PENYELAM PDRM PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA
Wangsa Maju 26-29 April 2026 - Institut Perubatan Bawah Air Dan Hiperbarik Hospital Angkatan Tentera (HAT) 95 Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Seramai [23] orang Penyelam PDRM dari Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan 2026 bagi Penyelam PDRM.
Pemeriksaan kesihatan tahunan ini adalah bertujuan untuk memastikan para Penyelam berada dalam keadaan sihat & disahkan sebagai “fit to dive” oleh Doktor yang diiktiraf.
Pemeriksaan Kesihatan PULHEEMS, Akronim tersebut merangkumi 8 aspek:-
i.Physique (badan)
ii.Upper limbs
iii.Lower limbs
iv.Hearing (kedua‑dua telinga)
v.Eyesight (mata kanan & kiri)
vi.Mental function
vii.Stability (emosi)
Pemeriksaan telah dijalankan oleh Pegawai Perubatan Selam, Lt Kol Dr. Puvenavikneswaran A/L Nalathamby dan dibantu PW II Mohd Faisal Bin Jumaat Pemeriksaan antaranya:-
i.Blood Test
ii.Urine Test
iii.ECG
iv.Chest X-Ray
v.Spirometry Test
vi.Audiometry Test
vii.Chester Step
viii.Consultation
ix.Fit To Dive Certification
Kesemua [23] orang Penyelam PDRM telah berjaya mencapai tahap kesihatan yang melayakkan Penyelam layak untuk menyelam [Fit To Dive]
Penyelam PDRM berpeluang untuk menerima terapi di dalam Chamber Dive yang mana penyelam diberi tekanan sedalam 18 meter selama 10 minit.
Hasil dari pemeriksaan kesihatan ini juga semua Penyelam dapat mengetahui tahap kesihatan masing- masing dan dapat memastikan tahap kesiap siagaan dalam melaksanakan tugasan selaman ditahap yang terbaik.
Pemeriksaan kesihatan tahunan bagi Penyelam PDRM ini diketuai oleh P/SM Helmie Yazir bin Ahmad selaku Penyelia Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.