17/07/2025
KENYATAAN RASMI: Pelarasan Harga OLIVIE
Salam sejahtera kepada semua pelanggan Olive House yang dihormati,
Di Olive House, kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Sebab itulah usaha sentiasa ditumpukan untuk memastikan OLIVIE terus berada di pasaran — segar, organik, dan berkualiti tinggi — walau apa jua cabaran yang mendatang.
Sejak tahun lalu, dunia berdepan pelbagai dugaan. Antaranya, konflik di kawasan Laut Merah yang menyebabkan laluan kapal terpaksa dipanjangkan dan menjejaskan kelancaran penghantaran melalui laut.
Situasi ini mendorong Olive House mengambil langkah berani menggunakan penghantaran udara terus dari Maghribi ke Malaysia, meskipun kosnya boleh mencecah sehingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding penghantaran laut. Sepanjang tempoh setahun ini sahaja, 12 penghantaran udara telah dilakukan demi memastikan OLIVIE sentiasa tersedia untuk para pelanggan.
Pada masa sama, permintaan terhadap OLIVIE semakin meningkat seiring dengan kesedaran pengguna bijak bahawa minyak zaitun yang mengandungi polifenol (hydroxytyrosol) yang tinggi seperti OLIVIE terbukti secara saintifik membantu kesihatan jantung, mengurangkan keradangan, dan melindungi sel-sel badan.
Kos operasi turut mengalami kenaikan, termasuk bagi memastikan platform digital berjalan lancar, sokongan pelanggan sentiasa tersedia, serta penghantaran dalam negara kekal efisien.
Segala kenaikan kos ini telah diserap sekian lama. Namun, demi memastikan OLIVIE kekal berkualiti tinggi, segar dan mudah didapati, pelarasan harga terpaksa dilaksanakan mulai 1 Ogos 2025.
Hakikatnya, kami tidak mahu pelanggan rasa terbeban dengan pelarasan harga ini. Justeru, kami sedang menyediakan beberapa inisiatif khas untuk anda, antaranya:
✅ Pelan langganan istimewa dengan nilai lebih berbaloi.
✅ Ganjaran kesetiaan eksklusif untuk pelanggan setia.
Segala sokongan dan kepercayaan daripada pelanggan amat dihargai. Anda adalah nadi kepada usaha Olive House membawa produk sihat dan berkualiti seperti OLIVIE ke Malaysia.
Terima kasih kerana terus bersama dalam perjalanan kesihatan ini.
Bersama-sama, mari merealisasikan Gaya Hidup Aafiyat.
OLIVE HOUSE MALAYSIA