Klinik Al-Farabi Masjid Negeri (sebelum ini dikenali Klinik Al-Amin) merupakan sebuah klinik pesakit luar yang terletak di tengah bandar Kuantan, iaitu di perkarangan Masjid Negeri Kuantan, bersebelahan bangunan TM.Klinik ini merupakan sebahagian anak syarikat MUIP Holdings & telah beroperasi sejak Januari 2003. Antara perkhidmatan yang disediakan :
• Konsultasi Penyakit
• Rawatan Dehidrasi (IV Drip)
• Cuci/Jahit Luka (Wound Care)
• Program Imunisasi Kanak-Kanak & Dewasa (Vaksinasi)
• Suntikan Umrah/Haji/Perniagaan Makanan
• Rawatan Nebulizer/Asma
• Berkhatan untuk bayi perempuan, bayi lelaki, kanak-kanak & orang dewasa.
• Pembedahan Kecil
• Buka buku pink bagi ibu hamil beserta perkidmatan materniti seperti Ultrasound Scan.
• X-Ray
• Pemeriksaan Kesihatan bagi kemasukan pekerja & pelajar
• Pemeriksaan Ibu & Anak
• Pemeriksaan Pap Smear untuk wanita
• Program Pemeriksaan Kesihatan Masyarakat
Kedudukan klinik ini amat strategik kerana terletak di tengah bandar iaitu di perkarangan Masjid Negeri Kuantan di mana lokasi berhampiran dengan akses seperti Bank, pejabat Pos, TM, Masjid, & UTC akan memudahkan urusan orang ramai. Dengan kewujudan Klinik ini, warga Kuantan dapat menikmati perkhidmatan rawatan pesakit luar yang berkualiti pada harga berpatutan.