28/02/2026
Kekal Cergas & Bertenaga Walaupun Berpuasa! 💪✨
Ramadan bukan alasan untuk kita lemau dan kurang bermaya. Rahsianya terletak pada gaya pemakanan dan rutin harian kita! Pakar Dietetik kami, Nor Adila Idayu binti Mohd Sok, berkongsi 7 tips penting untuk anda amalkan:
1️⃣ Jangan tinggal Sahur – Bekalan tenaga utama untuk siang hari.
2️⃣ Minum air secukupnya – Kekal hidrat itu wajib!
3️⃣ Kurangkan Kafein – Elakkan rasa dahaga yang melampau.
4️⃣ Kawal Porsi Makan – Elakkan makan berlebihan semasa berbuka atau sahur.
5️⃣ Kurangkan Minyak, Gula & Garam – Pilih masakan yang lebih sihat.
6️⃣ Rehat & Tidur Cukup – Tubuh perlu masa untuk 'recharge'.
7️⃣ Konsultasi Pakar – Berbincang dengan dietitian untuk saiz porsi yang tepat.
Jom amalkan gaya hidup sihat sepanjang bulan mulia ini. Tag rakan dan keluarga anda supaya kita semua kekal bertenaga sehingga waktu berbuka! 🌙✨